Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 7 September 2012 { 42 komen }

   

rumah sewa baru Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin

Tinggal sikit je lagi barang-barang di rumah sewa lama yang nak kena pindah masuk ke rumah sewa baru. Dah berkahwin kan kena la pindah rumah untuk duduk berdua. Dari bulan puasa hari tu lagi aku dan isteri dok angkut barang. Barang-barang aku dah angkut semua dah cuma tinggal barang-barang isteri je beberapa kotak lagi. Terima kasih kepada Kak Nik (teman serumah isteri) dan Jaws Ismail sebab bagi pinjam kereta untuk angkut barang. Aku takde kereta lagi. InsyaAllah sikit masa lagi ada la..

Minggu ni aku dan isteri dah start kerja balik setelah lama bercuti jadi ‘raja sehari‘. Bermula sekarang nampaknya aku akan sampai awal kat ofis sebab pagi-pagi dah kena hantar isteri tercinta pergi kerja. Lepas tu aku terus merempit pergi ofis. Boleh sarapan pagi dulu kat restoren bawah ofis sebelum naik buat kerja. Isteri tak sempat lagi nak buatkan sarapan sebab barang-barang masih dalam kotak belum kemas lagi.

Dulu bujang sekarang dah kahwin rasa macam ada banyak perubahan dalam hidup aku. Pagi-pagi dah ada “alarm clock” tolong kejutkan. Kain baju ada “mesin basuh” tolong basuhkan. Aku tolong sidai je. Nak makan nak minum ada “chef dan pelayan”. Tidur pun dah ada “bantal peluk”. Betul lah apa yang Denaihati bagitau aku sebelum ni. Menyesal tak kahwin awal. Best betul kahwin. Hehe.

Tapi.. walaupun kahwin tu best, setiap nikmat yang Allah beri pasti ada tanggungjawab yang perlu dipikul atau dilaksanakan. Orang cakap tanggungjawab suami dan isteri dalam rumahtangga ni berat. Mungkin masa awal-awal kahwin ni macam takde apa-apa lagi. Esok lusa tak tahu apa akan jadi. So, nak kena bersiap sedia dari sekarang untuk pastikan ‘rumah’ yang dibina akan terus kekal utuh sampai bila-bila. Apa yang penting, kerjaasamaa… Kalau masing-masing bagi kerjasama rasanya boleh kot pikul segala tanggungjawab tu.

p/s: Member-member yang dah lama kahwin tu tolong-tolong la kongsi tips ek.. happy Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , ,

42 komen -- Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin

  1. donnyien says:

    tahniah diucapkan,..
    Jom baca entri terbaru blog donnyien.. Artis undangan?My Profile

    Reply

  2. mohd luthfi says:

    tahniah bro..
    aku pon teringin nak kahwin tapi buat masa ni tak mampu lagi :P

    Reply

    Anarm reply:

    @mohd luthfi, terima kasih.. terima kasih jugak sebab datang majlis aku hari tu..

    tak mampu lagi tu maknanya belum diizinkan oleh-Nya.. insyaAllah sampai masa nanti Allah akan permudahkan segala urusan perkahwinan tu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Tempah Korban sempena Aidiladha dengan eQurban.comMy Profile

    Reply

  3. titan says:

    aku tak kahwin pun aku tahu kahwin tu besttt maa…haha..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Laptop Fujitsu sudah ada adik baru.My Profile

    Reply

  4. syaifuddin alias says:

    saya nak kahwin tak lama lagi .. 7 tahun lagi :D
    Jom baca entri terbaru blog syaifuddin alias.. 7 Ciri Blog Yang BaikMy Profile

    Reply

  5. wazy says:

    Dah ramai rakan-rakan kahwin,yang penting suami dan isteri kena selalu bertolak ansur la kan

    Reply

  6. Hafizul says:

    emm semoga anarm dan isteri akan terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan bersama..tiada apa yang dapat sy katakan bila membaca entri ni..semua dah sempurna…emm..
    Jom baca entri terbaru blog Hafizul.. Peraduan Ucapan Hari Lahir SopMy Profile

    Reply

  7. shraqs says:

    Tahniah! BTW, banyakkan bertolak ansur & bersabar,.. insyaAllah rtangga akan aman hendaknya.

    Reply

  8. Bro Framestone says:

    Bro pun menyesal juga tak kahwin awal walaupun perancangannya memang nak kahwin awal.

    Jodoh tiada, mungkin dengan kali ini akan berkekalan.

    Bro masih lagi mencari rumah sewa. Kalau tidak, jadi husband & wife hujung minggu je la. Itupun kalau dia tak kerja pada hujung minggu.

    Amboi. Jadi raja sehari. tapi cutinya punyalah lama ek
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Kenapa Sembunyikan Status Sudah Bertunang Selama IniMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bro Framestone, takpe, yg penting sikit masa lagi akan kahwin jugak.. kita merancang, tapi hanya Allah yang menentukan jadi ke tak perancangan kita tu..

    tak jumpa rumah lagi ke? try la cari rumah kat Mudah.my.. rumah aku tinggal sekarang ni pun aku cari kat Mudah..

    cuti kahwin baru ni amik 2 minggu je.. seminggu cuti kat rumah mertua.. seminggu lagi cuti kat rumah parent.. kalau duduk kejap sangat rasa tak best plak.. tak sempat nak kenal2kan wife dengan sedara mara.. bila dah start kerja memang susah dah nak balik kampung..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Anda Lelaki?My Profile

    Reply

  9. Juan says:

    selamat pengantin baru bro
    Jom baca entri terbaru blog Juan.. Resepi Satay Ayam – Pilihan Selera MalaysiaMy Profile

    Reply

  10. sensasi2020 says:

    Sekarang dah menjadi suami orang,
    Segala tingkah laku diperhatikan,
    Nak ramaikan keluarga mulai dari sekarang,
    Barulah hidup berumahtangga ada keindahan.
    Jom baca entri terbaru blog sensasi2020.. Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.My Profile

    Reply

  11. Cool Daddy says:

    selamat pengantin baru bro. best kan kawin!!!
    klu nak petua2 rumahtangga, blh tanya dkt Saudara Yusdi..dia banyak petua tuu..petua tahan lama pun ada sekali..hehehe…

    Reply

  12. syamila says:

    TAHNIAH PENGANTIN BARU… ;-)

    Reply

    Anarm reply:

    @syamila, terima kasih..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

  13. Perhentian Island says:

    Tahniah kerana telah berjaya mengikut sunnah. Semoga berkekalan hingga ke akhirat. Cabaran rumah tangga ni lain skit. Kadang-kala perkara yang kecil pun boleh menjadi besar. Petua paling mudah untuk kebahagiaan adalah “cuba sedaya-upaya tunaikan permintaan/keperluan isteri”. Seseorang pernah berkata pada saya, keluarga yang bahagia adalah berpunca dari isteri yang sentiasa gembira :)

    Reply

  14. akubiomed says:

    Bila sudah kahwin pakat elok-eok suami isteri bagaimana hendak belayar bahtera rumah tangga. Orang tua-tua selalu pesan begini. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Entri pemanas badan blog AkuBiomedMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, belayar bahtera takde plak orang tua2 pesan camtu kat aku.. hehe.. yg ada cuma mak abah aku pesan jaga bini elok2.. ubah perangai.. dan lain2..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

  15. jaff says:

    Selamat pengantin baru semoga bahagia selamanya.
    hanya ini tips dari aku. kalau ko dah berumahtangga, kene lah berubah jadi macam orang dah berkahwin, jangan ingat ko masih bujang lagi..
    Jom baca entri terbaru blog jaff.. LED Lights – Benefits Over Traditional Lighting By Horace TaitMy Profile

    Reply

  16. adiosan says:

    tiba2 rasa nak cepat kawen jugak…

    anyway..selamat pengantin baru bro..dan selamat menempuh alam rumahtangga.. :w00t:

    Reply

  17. JMR says:

    samala bro..kalo ak tahu kawen best, awal2 lagi aku dh btol2 series nk kawen..hehehe
    Jom baca entri terbaru blog JMR.. Top 5 Reasons for dating a PhotographerMy Profile

    Reply

  18. aizuddin says:

    HAHA. apsal semua nak bagi tips ni :tongue:
    selamat pengantin baru. moga kekal sampai ke syurga. kahwin senyap2 je eh :whistle: Jom baca entri terbaru blog aizuddin.. Kelebihan Puasa 6, Hukum, Cara dan PenjelasannyaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @aizuddin, terima kasih.. takde la kahwin senyap2 sangat.. ada jugak aku bagitau kat twitter kat facebook.. kawan2 online pun ramai gak aku invite datang majlis aku..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

  19. Hazmin Hamudin says:

    Indahnya berumah tangga ye bro.. Nampaknya kena cepat aku mencari ‘bantal peluk’. argh..
    Jom baca entri terbaru blog Hazmin Hamudin.. Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke?My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Hazmin Hamudin, berumahtangga memang best bro.. memang rugi kalau tak kawin cepat..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

  20. hafizrahim says:

    tahniah bro dah kawin. untung kawin cepat, semua ada orang tolong jadi reminder. nak lagi best, cepat2 la timang anak. berbaloi-baloi. ceria je rumah.
    Jom baca entri terbaru blog hafizrahim.. Blog Begins At Forty Uncle GedekMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @hafizrahim, teringin juga nak cepat2 timang anak.. hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

  21. lewisdotmy says:

    semoga kekal bahagia bro, kalau aku lps kawin baru bagi tips ;)
    Jom baca entri terbaru blog lewisdotmy.. Promosi Harga Samsung Galaxy S3 Samsung Galaxy NoteMy Profile

    Reply

  22. Panas Giler (djchef) says:

    xkawin lg.. sama juga tgh tunggu otai2 bg tips kahwin.. :-D

    Reply

  23. qadar says:

    dah lame2 nnti blh buat posting ttg tips rumahtangga plak..tips dr sy terima psgn seadanya,setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan.
    Jom baca entri terbaru blog qadar.. Kata-Kata Motivasi: 9/9/12My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @qadar, insyaAllah nanti akan cerita tips2 rumahtangga plak.. kena banyak study lagi ni..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

  24. iEn says:

    Selamat pengantin baru.. Ehee, bile dah masuk alam rumah tangga ni, fasa demi fasa hang akan tempuh. automatik hang duk belajor jugak. Lagipun ang ketuo keluarga.. Bimbing isteri ke jalan Allahh.. InsyaAllah, bahagia idop ang ehe..

    Reply

  25. mazan says:

    rumahtangga bertunjangkan agama InsyaALLAH akan bahagia dan dirahmati…..

    Reply

  26. Affan says:

    Tips dari org yg belum kahwin mcm aku:

    1. Suami isteri kena bertolak ansur, kena saling mengalah.
    2. Lelaki ni ego tinggi sikit. Tapi bila dah kahwin, ego tinggi dgn isteri pun tak guna.

    Sekian.
    Hehehehhe

    ps: Amboi rumah tema warna pink :tongue: Jom baca entri terbaru blog Affan.. Beraya dan Jalan-Jalan di Ottawa, KanadaMy Profile

    Reply

  27. Ryehanna says:

    TIPS dari aku:

    Suami kena selalu tolong isteri bab-bab kerja rumah.

    Sekian.

    Hehehehe
    Jom baca entri terbaru blog Ryehanna.. Perasaan berbelah bagiMy Profile

    Reply

    ejam reply:

    @Ryehanna,
    yg ni btol, kena tolong-menolong…
    Jom baca entri terbaru blog ejam.. Chicken Foldover McDonalds – Pembelian Dengan KuponMy Profile

    Reply

    Jebeng Otai™ reply:

    @Ryehanna,

    walaupun sy x kawen ag..yg ni mmg setuju.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Tips Perniagaan Online : Pengurusan StokMy Profile

    Reply

  28. ejam says:

    Tips #1: Cakap Bila Perlu, Diam Bila Perlu.

    Bila ada isu timbul walaupun kecil jangan bawa kepada bertengkar, sekiranya salah seorang tidak dalam mood yang baik dan sedang membebel maka dengar dengan baik dan jawab bila perlu, jangan cakap banyak kerana masa itu tidak sesuai.

    Waktu paling sesuai untuk bincang dengan baik berkaitan isu itu bila dua-dua dah tenang. Masanya ialah ketika dua-dua sedang baring bersama.

    Tips #2: Kepercayaan.

    Letaklah kepercayaan yang tinggi kepada pasangan, jangan disangsi tidak tentu pasal. Bertanya baik-baik bila ingin tahu bukan menyoalsiasat kerana ianya akan mencetuskan suasana yang tegang.

    Reply

    Anarm reply:

    @ejam, tips yang bagus.. terima kasih..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

  29. dhiyafaris says:

    hai encik suami…kongi la tips berumah tangga..muahahah

    Reply

    Anarm reply:

    @dhiyafaris, tips rumahtangga aku tak tau sangat.. kena banyak belajar lagi.. huu
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dulu Bujang Sekarang Dah KahwinMy Profile

    Reply

    kaio reply:

    @Anarm,
    ha.. lepas ni boleh buat sharing rumah tangga.! hoho! :D
    Jom baca entri terbaru blog kaio.. VLOG – Tragedi Oktober 2012My Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 184.22.183.114

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv