Cara Buat Icon (.ico) Dengan Photoshop

22

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 6 May 2011 { 22 komen }

   

photoshop ico Cara Buat Icon (.ico) Dengan Photoshop

Fail gambar berformat .ico biasanya digunakan sebagai gambar icon bagi folder atau aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer. Di laman web pula, fail .ico biasanya digunakan di bahagian address bar atau ruangan URL pada web browser. Apa yang perlu kita buat hanya dengan memasukkan fail icon (.ico) dengan nama favicon.ico ke dalam direktori website atau blog.

Mesti ramai di antara korang yang sering gunakan online tools untuk buat fail .ico kan? Online tools yang disediakan di laman-laman web tertentu yang membolehkan kita convert fail gambar biasa kepada gambar berformat .ico. Contoh laman web untuk buat fail icon adalah seperti iConvert, ConvertICO, DynamicDrive dan banyak lagi.


Buat Fail Icon (.ico) Menggunakan Adobe Photoshop

Sepertimana yang kita semua tahu, Adobe Photoshop merupakan software yang digunakan untuk edit gambar. Contohnya seperti edit gambar Osama. Huhu. Tapi Photoshop takde sediakan fungsi untuk kita save gambar sebagai icon (.ico). Penyelesaian untuk masalah ni adalah kita tambah fungsi save as .ico di Photoshop. Caranya mudah je. Apa yang kita perlukan ialah plugin ICOFormat.8bi.

Download ICOFormat.8bi plugin

Lepas dah download fail plugin ‘ICOFormat.8bi’ tu, masukkan ke dalam folder ‘File Formats’ yang terletak dalam direktori tempat korang install Adobe Photoshop iaitu di C:Program FilesAdobeAdobe Photoshop CS*Plug-InsFile Formats. Kemudian, korang boleh run software Adobe Photoshop dan mula buat design icon ikut suka korang. Bila dah siap, save as .ico (Windows Icon) seperti contoh gambar kat bawah ni.

photoshop save icon Cara Buat Icon (.ico) Dengan Photoshop
Adobe Photoshop dah ada fungsi Save As Windows Icon (.ico) – Klik untuk saiz besar

PERHATIAN!
Untuk buat fail icon (.ico), fungsi plugin ‘ICOFormat.8bi’ ni hanya boleh dijalankan pada gambar yang bersaiz 256 pixel (maximum). Sekiranya gambar yang korang buat bersaiz lebih daripada 256 pixel, korang takkan dapat save as .ico kecuali korang resize dan kecilkan gambar tu. 256 pixel merupakan saiz standard untuk fail icon (saiz maximum).

Saiz-saiz yang biasa digunakan untuk fail icon adalah 16×16, 24×24, 32×32, 64×64, 128×128 dan 256×256.

Untuk buat design gambar icon, mungkin korang boleh mulakan dengan saiz 256px. Saiz-saiz yang lain tu mungkin tak sesuai. Susah untuk korang buat design dalam canvas yang kecil. Bila dah siap design, resize ke saiz kecil yang korang nak. Select Image > Image Size dan masukkan saiz yang korang nak. Jangan lupa aktifkan pilihan Resample Image dan pilih Bicubic Sharper pada fungsi drop-down tu untuk pastikan gambar tak jadi blur bila korang resize ke saiz yang lebih kecil. Kemudian, save as .ico macam biasa.

Itu sahaja tutorial cara buat icon menggunakan Adobe Photoshop. Selamat mencuba!

Tutorial ni menggunakan Adobe Photoshop CS5 Portable.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , ,

22 komen -- Cara Buat Icon (.ico) Dengan Photoshop

  1. Casi@Red Bottom Shoes says:

    This is a great looking tuto. :biggrin:

    Reply

  2. titan says:

    aku dah malas benar guna photoshop. pakai software mudah-mudah aje..haha.. :cool:

    Reply

  3. Anthony@Car Donation Tax Deduction says:

    Ini bagus, terima kasih untuk berkongsi. Maaf tentang bahasa Melayu saya, masih belajar. :cheerful:

    Reply

  4. Sabahan Bloggers Club says:

    Dah lama tak bukak photoshop. Nak edit pictures kat dalam tu pun dah tak athu dah. Terima kasih kerana berkongsi.
    Jom baca entri terbaru blog Sabahan Bloggers Club.. Simple SEO tips for blogspot newbiesMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Sabahan Bloggers Club, sebab tu jangan tinggalkan photoshop lama sangat.. time ade masa terluang tu, bukak je apa2 gambar pastu edit.. tak kisah la edit camne pon asalkan dapat asah skill guna photoshop.. kalau dah lama tinggal, skill tu jadi berkarat.. :wink:

    Reply

  5. Arya Putra says:

    cun brrooo..this GPS best brrroooo..(tersampuk ayat Nabil plak!)

    hahaha..nice brooo..akhirnya jumpa juga cara nak bikin fail ico tuh manually..
    yeah..
    Jom baca entri terbaru blog Arya Putra.. Facebook Hot FM Di Hack Oleh Jack SparrowMy Profile

    Reply

  6. zulpress says:

    terbaik,trimas untuk tutorial…
    selalu guna online je selama ni..nak buat shadow, reflect image,favicon semua yg online..
    pasni blh try sendiri,
    tapi cam reezluv gtau, x de custom icon sangat :biggrin:

    Reply

  7. MM says:

    yeah,thanks bro..nice tuto~ :lol:

    Reply

  8. reezluv says:

    malas nak guna .ico plugin tu..hehe..selalu buat online je..aku bukan ada bukan custom icon pun..tak mampu lagi nak jadi designer icon.. :biggrin:

    Reply

  9. Mohd Isa says:

    terbaiklah, haha…ini takda…bila nak wat file .ico buka tenet…pakai tools dalam tenet…takda tenet…melangut la jawabnya…hahaha
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Apabila Tiada Perasaan Menulis BlogMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, betul tu.. kalau takde intenet, takleh nak nak buat fail icon.. lagi 1, boleh try software portable ni.. IconFX.. tapi aku lagi suka pakai photoshop.. sebab dah terbiasa kalau apa2 design mesti nak guna photoshop.. pkai software lain memang jadi lambat keje.. huhu..

    Reply

  10. wazy says:

    nagus ni
    dah tak payah guna online kalau nak buat icon
    bookmark dulu bro
    Jom baca entri terbaru blog wazy.. Bersabarlah Duhai Hati…My Profile

    Reply

    wazy reply:

    @wazy,

    tertypo lak *bagus
    Jom baca entri terbaru blog wazy.. Bersabarlah Duhai Hati…My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @wazy, memang nagus pon.. hahaha..

    Reply

  11. syahrilhafiz says:

    cun aku bookmark dulu
    selalu guna online punya tuh
    Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Semakan Keputusan Permohonan ke IPTAMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, aku pon biasa dok guna yang online jugak.. tapi sejak dah takde internet kat rumah, bila aku nak buat gambar icon, sampai nak pecah kepala dok pikir camne laa nak buat icon kalau takde internet.. nasib baik ada yang baik hati buat plugin photoshop ni..

    Reply

  12. Mus says:

    bagus tutorial ni.. tak payah nak bergantung dengan online web untuk buat icon.
    Jom baca entri terbaru blog Mus.. Cara Murah Hasilkan Kesan Fisheye Pada GambarMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mus, yup.. online web kadang2 icon tak jadi macam yang kita nak.. kalau guna photoshop, boleh la control kualiti gambar icon tu..

    Reply

  13. Tarmizi Kamaruddin says:

    Lain kali, gunakanlah IcoFX Portable, senang sikit… portableapps.com/apps/graphics_pictures/icofx_portable

    Reply

    Anarm reply:

    @Tarmizi Kamaruddin, software yang menarik.. terima kasih kerana sudi berkongsi.. :happy:

    Reply

    Tarmizi Kamaruddin reply:

    @Anarm, sama-sama… ^_^

    Reply

  14. nick says:

    good tutorial :)

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 110.136.224.185

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv