Filem The Avengers Best Giler

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 9 May 2012 { 12 komen }

   

the avengers 2012 Filem The Avengers Best Giler

Aku baru je pergi tengok filem The Avengers bersama cik tunang hari tu. Sebelum pergi GSC Alamanda, aku check seat yang masih available guna GSC Mobile App (Android). Nasib baik ada banyak lagi seat kosong. Terus ‘book’ tiket pukul 9 malam. Best giler cerita dia. Walaupun dah dapat agak jalan cerita dia lepas ni jadi apa, lepas tu jadi apa sebab dah familiar sangat tapi tetap rasa best. Scarlett Johansson seksi. Hehe..

Dalam banyak-banyak superhero yang digabungkan dalam filem The Avengers ni aku suka Hulk a.k.a. Bruce Banner yang dilakonkan oleh Mark Ruffalo sebab watak dia kelakar dan juga cool bagi aku. Tony Stark pula asyik permainkan dia nak bagi dia marah supaya dia bertukar jadi Hulk. Tunang aku cakap dia menyampah betul tengok perangai Tony Stark. Haha..

Walau apapun Tony Stark a.k.a. Ironman tetap the real hero sebab aku tengok dia paling banyak lawan penjahat makhluk asing. Peluru berpandu yang dilancarkan tanpa izin untuk musnahkan penjahat tu pon Ironman berjaya alihkan. Gila ke apa guna peluru berpandu semata-mata nak musnahkan penjahat tapi sampai sanggup bunuh orang awam yang ada kat kawasan tu. Nasib baik Ironman berjaya tarik peluru berpandu tu dan halakan ke kapal angkasa penjahat. Lepas kapal angkasa penjahat meletup, semua makhluk asing tu pun mati. Happy ending… smile Filem The Avengers Best Giler

Siapa yang belum tengok lagi cerita The Avengers ni memang kena pergi tengok. Serius sangat best. Rating aku bagi untuk cerita ni 5/5 bintang. Bukan senang nak buat movie yang boleh hiburkan penonton, betul tak? Aku dah cukup terhibur. Sekarang tunggu link download The Avengers yang gambar lawa sikit. Nak tengok lagi sekali.

* “Dewa lembik”, kata Hulk lepas belasah Loki. Haha.. Sakit perut aku gelak tengok babak tu.

 
Rating: 5 / 5


Pengiklanan

   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , ,

12 komen -- Filem The Avengers Best Giler

  1. Hanif says:

    belum sempat tgk gak ni….x sabar nak pergi tengok :w00t:

    Reply

  2. Juan says:

    saya dah pi tgk, memang best

    Reply

  3. azmanisma says:

    Dari review seorang kawan,dia kata filem ni dari mula sampai habis tak boring…hujung minggu ni nak pi tgklah..
    Jom baca entri terbaru blog azmanisma.. Lelaki Kacak Lelaki Yang Suka BerkongsiMy Profile

    Reply

  4. Jebeng Otai™ says:

    5 bintang ker?..mmg kene tgk ni.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Wordless Wednesday : Medan SamuderaMy Profile

    Reply

  5. Fadhil Husin says:

    aku tgk cerita ni 2 kali. versi 2d dan versi 3d. kepada yang belum tgk, tgklah versi 2d untuk lebih kepuasan. :lol:

    Jom baca entri terbaru blog Fadhil Husin.. Ubuntu 12.04 LTS Precise Pangolin – An Independent ReviewMy Profile

    Reply

  6. wandisini says:

    dah lama tak tengok wayang sejak kahwin dan ada anak ni…kena tunggu anak besar sikit lah baru boleh masuk wayang
    Jom baca entri terbaru blog wandisini.. Reveiw Seminar SEO Majalah NiagaMy Profile

    Reply

  7. LangkawiHomestay says:

    gabungan adiwira yng mantap.. :)
    Jom baca entri terbaru blog LangkawiHomestay.. D’Houz Langkawi HomestayMy Profile

    Reply

  8. wira says:

    Memang tak menyesal bro…tapi aku bagi 4 bintang sebab cerita ni pendek sangat..huhuhu
    Jom baca entri terbaru blog wira.. Review filem adaptasi komik dari Marvel #TheAvengersMy Profile

    Reply

  9. wmhafiz says:

    Yup, memang best cite nie. Saya dah 2 kali tengok, hehe.

    Sekuel dia, Avengers 2 dah confirm tengah buat sekarang. Harap2 akan sebest dengan yang 1st nie. :cheerful:

    Reply

  10. mie says:

    belum sempat nak menyaksikannya..
    harap berpeluang tengok..
    ehehehe
    Jom baca entri terbaru blog mie.. Wordless Wednessday #13 Pasar Terapung HatyaiMy Profile

    Reply

  11. Shahrul says:

    memang terbaek, puas hati tgk cite ni
    Jom baca entri terbaru blog Shahrul.. Kelantan Juara Kumpulan H AFC Cup 2012My Profile

    Reply

  12. akubiomed says:

    Saya pergi menonton filem Avengers 3D bersama-sama anak Sabtu lepas.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curveMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 60.48.174.189

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv