Dah Kunci Pun Tak Selamat

12

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 4 June 2012 { 12 komen }

   

kunci solex motor Dah Kunci Pun Tak Selamat

Entri ni kisah pengalaman aku yang dah lama. Sebelum ni beberapa kali dah motor aku nak kena curi. Dah pakai banyak kunci Solex pun tak selamat jugak. Inilah risikonya bila pakai motor RXZ yang semua orang tahu mat motor, mat rempit memang naik nafsu bila tengok. Motor aku yang dah buruk tu pon diorang masih bernafsu nak curi. Opss.. Bukan buruk. Dah lama. Otai. Nanti terasa pulak motor aku bila aku cakap ‘buruk’. Lepas tu mula la nak meragam. Motor ni kadang-kadang macam ada hati dan perasaan jugak.

Pernah sekali motor aku nak kena curi masa aku duduk kat rumah kakak aku. Kalau ikutkan dah 4 bijik kunci aku pasang kat motor, tetap tak selamat. Tambah-tambah rumah flat. Ada jiran ternampak 2 orang ‘jantan’ tengah cungkil tempat kunci motor aku. Kena kejar mamat 2 orang tu tapi tak dapat tangkap. Jiran aku cakap diorang siap bawa pemotong besi. Nasib baik aku dah tukar kunci motor jenis bentuk lambang NAZI. Tinggal kunci tu je diorang tak boleh buka. Jenis kunci tu orang kedai motor cakap memang susah nak cungkil. Nak duplicate anak kunci dia pun tak boleh. Kalau terhilang anak kunci tu, nasib laa.

kunci nazi Dah Kunci Pun Tak Selamat

Kunci motor berlambang NAZI

Solex Cap Ayam

Solex ori yang aku beli mahal-mahal pun takde guna. Habis terburai Solex tu diorang buat. Aku ingat bila beli yang ori rasa yakin sikit ketahanan dia. Rupanya cap ayam jugak. Kunci jenama Solex langsung tak selamat! Jangan la guna Solex untuk kunci rumah. Kejap je pencuri boleh buka lepas tu curi barang dalam rumah. Better guna kunci mangga yang kaler kuning tu. Kuat dan tahan sikit daripada Solex. Tapi bukan yang pasar malam punya la.

Tiap-tiap malam aku mesti terfikir selamat ke tak motor aku kat luar sana. Cuma mampu berserah pada Allah je. Aku dah rantai tayar depan kat kerusi batu, dah lilit kunci panjang kat tayar belakang, dah ‘sangkut’ kunci mahal kat disc brake. Tapi tetap rasa tak selamat. Macam mana lagi agaknya nak elak motor kena curi ye? Tak sanggup rasanya kehilangan motor yang jadi satu-satunya pengangkutan pergi kerja, keluar jumpa kawan-kawan, keluar dating, pergi Alamanda tengok wayang.

Dulu aku pernah kehilangan motor EX5. Pergi buat report polis lepas tu kena gelak dengan abah aku. Abah aku cakap 90% atau lebih motor tu takkan jumpa dah. Abah aku dulu pun polis, dia tahu laa. Anak dia pulak pernah berkawan dengan kaki curi motor dan pernah tengok operasi ‘sembelih motor’ (buka semua komponen motor). Macam mana nak jumpa balik kalau motor dah kena ‘sembelih’? Betul tak? Huuu..

Jom tengok Bro Framestone ajar teknik mudah mencuri kereta MyVi. Lepas ni hari-hari boleh tukar kereta MyVi baru.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , ,

12 komen -- Dah Kunci Pun Tak Selamat

  1. titan says:

    ko bawak masuk aje simpan dalam rumahh..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Pengadil paling tak kacak tahun 2012..My Profile

    Reply

  2. incik says:

    gilo bosar solex tuhhh.. kaki rembat motor ni pantang nampak motor, janji bleh dapat jual sparepart nye..
    Jom baca entri terbaru blog incik.. Fashion rambut ekstrim terlarang di ChinaMy Profile

    Reply

  3. Ariff says:

    Nasib baik aku tak pakai RXZ

    Reply

  4. annisa says:

    kita berusaha dan bertawakkal pd NYA semoga diselamatkan harta kita dr kehilangan dan kemusnahan… ameen

    Reply

  5. azman says:

    RXZ memang kaki rembat terliur tgk..apa2 pun kena baca2 sikit lepas tu tawalkal :cool: Jom baca entri terbaru blog azman.. Gun n NicotineMy Profile

    Reply

  6. Budak Lanun says:

    Assalam, memang sah tak akan dapat dah motor yg dah kena curi tu… Sepupu aku pun ada juga yang dah kena kebas motor dia sampai sekarang tak dapat2 juga…
    Jom baca entri terbaru blog Budak Lanun.. Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu ?My Profile

    Reply

  7. akubiomed says:

    Pasang kunci tidak menghalang kenderaan dicuri cuma melengahkan masa untuk mencuri.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Separuh dari rakyat Malaysia membazirMy Profile

    Reply

  8. Sara says:

    Dah usaha kunci motor, apa kata tawakal kpd Allah & cuba amalkan surah yassin ayat 9. InsyaAllah, motor selamat. :)
    Jom baca entri terbaru blog Sara.. Susah Senang Peniaga OnlineMy Profile

    Reply

  9. Jebeng Otai™ says:

    nk x nak kene wat suis pendua..kalo masuk kunci suis ni x on x leh idup..diorg nk bypas ke apa ke x idup kalo x on suis ni.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Rumah KontenaMy Profile

    Reply

  10. anif says:

    Bila semua langkah perlu sudah diambil, bertawakkal aje la…
    Jom baca entri terbaru blog anif.. Bug Pada Aplikasi Instagram Telah Diperbaiki!My Profile

    Reply

  11. Bro Framestone says:

    he…23x

    bro tiap2 malam risau juga dengan kereta yang diparking dibawa apartment yang tak berjaga nie.

    bukan sebijik.. tapi 2 bijik.

    dalam masa yang sama dok fikir juga.. mana la hilang spender yang bro sidai dekat ampaian.

    budak rumah semuanya jantan.

    pening… pening….
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Samsung Galaxy Note Untuk Si DiaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Bro Framestone, spender hilang? entah2 ada budak rumah yang terambil kot lepas tu buat macam spender sendiri..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Kunci Pun Tak SelamatMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.224.79.93

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv