Seminar Buat Duit dengan Blog

Dropbox Simpan Fail Secara Online

22

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 17 February 2012 { 22 komen }

   

dropbox anarm Dropbox Simpan Fail Secara Online

Assalamualaikum.. Rasa stress sikit sekarang ni sebab segala kerja yang aku dah buat tak sempat nak finalize untuk bagi kat big boss. Fail-fail kerja hilang sekelip mata bila laptop masuk ‘bengkel’ hari tu. Technician Asus Centre boleh pulak pergi format semua benda dalam laptop aku ni tanpa tanya aku dulu. Sejak ada laptop sendiri, tu je pertama kali aku hantar repair laptop di pusat servis. So, aku tak tahu cara-cara betul yang perlu aku buat. Nak tanya apa, nak jawab apa, nak bagitau apa, atau sebagainya. Sebelum ni bila laptop buat hal aku hantar repair di kedai komputer biasa je.

Sekarang ni untuk langkah berjaga-jaga takut kalau berlaku lagi perkara macam tu, aku langgan akaun Dropbox untuk simpan fail secara online. Bagi yang tak tahu lagi Dropbox tu benda apa, ianya merupakan satu servis menyimpan fail secara online yang berasaskan ‘cloud storage’. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet.


Fungsi Dropbox

Sebagai contoh, kita ada miliki 3 gadget yang selalu kita guna setiap hari, contohnya Ultrabook Toshiba Portege Z830, iPhone 4S dan Samsung Galaxy Tab. Katakan kita ada 1 fail penting yang tersimpan di folder Dropbox dalam laptop Toshiba tu. Tiba-tiba laptop tu rosak, tak boleh ON. Kebetulan masa tu kita sangat perlukan fail penting yang ada di dalamnya. Apa yang bagus kat sini kita masih boleh akses ke fail tersebut dengan menggunakan iPhone 4S yang kita miliki atau menggunakan Samsung Galaxy Tab tu kerana fail tersebut berada di dalam ‘cloud storage’ Dropbox. Yang penting kesemua gadget tu ada dipasang aplikasi Dropbox untuk sync akaun Dropbox dengan gadget-gadget tersebut.

fungsi dropbox Dropbox Simpan Fail Secara Online

Fail dalam Dropbox dan gadget berhubung antara satu sama lain

Sekarang ni aku menggunakan Dropbox pada laptop Asus dan Samsung Galaxy S yang aku miliki. Semalam aku download satu software installer melalui telefon. Kemudian fail installer tu aku letakkan dalam folder Dropbox yang ada dalam telefon aku. Pagi tadi aku buka laptop tengok fail installer yang aku save dalam telefon semalam dah ada dalam laptop juga. Senang je nak transfer fail masuk laptop. Bagus kan? Berbaloi rasanya aku langgan akaun Dropbox Pro 50GB. Harga cuma USD$99.00 je setahun. Boleh buat simpan fail banyak-banyak. Credit to Jaws sebab kongsi pengalaman guna Dropbox.

Lihat lagi fungsi Dropbox yang ditawarkan.

Cara Menggunakan Dropbox

  • Daftar akaun Dropbox kemudian download aplikasi Dropbox dan install ke dalam komputer
  • Pilih directory dalam komputer untuk jadikan folder Dropbox semasa proses installation
  • Login ke akaun Dropbox korang menggunakan aplikasi Dropbox tu
  • Masukkan apa saja fail atau dokumen ke dalam folder Dropbox yang korang tetapkan di komputer, kemudian aplikasi ni akan upload fail-fail tersebut ke akaun Dropbox korang secara automatik
     

Dapatkan Akaun Dropbox PERCUMA 2GB

Dropbox ada beberapa pakej yang boleh kita langgan. Bagi korang yang nak cuba-cuba dulu bolehlah daftar akaun Dropbox percuma dengan saiz storan sebesar 2GB. Lepas tu install aplikasi Dropbox tu dan rasai sendiri kehebatannya. Kalau nak saiz storan yang lebih besar sikit, boleh invite rakan-rakan. Nanti dapat extra space. Atau boleh juga upgrade guna akaun berbayar. Macam yang aku guna akaun Dropbox Pro 50GB, cuma perlu bayar lebih kurang RM300 je setahun.

dropbox pricing Dropbox Simpan Fail Secara Online

Pakej-pakej akaun Dropbox yang boleh dilanggan

 
Daftar Dropbox sekarang! Jangan sampai berlaku perkara yang sama macam yang aku kena. Dah kena baru nak menyesal sebab tak buat backup fail-fail kerja. Yang menariknya juga, kita boleh buat macam-macam lagi dengan menggunakan Dropbox. Ada banyak tricks boleh kita buat dengan Dropbox.
 

keadaan cemas guna dropbox Dropbox Simpan Fail Secara Online

Pengguna Dropbox tak perlu cemas bila komputernya rosak kerana failnya selamat di Dropbox

 
* External hardisk yang beli hari tu boleh guna untuk simpan movie. Terbaik!

