Arkib untuk kategori ‘Facebook’

HootSuite – Twitter Client Terbaik

hootsuite twitter client terbaik

Sebelum aku tulis lebih lanjut tentang subjek Twitter Client Terbaik ni, aku nak mulakan dulu dengan pengenalan ringkas tentang apa itu Twitter – bagi sesiapa yang masih belum tahu dan berminat nak tahu. FYI, Twitter memang best!

Twitter merupakan social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk hantar dan baca mesej yang dipanggil sebagai ‘tweet’. Tweet ialah text-based post iaitu pesanan ringkas (seperti menulis SMS) dan hanya menggunakan 140 character. Tweet akan dihantar kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan (Follower). Twitter juga sama seperti blog, sesuai untuk kita update sesuatu terus ke internet dengan pantas, ringkas.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , ,

Update Status Facebook Secara Auto

Baru-baru ni kecoh dengan berita kononnya Facebook akan ditutup. Semua user yang fanatik dengan Facebook dah macam meracau tak tentu pasal bila dengar berita panas ni. Bagi aku pulak, pertama kali aku baca tentang berita tu, aku dah tergelak. Kalau tak percaya, tanya Encik Jaws kita. Beliau saksi di tempat kejadian.

Update Status Facebook Secara Auto

Lupakan kisah Facebook nak tutup tu. Dah basi kot. Ok! Entri kali ni berkait dengan Facebook jugak iaitu “Kemaskini Status Facebook Secara Auto“. Benda ni merupakan satu laman web yang boleh dihubungkan dengan Facebook dan Twitter. Aku terjumpa web ni time tengah mengexplore aplikasi-aplikasi yang ada di Facebook. Pada mulanya, saja nak mencari aplikasi Facebook yang boleh buat connection antara Facebook dan Twitter supaya jadi lebih menarik (selain Selective Tweets yang aku pakai sekarang).

Aku ni Twitter user yang boleh dikatakan tegar jugak la. Update status Facebook pun dari Twitter je. Memang lebih gila menggunakan Twitter berbanding Facebook. Tapi masih juga memerlukan Facebook untuk lakukan kerja-kerja buat duit di internet. Err… Panjang sangat dah intro ni.

read more »

keywords: , , , ,

Mari belajar buat duit bersama Churpchurp

3 Ogos yang lepas aku ada siarkan entri bertajuk “Jom buat duit dengan ChurpChurp.com” sempena meraikan ulangtahun Churpchurp. Lepas pada tu, aku dihujani dengan soalan-soalan tentang Churpchurp. Di email, di Twitter dan juga di Facebook, semua serang aku dengan soalan “Macam mana nak buat duit dengan churpchurp ni? Tak faham laa. Boleh ajarkan tak?“, “Betul ke Churpchurp ni boleh buat duit? Macam tak caye je“, “Ko dah berape kali cashout duit Churpchurp? Tunjuk bukti sikit boleh?“, dan macam-macam soalan lagilah. Korang yang pakar tentang Churpchurp mesti pernah kena serang dengan soalan-soalan macam ni kan?

Churpchurp cashout earning

Seperti yang semua sedia maklum, Churpchurp merupakan media pengiklanan twitter daripada Nuffnang. Di blog-blog korang juga jelas terpampang iklan-iklan Nuffnang. Tapi bila diberitahu tentang Churpchurp, korang macam kurang percaya yang benda ni boleh buat duit. Pelik tak? Jika korang Google tentang Churpchurp, korang akan jumpa pelbagai respon tentang Churpchurp. Cuba tengok adakah ianya respon positif ataupun negatif? Kalau tak percaya jugak, boleh cuba try test dulu sebab Churpchurp ni program percuma, tak kena bayar pon. Lagipon Churpchurp program paling mudah untuk buat duit di internet.

Bagi yang belum join buat duit dengan Churpchurp, korang boleh daftar dulu di laman web Churpchurp.com dan ikut segala langkah pengaktifan. Tentang cara-cara bagaimana nak buat duit dengan Churpchurp, sila baca entri ni sampai habis.

read more »

keywords: , , , , , , ,