Arkib untuk kategori ‘Games’

Main Perang-Perang

berperang

Gambar dicrop dari entri di blog 9gag.com

Dah lama tak main perang-perang. Teringat zaman kecik-kecik dulu, bila lepas solat Asar je terus keluar pergi ‘berperang’ dengan kawan-kawan. Berperang guna senapang kayu je. Peluru dia guna buah terung manggor. Pedih betul kalau kena tembak dengan peluru tu. Tapi lagi pedih kena pulas telinga dengan mak abah sebab dah Maghrib tapi tak reti-reti nak balik mandi. Waktu Maghrib kena solat jemaah, lepas tu mengaji Quran sampai kena pulas telinga lagi dan nangis-nangis sebab malas mengaji. Haha.

Dah besar ni rasa teringin pula nak main perang-perang tapi dah tak boleh main perang macam masa kecik-kecik dulu. Perang paintball boleh la. Aku tak pernah main lagi benda alah paintball tu. Takde geng nak main dan juga takde orang mengajak. Oleh sebab tu, banyak masa aku dihabiskan depan laptop baru, buat design, buat tugasan-tugasan yang big boss bagi, update status Facebook dan baca timeline Twitter.

read more »

keywords: , , , , , , ,

Games Kegemaran Anarm Ketika Bosan

gila game

Berada di ofis siang tadi buat aku rasa bosan gila, mengantuk, bebal, bengong, bangang, cukup lengkap semua pakej sebab takde kerja yang boleh dibuat. Nak online pun internet takde kat ofis. Disebabkan pemikiran big boss aku yang aku sendiri pon tak faham apa yang dia fikir, dia potong line internet streamyx kemudian langgan internet maxis broadband untuk kegunaan dia saja. Maka, tinggallah aku seorang diri di ofis terkontang-kanting tak dapat merasai nikmat bermain internet.

Oleh kerana takde kerja sangat dan tak boleh nak online, hiburan aku kat pejabat adalah GAME. Dulu aku memang kaki games tapi sejak dah tua ni, dah jarang main game. Kat sini aku saje nak share games yang aku selalu layan time tengah bosan kat rumah ataupun kat ofis. Game bodoh-bodoh je aku layan. Huhu..

read more »

keywords: , , , , , , , ,

Kesatria Poyos: Game Facebook buatan Malaysia

Kesatria Poyos - Game Facebook buatan Malaysia

Semalam inbox email Anarm.Net telah didatangi sepucuk email daripada seorang otai Kesatria bergelar Atok Nujum yang menyatakan hasratnya untuk rekrut orang-orang baru dan ingin menurunkan ilmunya supaya lebih ramai menjadi sepertinya, seorang Kesatria Poyos. Apekejadah Kesatria Poyos tu? Haa.. Meh sini nak cerita. Anggap la cerita ni daripada seorang Atok Nujum kepada cucu-cucunya..

Kesatria Poyos merupakan sebuah permainan/game di laman sosial Facebook yang kini semakin terkenal dan digilai ramai terutamanya oleh penggemar game di Facebook. Game yang bercorak lawan-lawan ni membolehkan kita menjadi karakter (hero) bermula sebagai hulubalang biasa dan seterusnya ke arah seorang Kesatria yang gagah berani lagi poyo! Lebih kurang macam hulubalang istana la kot. Apa yang menariknya, game ni adalah 100% buatan anak Malaysia iaitu oleh Atok Nujum sendiri dan 100% menggunakan Bahasa Melayu! Menarik bukan? Bukan senang nak jumpa game kat Facebook hasil sentuhan kreatif anak Malaysia. Untuk berkenal-kenalan dengan Atok Nujum korang boleh masuk ke laman Facebook beliau di facebook.com/atokpoyogiler. Tabik spring toing toing kepada Atok Nujum sebab berjaya hasilkan sebuah game yang menarik.

read more »

keywords: , , , , , , , ,