Arkib untuk kategori ‘Download’

Transformers 2: Revenge Of The Fallen (review)

Transformers 2: Revenge Of The Fallen

(28 Jun 2009, Jam 12.05 tengahari)

Aku dan awek aku selamat sampai kat KLCC untuk upacara tengok wayang dengan budak-budak gedik Sifoo Dot Com (SDC). Transformers 2: Revenge Of The Fallen, satu cerita yang sangat-sangat menarik bagi aku. Tapi aku ada jugak terbaca kat blog-blog lain yang cakap cerita Transformers kali ni.. sangat bosan? Really? Hmmm.. Tak kisah la. Tu pendapat diorang. Bagi aku, Transformers 2 ni memang sangat-sangat best sial, gempak siot, superb muperb, terbaik, cool, marbeles, canggih, dan perkataan-perkataan lain yang setanding dengannya. Nak cakap cerita ni memang tersangat-sangat memuaskan hati aku. Yang cakap bosan tu.. ada aku kesah? Cak cak cak. Hahaha..

Walaupun dah ramai yang review cerita Transformers ni kat blog masing-masing, contohnya macam JustKhai, Kill Vearn, Shazclan, Luth Textile dan lain-lain, aku tetap jugak nak buat review sebab aku baru je tengok. Huhuu.. Aku tak berpeluang jadi orang pertama tengok cerita ni time hari pertama ditayangkan. Dalam cerita Transformers ni, aku paling suka quote Optimus Prime time ending cerita. Ala.. Yang dia cakap-cakap sambil tengok langit time cerita dah nak abis tu.. Memang macho abis aa dia posing time cakap ayat tu. Tak dinafikan, suara Optimus Prime memang sesuai dengan gaya dan lagak dia. Optimus Prime rocks!

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , ,

Dapatkan software berbayar secara percuma

Hari ni aku google macam-macam kata kunci sebab nak cari gambar untuk satu project yang aku kena buat. Tengah menerjah masuk ke blog-blog dan web-web yang terdapat dalam dunia maya ni, aku terjumpa satu web yang menarik iaitu Giveaway Of The Day di mana web tersebut menawarkan software-software berbayar yang korang boleh dapatkan secara PERCUMA!! Software berbayar yang percuma tu berubah-ubah setiap hari. So, korang kena la dapatkan software yang ditawarkan tu sebelum tempohnya tamat. Lepas dah tamat tempoh tawaran tu, software tu masih boleh korang dapatkan tapi kena la bayar. Menarik kan?

read more »

keywords: , , , , , ,

Happy Birthday to Me : 13 May

Happy Birthday to AnarmDulu, masa kecik-kecik, mak ngan abah aku selalu buatkan pulut kuning bila time hari lahir aku. Mak aku panggil pulut kuning tu “Pulut Semangat”. Rasanya untuk bagi aku semangat dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ni kot. Hehe.. Memang sedap ah mak aku masuk pulut kuning dengan kuah kari ayam, takpon ayam rendang. Bila dah makin besar panjang usia aku ni, dah kurang sambut hari lahir. Aku pon tak kisah sangat nak sambut ke tak. Bagi aku, sekadar doa agar panjang umur dan murah rezeki, tu pon dah cukup. Takyah nak sambut hari lahir dengan kek, hadiah, apa-apa jela. Kalau dapat hadiah pon, nanti lama-lama entah ke mana hadiah tu sebab aku komfem tak ingat kat mana aku simpan hadiah tu. Haha.. Hmm.. Dah lama tak merasa masakan mak aku sejak dok jauh dari kampung ni sebab bekerja.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , ,

Dapatkan MajalahIM Edisi Mei 2009

Majalah IM

MajalahIM keluaran #13 telah sedia untuk didownload. Dapatkan sekarang kerana banyak info menarik tentang dunia blog yang dikongsikan melalui MajalahIM ni. Bagi sesiapa yang belom tau tentang majalah ni, boleh la layari blog rasmi MajalahIM di http://www.majalahIM.com.

Sepertimana yang telah diumumkan di blog rasmi MajalahIM, edisi kali ni berkisar tentang isu ‘Blog dan Pro Blogging‘ yang kini semakin hangat diperkatakan di Malaysia kita ni. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia ada blog sendiri. Tapi ada juga yang masih tak tau dan masih tidak faham apa itu blog.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,

MyFTP – Permudahkan Harimu

FTP in WordPress

Aku sedikit terkejut bila berjalan-jalan kat blog Esan Studio sebab terbaca satu artikel yang dia baru publish kat blog dia. MyFTP – WordPress Plugin, camtu la tajuk entri terbaru kat blog dia. Aku rasa macam ghairah nak tau sangat plugin apa yang macam best tu. So, aku klik la kat ‘Read More’ kat entri dia tu.

Korang pon sama. Kalau nak tau lebih lanjut, klik ‘Read More’ blog aku ni. Eh, silap.. Aku dah tukar jadi ‘Baca selanjutnya’. Hehee..

read more »

keywords: , , , , , , , , , , ,

Switch to our mobile site