 
Rating: 5.0


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , , ,

22 komen -- Dropbox Simpan Fail Secara Online

  1. Norfa says:

    ok.. dah faham.. ..tq for the info….=).. banyak maklumat dapat kat sini.. alhamdulillah..ilmu lagi..
    Jom baca entri terbaru blog Norfa.. Nuffnang Blogopolis 2012 bersama DenaihatiMy Profile

    Reply

  2. daddydee says:

    tak pernah lagi guna applikasi ini….ini baru tahu….
    Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Nuffnang Blogpolis 2012 bersama DenaihatiMy Profile

    Reply

  3. leena says:

    tq atas info

    Reply

  4. kartikel.com says:

    dropbox terbaik

    Reply

  5. segalabenda says:

    Saya dah langgan dropbox untuk setahun. memang best dropbox ni. Sebelum ni saya gunakan 4shared. Apapun kredit pada dropbox
    Jom baca entri terbaru blog segalabenda.. Kepentingan ActiveprintMy Profile

    Reply

  6. Mohd Isa says:

    aku jarang guna dropbox ni, pasni nak kena gunalah. senang skit, ini tidak. asal nak guna file penting. nak kena cucuk pendrive sana sni..last2 pendrive aku gak yg ilang…sub2…
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Lagu Tema BFF Teman Tapi MesraMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, guna laa.. senang nk akses file kalo pegi mana2.. aku kalo malas sangat nk ON laptop, aku buka file dalam dropbox tu guna phone je.. kat phone pun ada pasang dropbox.. pehh.. terbaik.. :tongue: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Buat Duit Dengan Social MediaMy Profile

    Reply

    Mohd Isa reply:

    @Anarm, bb boleh pakai dropbox gak ke? hehe
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Drama Apa Celop Slot Aksi TV3My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, blackberry? ade je Dropbox for Blackberry.. tapi tak tau la boleh utk semua jenis bb ke tak.. aku tak pernah guna bb.. https://www.dropbox.com/blackberry
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Gushcloud Buat Duit Dengan Social MediaMy Profile

    Reply

    Mohd Isa reply:

    @Anarm, ada ye, nak kena test la nnt. anyway, thanks bro. :)
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Lagu Tema BFF Teman Tapi MesraMy Profile

    Reply

  7. Alan says:

    Thanks for the info.
    Sangat berguna untuk saya :)
    Jom baca entri terbaru blog Alan.. Lelaki, Perempuan, Best Friend & BercintaMy Profile

    Reply

  8. zulkbo says:

    salam..
    masih tak percaya storage luar nih
    selamat ke..?ada nampak icon
    di ipad2 saya tapi kurang percaya
    la pulak..tapi heran icloud by Apple
    tu saya guna pula..sama ke erk..? :wink:

    Reply

  9. Affan Ruslan says:

    Mula2 bila kawan aku guna, aku tak heran. Tapi bila dah cuba, perghh, memang terbaik. Kalau ada group assignment, buat satu private file, invite group members hehe. Even kat kanada ni dropbox popular, aku buat lab report pun ada private file utk group aku.

    Btw, ko dah try ke yg blh increase storage secara percuma tu? Aku tak ingat kat forum mana entah
    Jom baca entri terbaru blog Affan Ruslan.. Bantu Saya Untuk Menang Macbook ProMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Affan Ruslan, yang tambah storage tu dulu aku guna cara invite2 orang tu je.. dulu guna yg free 2GB dapat tambah sampai jadi 8GB.. skrg dah upgrade guna paid account.. ada space 50GB..

    ada cara lain lagi ke nak increase storage? kat forum mana ada ajar?
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dropbox Simpan Fail Secara OnlineMy Profile

    Reply

  10. Jaws says:

    kredit laa aku sebab soh ko beli.. hehehe..
    Jom baca entri terbaru blog Jaws.. Wordless Wednesday #15 – The Precious DragonMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Jaws, nanti aku masukkan.. lupa pulak..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dropbox Simpan Fail Secara OnlineMy Profile

    Reply

  11. akubiomed says:

    Saya pun ada buka akaun DropBox tetapi tidak se-aktif pengunaan Box.net
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Macaron cinta manjanya kamuMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, aku penah guna Box jugak dulu tapi sehari je.. hehe.. sekarang box.net dah jadi box.com dah.. konsep dia sama je macam dropbox kan?
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dropbox Simpan Fail Secara OnlineMy Profile

    Reply

  12. anif says:

    Inilah kehebatan cloud computing… Memudahkan penyimpanan data :D

    Cuma ada sesetengah pengguna yang mementingkan privasi data tentunya tidak suka menggunakan perkhidmatan ini.
    Jom baca entri terbaru blog anif.. 3 Bank Menaikkan Kadar Faedah Terhadap Bagi Tertunggak Kad Kredit Mulai 1 Mac 2012My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @anif, kalau data yang perlukan privasi tu tak perlu la masukkan kat situ.. takpon boleh je setkan security dulu pada data tu baru masukkan kat situ.. kuasa di tangan pengguna..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dropbox Simpan Fail Secara OnlineMy Profile

    Reply

    anif reply:

    @Anarm, Kuasa di tangan pengguna tetapi server tiada didepan mata.. Inilah yang merisaukan banyak pihak. :D
    Jom baca entri terbaru blog anif.. OS X Mountain LionMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @anif, betul tu.. sebab tu kalau boleh jangan guna untuk letak barang2 personal atau fail2 yg perlukan privasi kat situ.. sedangkan server google pon tiada depan mata, tapi ramai je yang guna email google buat hantar fail2 rahsia dan sebagainya.. use the services at your own risk..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dropbox Simpan Fail Secara OnlineMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 23.22.212.158

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv