Earth Hour Malaysia 2012

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 31 March 2012 { 6 komen }

   

earth hour malaysia 2012 Earth Hour Malaysia 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hari ini, Sabtu, 31 Mac 2012, satu kempen alam sekitar yang dipanggil Earth Hour akan disambut oleh seluruh manusia satu dunia. Kempen Earth Hour ini dijayakan dengan cara mematikan kesemua peralatan elektrik atau sumber elektrik tepat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit. Tujuan kempen yang dianjurkan oleh WWF ini adalah bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Bumi kita sekarang ni dah semakin teruk ‘dikerjakan’ oleh tangan-tangan manusia. Dengan kempen Earth Hour ini diharap dapat menyedarkan kita tentang perubahan iklim dunia yang berlaku sekarang. Ada tak kita fikir betapa pentingnya bumi yang kita duduki sekarang?

Earth Hour diadakan setiap tahun pada hari sabtu terakhir dalam bulan MAC.

Lihat bencana alam yang berlaku seluruh dunia hari ini. Semuanya berpunca daripada kerakusan manusia itu sendiri yang merosakkan bumi. Bukit dikorek atau diratakan untuk tujuan pembangunan. Pokok-pokok ditebang atas nama pembangunan. Kilang-kilang yang didirikan menjadi punca pembuangan sisa toksik yang mencemarkan sungai-sungai, dan asap yang dikeluarkan mencemarkan udara.

bakar pokok Earth Hour Malaysia 2012

Banyak lagi kalau nak disenaraikan memang tak larat nak taip. Kesemua kerosakan ini mengakibatkan bencana alam. Memang betul bencana alam semuanya kerja Allah S.W.T., tapi ada tak terlintas di fikiran kita apa yang Allah buat tu semuanya ujian untuk mengingatkan kita akan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini?

Earth Hour ada orang cakap tak berkesan bila dilakukan hanya selama 60 minit. Terpulang. Kalau rasa nak tolong bumi, boleh tutup lampu selama 60 jam atau 60 hari, silakan. Ada juga yang cakap tak semua orang akan tutup lampu, tutup komputer. Adakah kita dapat tengok orang-orang di negara lain tu buat atau tak buat kempen Earth Hour ni? Fikir positif. Bayangkan kalau berjuta-juta, berbillion-billion manusia dalam dunia ni semuanya menjayakan kempen Earth Hour, apa agaknya sumbangan yang dapat kita bagi pada bumi? Sejuk sikit bumi kita ni. Bil elektrik kita pun boleh jimat untuk 60 minit.

Marilah sama-sama kita menjayakan kempen Earth Hour. Best apa duduk dalam gelap. Tambah-tambah bagi yang dah berkahwin. 1 jam dah lebih dari cukup kot. Hehe.. Aku pun rilek je hari-hari duduk dalam gelap. Sebab lampu bilik aku sejak dari mula masuk rumah ni lagi memang lampu dah tak boleh nyala.

Pledge to Live Green, be a Conservation Hero – WWF Earth Hour 2012

 
Rating: 4.5


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , ,

6 komen -- Earth Hour Malaysia 2012

  1. kulanz says:

    Earth Hour ni selain daripada kempen menyelamatkan bumi, dapat juga menimbulkan kesedaran kepada orang yang boleh berfikir.. sekurang-kurangnya dapat merasai keperitan orang lain yang duduk di kampung, yang tiada elektrik, atau ada elektrik tapi bekalan tidak mencukupi
    Jom baca entri terbaru blog kulanz.. Lawak yang tak sebarapa lucuMy Profile

    Reply

  2. Jebeng Otai™ says:

    sy tertarik dgn gambar hutan terbakar tu..pkok itu pokok sequioa

    mengikut kajian pokok sequoia memerlukan api untuk melepaskan biji benih ke tanah..sbb bahang api ni menyebabkan buah nya mengembang..dan biji2nya akan jatuh ketanah..

    kulit pokok tu sgt tebal dan mempunyai ‘tanin’..bahan yang merencatkan pembakaran..sbb tu cara pembiakan pokok itu kene bakar hutan secara semulajadi..spt panahan petir dan sbgainya.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Project 365My Profile

    Reply

  3. Naziman says:

    tadi masa 1 jam tu saya keluar p makan. kat kedai tu tak tutup lampu. haha
    Jom baca entri terbaru blog Naziman.. Lelaki kacak mudah dan cepat blogwalkingMy Profile

    Reply

  4. titan says:

    ok. jom tutup 1 jam..masa tu, aku gi jogging kejap. leh hilang deat 500 kalori. haha.. :devil: Jom baca entri terbaru blog titan.. Digi Awards vs Cabaran SEO Lelaki KacakMy Profile

    Reply

  5. akubiomed says:

    1 jam tutup lampu tidak besar significantnya tetapi kalau seluruh dunia melakukannya tentu ada impak. :-)

    Reply

  6. incik says:

    malam ni semua offline! hehe
    Jom baca entri terbaru blog incik.. (Kentutpedia) Fakta ilmiah tentang KENTUT siri 1My Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 188.40.247.209

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv