Arkib untuk kategori ‘tutorial’

Cara Buat Windows 7 USB Installer

install windows 7 melalui USB installer

Dah lama sangat rasanya aku tak guna DVD drive kat laptop aku. Tadi aku try jolok CD nak tengok berfungsi lagi tak DVD drive aku ni. Mana tau kot-kot rosak sebab lama sangat tak guna. Rupanya memang dah rosak! Adehh.. Tapi tak kisah sangat sebab aku memang dah lama tak guna apa-apa CD. Installer yang pakai CD pon semua aku dah convert jadikan fail .iso, simpan dalam laptop dan buat backup masuk dalam external hardisk. Kalau nak guna, aku create je virtual drive pakai DAEMON Tools Lite.

Sebut pasal installer tanpa guna CD ni, semalam ada seorang rakan Twitter minta aku buat satu entri macam mana cara buat Windows 7 USB installer. Oleh sebab entri ni berbentuk tutorial, screenshot langkah demi langkah mungkin lebih mudahkan pembaca faham macam mana proses yang kita perlu buat untuk cipta Windows 7 USB installer.

read more »

keywords: , , ,

Cara Forward Email Yahoo ke Gmail

tutorial forward yahoo mail ke gmail

Korang biasa guna Yahoo! Mail atau Gmail? Aku lebih suka guna Gmail. Mungkin sebab fungsi yang ada pada Gmail yang aku rasa lebih mantap berbanding Yahoo Mail atau servis-servis email percuma yang lain. Yahoo Mail pun aku ada tapi dah jarang guna. Kat situ dah jadi tempat menternak email spam.

Aku dah tak nak gunakan Yahoo Mail untuk urusan-urusan email. Guna untuk login ke beberapa akaun internet je sekarang ni. Tapi, masih ada beberapa orang yang masih contact aku melalui Yahoo Mail. Aku jarang buka email tu dan kadang-kadang tak tahu ada terima email yang sedikit penting. Nak bagitau kat penghantar-penghantar email tu tentang penukaran email, aku rasa macam menyusahkan je. Lagi satu takut ter-spamming inbox orang.

Semalam aku ada tanya di Twitter macam mana nak forward email Yahoo, tapi tak dapat sebarang jawapan daripada followers. Mungkin ramai yang dah tidur kot time tu. So, macam biasa… kaunter pertanyaan yang sentiasa dibuka 24/7 iaitu Google dah pun berikan jawapan bagi persoalan aku – Cara forward email Yahoo ke Gmail.

read more »

keywords: , , , ,

Cara Optimize Database Blog WordPress

cara optimize database wordpress

Ramai blogger WordPress tidak ambil tahu sangat tentang database blog mereka. Mungkin ramai yang tak berapa pandai atau mungkin juga takut bila menyentuh tentang perkara berkait dengan database. Untuk pengetahuan semua, database merupakan teras bagi blog yang menggunakan WordPress (self-hosted). Database yang tidak dipantau dan dijaga akan menyebabkan berlaku overhead atau empty spaces yang tak diperlukan atau mungkin juga berlaku masalah-masalah lain.

Komputer korang bila dah digunakan setiap masa, lama-lama ianya akan jadi slow. Kita perlu lakukan proses mencuci dan defrag untuk kembalikan potensi komputer kita. Sama juga dengan database blog WordPress. Bila dah terlalu banyak digunakan, lama-lama blog akan jadi berat dan loading lambat.

Contohnya seperti Post Revision atau autosave yang berlaku ketika kita sedang menulis entri. Post Revision tersebut akan menambah saiz database. Benda tu tak diperlukan lagi lepas kita dah publish entri. Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan optimize database blog WordPress korang.

read more »

keywords: , , , , ,

Hantar SMS Percuma dengan MostSMS.com

hantar sms free dengan mostsms.com

Mesti ramai yang suka kalau dapat hantar mesej free, kan? FYI, MostSMS.com ada sediakan perkhidmatan hantar mesej percuma tetapi dengan limit hanya 40 SMS sahaja dalam sehari. MostSMS.com juga ada sediakan beberapa ciri lain, antaranya:

  • Phonebook untuk simpan nombor telefon awek rakan-rakan
  • SMS Templates yang mengandungi kategori-kategori SMS seperti Friendship, Birthday, Jokes, Life dan Love yang boleh kita forward kepada rakan-rakan
  • Inbox dan Sent SMS
  • Schedule SMS untuk kita setkan SMS yang akan dihantar pada waktu dan tarikh tertentu
  • Block Mobile Number

read more »

keywords: , , , , , , ,