Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

40

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 28 January 2013 { 40 komen }

   

sepetang bersama blogger 2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Sepetang Bersama Blogger 2013 yang berlangsung Sabtu lepas meriah dengan cabutan bertuah! Ramai yang gembira dapat hadiah best dari penaja-penaja #SBB2013. Dah la datang join tak perlu bayar apa-apa, lepas tu dapat hadiah best pulak. Ada yang menang iPad Mini, ada yang menang basikal boleh lipat-lipat, ada yang menang Gold Bar, menang iPhone 5 Gadget Impian, menang percutian suami isteri dan macam-macam lagi. Rugi siapa tak datang majlis #SBB2013 hari tu.

artis duet sepetang bersama blogger 2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Zarul Umbrella nyanyi berduet dengan Boni Kacak

Sebagai AJK #SBB2013 aku hanya mampu tengok je seorang demi seorang rakan blogger naik atas pentas mengambil hadiah. Walaupun tak dapat hadiah macam diorang semua tapi Alhamdulillah dapat ceduk ilmu lagi melalui mini forum yang menampilkan panel-panel blogger hebat seperti Kak Kujie, Yuyu Zulaikha, Abang Nara, Ustaz Noehas, Bang Iwan dan CEO Amanz yang telah berkongsi ilmu. Moderator Abang Ensem dan BroFramestone juga bijak memainkan peranan dalam mini forum tu.

bro denaihati sepetang bersama blogger 2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Bro Denaihati selaku penganjur #SBB2013 memberi sepatah dua kata

panel 1blogger mini forum sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Panel Mini Forum. Dari kanan: Abang Nara, Ustaz Noehas, Abang Ensem dan Kak Kujie

Dalam mini forum ni banyak tips yang telah dikongsikan. Panel-panel menceritakan macam mana mereka bermula dan sebab-sebab mereka berblogging; sekadar hobi, untuk berkomunikasi suami isteri, untuk berkongsi maklumat dan sebagainya. Dari situ mereka telah melalui beberapa peringkat yang sukar dalam mencari idea serta mengatur strategi blogging sehingga dapat capai tahap berstatus Top Blogger sepertimana sekarang.

panel2 blogger mini forum sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Dari kanan: Bang Iwan (Indonesia), Tekong (CEO Amanz), BroFramestone dan Yuyu Zulaikha

Banyak ilmu yang boleh dapat bila dengar Top Blogger berbicara tentang blogging. Sebab tu penganjur adakan mini forum dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 supaya semua yang hadir dapat belajar dari blogger yang telah berjaya di samping tu boleh bersua muka dengan rakan-rakan blogger yang lain. Mesti ramai yang first time berjumpa dengan kawan blogger yang sebelum ni hanya berhubung melalui blog, Facebook dan Twitter.

Ada juga yang malu-malu nak datang dan ada yang tak jadi datang last-last minit sebab berdebar-debar untuk join majlis macam ni. Tak tau apa yang ditakutkan. Bukannya ada Hantu Kak Limah dalam majlis. Yang ada semuanya manis-manis macam Sweetkurma.

sweetkurma kaksiti hudakhalid Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Datin Sweetkurma bersama orang kuat #SBB2013 Nurhuda Khalid

Acara Lucky draw dalam Sepetang Bersama Blogger 2013 dibuat tanpa perlu mencabut nama dari dalam bekas seperti tahun lepas. Lucky Draw #SBB2013 nampak gempak sikit bila dibuat pilihan rawak secara digital dengan memilih nama-nama peserta yang hadir di #SBB2013. Data yang dikumpul dari senarai nama blogger yang mendaftar dimasukkan ke dalam sistem pilihan rawak dan dipaparkan di skrin. Semua mata tertumpu pada skrin semasa pemilihan pemenang bertuah.

cabutan bertuah sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Paparan pemilihan nama secara rawak untuk acara Lucky Draw #SBB2013

Tahniah diucapkan kepada semua blogger yang dah menang hadiah best di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013. In shaa Allah mungkin akan diadakan “Sepetang Bersama Blogger 2014″ pulak dan mungkin juga akan ada lebih kejutan buat semua blogger. Kepada mereka yang tak dapat join #SBB2013 baru ni, next time kena pastikan datang join. Tak datang kang menyesal pulak.

