Arkib untuk kategori ‘Isu Semasa’

Expo Buku 1Malaysia di PWTC (1-6 Feb 2012)

1Malaysia Book Expo

1Malaysia Book Expo

Assalamualaikum.. 1Malaysia Book Expo 2012 kini sedang berlangsung di PWTC. Event bermula dari 1 FEB 2012 hingga 6 FEB 2012. Mesti meriah event ni sebab orang Malaysia kita kan ramai yang suka baca buku atau boleh juga digelar “ulat buku”. ULAT BULU pon ramai jugak, mesti diorang pergi ke 1Malaysia Book Expo 2012 ni sebab nak usha awek-awek universiti. Kan? :tongue:

Expo buku ni diadakan khusus untuk pelajar-pelajar IPT dan Pra-U yang telah mendapat voucher buku 1Malaysia. Dengan penggunaan voucher tersebut, korang akan mendapat potongan harga (diskaun) sehingga 70% bagi setiap pembelian buku. Tak semestinya beli buku pelajaran je. Buku-buku lain pon boleh beli guna voucher buku tu.

read more »

keywords: , , , , , ,

Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir

Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir

Terbaca 1 tweet pagi tadi berkenaan perbaharui lesen memandu ikut tarikh lahir. Menurut sumber Berita Harian, orang ramai boleh mula perbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir mulai Isnin depan (21 November 2011). Melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,”   kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

read more »

keywords: , , , , , , , ,

Juara Maharaja Lawak, SEPAH si Bujang Lapok

Juara Maharaja Lawak, SEPAH si Bujang Lapok

Tahniah kepada Kumpulan SEPAH kerana telah berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan SEPAH berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro. Lawak yang dibuat oleh 3 orang ahli kumpulan SEPAH iaitu iaitu Jep, Mamat dan Shuib memang kelakar betul. Dan akhirnya dapat jugak Shuib jumpa dengan Dafi. Haha.. Jutaan tahniah kepada Kumpulan SEPAH!

Memang betul apa yang orang cakap. Kumpulan SEPAH ni aku tengok macam bayangan Bujang Lapok (P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar). Jep jadi P.Ramlee, Mamat jadi Sudin, Shuib jadi Aziz. Kalau kita tengok 3 orang ahli kumpulan SEPAH tu pon nampak macam Bujang Lapok. Jep dengan tubuhnya yang gempal macam P.Ramlee. Tubuh Mamat pulak tinggi lampai dan kurus macam Sudin. Si Shuib rendah dan kecil molek macam pelakon Aziz Satar. Bujang Lapok generasi baru diorang ni.

read more »

keywords: , , , , , ,

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 53

Selamat Hari Merdeka yang ke 53

Beberapa hari lagi negara kita Malaysia akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ni (2010) ialah “1Malaysia Menjana Transformasi“. Hari kemerdekaan kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Diharap semangat merdeka dalam diri kita semua tak luntur disebabkan lapar berpuasa.

Seperti biasa, setiap kali sambutan hari kemerdekaan Malaysia, terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dibuat untuk meraikan hari yang penuh gemilang ni. Pembukaan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 ini ialah pada 1 Ogos 2010 yang lalu di mana telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Stadium Utama, Kangar, Perlis.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,