Arkib untuk kategori ‘Blogger’

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab

Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

Samsung Galaxy S II.. Siapa taknak, kan? Semua orang nak. Tambah-tambah kalau dapat percuma dari Beta.my. Memang seronok sangat la. Saya nak Samsung Galaxy S II sebab ciri-ciri dan fungsi-fungsi hebat yang terdapat padanya. Bila sebut pasal fungsi Samsung Galaxy S II ni, memang ianya cukup mantap.

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

Sebab yang pertama sekali adalah… Kalau saya dapat Samsung Galaxy S II dari Beta.my, saya boleh jual kepada orang lain. Mesti ramai yang nak beli kan? Tengok saja la design telefon tu. Cukup cantik. Cukup menarik. Ditambah pula dengan ciri-ciri hebat yang ada padanya. Jual dengan harga RM865 mesti ramai berebut nak beli. Kan? Dapat duit tu boleh buat investment. Murah sangat ke? Oklah.. RM1,000. Siapa nak?

read more »

keywords: , , , ,

Giveaway Photoshop Percuma Seumur Hidup

Giveaway Photoshop Percuma Seumur Hidup

Giveaway istimewa daripada AppSumoDaily Deals for Web Geeks. Kali ni, giveaway berupa perisian Adobe Photoshop percuma seumur hidup ditawarkan kepada semua.

Adobe Photoshop banyak kegunaannya. Contoh, lelaki yang berkulit gelap boleh jadi cerah dan putih mulus gebu dengan Adobe Photoshop. Begitu juga dengan masalah perut buncit yang sering dialami lelaki zaman sekarang ni, pun boleh dikuruskan dengan serta merta! Tapi gambar dia jela. Lelaki tu tetap gelap dan buncit. Haha..

Perempuan risau dengan jerawat yang muncul di wajah? Takde masalah. Gunalah Adobe Photoshop. Jerawat di bahagian wajah akan hilang dalam sekelip mata dan anda akan kekal cantik jelita. Tak payah susah-susah beli produk direct selling kat luar sana tu. Hehe..

read more »

keywords: , , , , , , ,

Plugin Waktu Solat Daripada Denaihati

Plugin Waktu Solat Daripada Denaihati

Aku baru je pasang Plugin Waktu Solat daripada Denaihati dalam blog Anarm.Net ni. Plugin waktu solat yang baru saja dilepaskan oleh encik Denaihati dibuat khas untuk para blogger tak kira blogger yang menggunakan WordPress ataupun Blogspot. Untuk pengguna Blogspot, Denaihati menyediakan script dalam bentuk iFrame yang boleh dimasukkan ke dalam blog dengan mudah. Bagi pengguna WordPress pula, korang boleh pasang plugin WordPress yang diberi nama “Waktu Solat Countdown” ke dalam blog korang.

Projek Waktu Solat ni dibangunkan dengan fungsi yang akan menunjukkan waktu solat bagi kawasan-kawasan sekitar Malaysia. Terdapat jam kiraan yang akan memaparkan berapa lama tempoh yang tinggal sebelum masuk waktu solat seterusnya. Memang satu plugin yang cukup menarik dan memberi manfaat jika dipasang di blog. Dengan adanya plugin waktu solat ni, sedikit sebanyak akan memudahkan kita mengatur aktiviti blogging setiap hari dan mengingatkan kita supaya tidak mengabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

read more »

keywords: , , , , , ,

Dapat Trafik Guna Duit Adalah Cara Hina?

Tarik Trafik Dengan Duit

Hari tu ada terbaca satu entri di blog Denaihati – Guna Duit Dapat Trafik Cara Yang Hina. Aku tak tau macam mana cara tu boleh dikatakan sebagai cara yang hina. Bagi aku, cara yang Denaihati gunakan tu adalah bijak! Encik Denaihati ada kelebihan dari segi kewangan. So, apa salahnya dia guna kelebihan pada diri dia untuk dapatkan trafik blog.

Duit atau wang yang biasa Denaihati tawarkan kepada para blogger biasanya dibuat dalam bentuk contest atau peraduan. Ada ciri-ciri HINA ke dalam konsep yang dia guna tu? Takde kan? Peraduan dah tentu perlu ada hadiah. Hadiah tu terpulang pada penganjur untuk tentukan sama ada nak beri hadiah dalam bentuk wang tunai, iPad, Galaxy Tab, coklat ke, tilam Vono ke atau sebagainya.

read more »

keywords: , , , , , , ,