Sekitar Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network.

pendaftaran sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

“Peace!” – Azman Ishak, Life4hire dan lain2 menunggu giliran untuk daftar nama

rentetan 1sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

dewan singgahsana sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Dewan majlis #SBB2013 di Hotel Singgahsana PJ dipenuhi dengan blogger

rentetan 2sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

posing sbb2013 Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

chekgu naman menang basikal Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

Cikgu Naman pemenang hadiah basikal di #SBB2013

Gambar-gambar diambil dari Group Denaihati Network dikongsi oleh rakan-rakan blogger yang hadir di majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , , , , ,

40 komen -- Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

  1. Kemeriahan sepetang bersama blogger 2013 #sbb2013 | Puanbee.com
  2. Mudahnya Cas Bateri Phone dengan Power Bank Yoobao
  3. TV1 Siar Liputan Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013
  1. boni kacak says:

    hehehe..memang best majlis pada petang tu.. paling penting, ia dapat merapatkan ukhwah sesama blogger :)
    Jom baca entri terbaru blog boni kacak.. Berhenti Berblog Disebabkan #SBB2013My Profile

    Reply

  2. AkmaOmar says:

    Mmg best dpt join SBB2013… dpt jumpe blogger real depan mata.. :)
    Jom baca entri terbaru blog AkmaOmar.. Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

    Reply

  3. Bang Iwan says:

    Meskipun saya tidak dapat iPhone 5, tapi saya anggap bahwa sambutan sahabat dan ilmu yang didapatkan adalah diatas dari segalanya. Terima kasih banyak untuk semuanya.
    Jom baca entri terbaru blog Bang Iwan.. Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bang Iwan, In shaa Allah, mungkin contest yang akan datang ada rezeki Bang Iwan menang gadget impian. Perkongsian ilmu dari Bang Iwan semasa mini forum hari itu pun banyak manfaat buat rakan2 blogger sekalian..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Cara Elak WiFi Kena CuriMy Profile

    Reply

  4. sukma says:

    bestnya dapat hadiah basikal…

    Reply

    Anarm reply:

    @sukma, betul tu.. best.. tapi lagi best dapat hadiah iPhone 5..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  5. Faris Al-Muhandisu says:

    sayang sungguh tak dapat pi. rugi. hilang satu peluang nak menimba ilmu dengan top blogger. Anyway, tahniah untuk tim Denaihati atas kejayaan SBB2013. Tahun dpn kasi gempak lg ek sbb sy nk join. haha
    Jom baca entri terbaru blog Faris Al-Muhandisu.. Hidup ‘Simple’My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Faris Al-Muhandisu, In shaa Allah next SBB akan lebih gempak lagi.. time tu memang kena datang untuk timba ilmu dan suai kenal dengan rakan2 blogger yg lain..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  6. Izzat Eshak says:

    Best nya dapat pegi SBB2013!
    Jom baca entri terbaru blog Izzat Eshak.. Family Day Idea Master Januari 2013My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Izzat Eshak, tak join eh SBB2013 hari tu? next time kena join..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

    Izzat Eshak reply:

    @Anarm, ada family day company di Kuantan, Pahang time tu :)
    Jom baca entri terbaru blog Izzat Eshak.. Penulisan entri yang baikMy Profile

    Reply

  7. Mohd Ilham says:

    Agak2 sape yg menang basikal tu ye
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Ilham.. Tutorial: Guna Cloudflare sebagai DNS hosting untuk blogspotMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Ilham, pemenang basikal ialah Cikgu Naman.. ada tulis pada caption gambar dlm entry..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  8. syaifuddin alias says:

    aduh ..haha.. tak dpt pergi ..nak juga pergi menimba ilmu disana, tapi apa kan daya , tak ada rezeki, #SBB2014 insyaAllah saya akan pergi
    Jom baca entri terbaru blog syaifuddin alias.. RM10/Bulan Pengomen Tegar Blog Syaifuddin AliasMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syaifuddin alias, #SBB2014 nanti kena join bro.. In shaa Allah akan lebih best dari #SBB2013 dan SBB yang pertama dulu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

    syaifuddin alias reply:

    @Anarm, insyaAllah saya akan menghadirkan diri .. itupun jika saya ada kekuatan nak jumpa blogger2 hebat semua :P
    Jom baca entri terbaru blog syaifuddin alias.. RM10/Bulan Pengomen Tegar Blog Syaifuddin AliasMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syaifuddin alias, blogger2 hebat pun orang macam kita jugak.. tak perlu apa2 kekuatan pun kalau nak jumpa.. buat je macam jumpa kawan2.. rilek dan santai2 je.. hee
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

    syaifuddin alias reply:

    @Anarm, ya betul juga tuh .. sy maseh hingusan lg.. :)

    Reply

  9. azmanisma says:

    Nampak juga AJK yang bertungkus lumus dalam majlis ni..bukan senang nak buat even yg macam ni.Tapi cabutan secara digital tu memang sempoi lah.
    Jom baca entri terbaru blog azmanisma.. Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @azmanisma, ramai yang cakap cabutan secara digital tu nampak gempak, sempoi, menarik, dan lain2.. Team DH akan sentiasa aplikasikan segala bentuk teknologi dalam setiap kerja yg dilakukan..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  10. hazman aka species1980 says:

    TAHNIAH di atas penganjuran yang sungguh bermakna buat blogger …. semoga team DH akan lebih sukses….
    Jom baca entri terbaru blog hazman aka species1980.. HAZMAN vs FOOD – Hidangan Minum Petang HOTEL SINGGAHSANA PJMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @hazman aka species1980, terima kasih.. semoga blogger2 lain pun akan lebih sukses jugak.. aminn..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  11. Bro Zulkbo says:

    salam..
    gembira bertemu blogger seluruh negara
    cuma ada setengah hanya letak nama
    tanpa nama blog, jadi setengah saya tak
    perasan walau blog mereka mungkin saya
    kenali sebelum ini..1st time join gathering,
    jadi saya agak kurang bergerak untuk
    lebih berkenal sesama blogger
    Jom baca entri terbaru blog Bro Zulkbo.. 10 Pengabaian Kecil Boleh Menjadi Penyebab Kerosakan Lebih Besar Pada Kereta AndaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bro Zulkbo, waalaikumussalam.. tentang setengah yg hanya letak nama tanpa blog tu akan diperbaiki lagi utk event2 yang seterusnya.. lepas majlis selesai hari tu baru terfikir solution utk perkara tu.. akan dilaksanakan next event..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  12. Shahrul says:

    tahniah kepada pasukan Denaihati…satu usaha terbaik kumpulkan blogger
    Jom baca entri terbaru blog Shahrul.. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Shahrul, semoga blogger dapat peroleh manfaat dari majlis berkumpul ramai2 macam ni..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  13. myadlan says:

    Oh. Sangat menarik rasa sayang tak join. InsyaAllah tahun ni nak kena catch up balik dengan blogger Malaysia.
    Jom baca entri terbaru blog myadlan.. Two years in AustraliaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @myadlan, next time kalau ada masa boleh la join..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  14. titan says:

    patut tak nampak hang. haha..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Blog Popular di BruneiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @titan, haha.. aku dok betul2 depan stage.. tak boleh nak pergi mana.. aku sempat keluar pergi berasap kejap masa zarul buat persembahan.. lepas tu kena duduk situ jaga skrin sampai habis majlis.. tak sempat nak beramah mesra.. cendol pun tak sempat rasa..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  15. akubiomed says:

    Terima kasih kepada bro dan isteri yang juga sebahagian tim Denaihati memastikan kelancaran majlis #SBB2013. Kalau salah satu anggota pincang sudah tentu majlis ini tidak lancar apa yang dirancangkan. Tanniah usaha dan kerja keras yang dilakukan untuk menjayakan majlis ini.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, terasa macam masih ada kekurangan dalam pengendalian majlis.. mungkin lain kali boleh diperbaiki lagi.. harap semua yang hadir berpuas hati..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  16. Dawaihati says:

    Kita bertemu tapi tak sempat tegur sapa…
    Jom baca entri terbaru blog Dawaihati.. Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Dawaihati, ya.. tak sempat nak bertegur sapa.. mungkin lain kali bisa ketemu lagi..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

  17. KiD says:

    aku nak basikal… aku nak basikaaaall…. hahahaaa… #SBB2013 terbaik!!!!
    Jom baca entri terbaru blog KiD.. Cara Kongsi WiFiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @KiD, nak basikal mintak dengan cikgu naman.. kot2 dia nak jual harga murah2.. haha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013My Profile

    Reply

    cikgu naman reply:

    @KiD, jom naik basikal kat tasik P18R8 kid..hahahahha
    Jom baca entri terbaru blog cikgu naman.. iPhone 5 Berbaloi-baloiMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 37.59.16.73

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv