Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Buntu nak buat pilihan

7

                 

Setelah beberapa hari sibuk dengan kerja, hari ni aku luangkan masa sekejap untuk update blog aku yang dah bersawang ni. Aku sebenarnya buntu nak memilih tajuk untuk entri yang aku tulis pada saat-saat yang penuh kebuntuan ni. Tajuk yang ade keyword buntu la kot yang sesuai sebab aku memang tengah buntu sangat-sangat sekarang ni.

anarm buntu

Korang penah tak berada dalam situasi buntu untuk membuat pilihan? Contohnya, korang buntu terpaksa pilih antara 2 orang awek yang korang cinta. Dua-dua sama cun, sama lawa bergetah, sama cantik, baik, dan sebagainya. Adehh.. Mesti buntu je nak pilih yang mana satu kan? Isshhh..

Situasi yang membuatkan aku buntu sekarang ni bukannya disebabkan terpaksa memilih awek cun bergetah, bukannya sebab anak dara jiran sebelah rumah dah tergeliat urat kentut, dan bukan juga sebab getah pemadam adik yang sekolah darjah 2 dah jatuh dalam longkang. Tetapi aku buntu sebab terpaksa buat pilihan yang akan menentukan masa depan aku. Sama ada aku pilih nak terus buntukan otak aku ni dengan masalah-masalah buntu aku yang tak pernah habis atau bebaskan diri dari kebuntuan yang membuntukan benak fikiran aku ni sejak dari dulu.

Buntu betul aku rasa sekarang ni sebab pilihan yang aku kena buat ni membabitkan masa depan. Kalau tersilap pilih boleh bertambah buntu dibuatnya.

dadu anarmAlangkah senangnya kalau pilihan tu senang macam jawab exam yang kena hitamkan jawapan A, B, C atau D yang ada kat atas kertas jawapan. Takde la terpaksa buntukan fikiran sangat nak buat pilihan. Kalau pilihan tu payah sangat, taknak buntukan kepala otak, boleh je main campak-campak dadu. Ingat dulu zaman sekolah, time exam, kalau aku dah buntu sangat nak jawab soalan exam tu, aku dengan penuh kebuntuan potong getah pemadam, buat dadu. Pastu aku tulis huruf A sampai D kat dadu tu. Pastu campak atas meja. Haa.. Nombor 13 jawapan die C (berpandukan huruf yang terpapar pada dadu tersebut). Hahahaa..

OK la. Dah takde apa dah nak tulis. Aku dah buntu. Entri ni sebenarnya untuk penyertaan contest buntu yang dianjurkan oleh Blog Boonto sempena hari lahir beliau yang hampir tiba. Semoga berkat hari lahir kamu tu, kamu dapat apa yang terbaik untuk diri kamu, dan juga hidup kamu, wahai sahabat. Good luck! Kepada visitor-visitor blog Anarm Network, jangan lupa subscribe blog Anarm Network ni untuk dapatkan info terkini yang menarik, yang mampu buatkan korang tidur malam dalam keadaan tertonggeng dan buntu. Sekian. Salam buntu dari Anarm Network untuk para pembaca yang buntu.


                 


Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , ,

 


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara ServerFreak Web Hosting world dream cars from various model

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Dropbox

Tinggalkan komen anda

7 komen diterima bagi entri “Buntu nak buat pilihan”

Trackbacks & Pingbacks

  1. Kill-Vearn says:

    hohoho aku tgk tajuk pon da taw ko nak wat entry psl contest.. hehehe… good luck bro…

    Kill-Vearn’s last blog post..Internet Download Manager 5.16 Launched

    [Reply]

    anarm reply:

    @Kill-Vearn, huhuuu.. good luck.. best la ko menang contest kt blog wan.. dapat hadiah t-shirt tuu.. :in-love:

    [Reply]

  2. hydir says:

    hoho .. ko join gak contest si JRy tu ya
    aku pon join gak..

    Tarian Buntu .. baca2 ler :)

    [Reply]

    anarm reply:

    @hydir, hahaha.. aku dah baca dah entri contest ko.. kelakar siot.. :hik-hik:

    [Reply]

  3. zelo55 says:

    waaa…

    cmnae ak nk mng n…huuuhuhuhuu…

    [Reply]

    anarm reply:

    @zelo55, kalah menang tu adat pertandingan bro.. ade rezeki ko bleh menang.. kalau rezeki aku punye, aku yang menang.. wakakakkaa :heheh:

    [Reply]

  4. adol says:

    contest buntu le nie.. nak lawan ye.. hehehehe

    Entri adol yang terbaru di blog beliau.. SEJARAH PERNIAGAAN AKU… PAKEJ NEWBIE IM BANYAK MEMBANTU

    [Reply]

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. Anda dilarang sama sekali masukkan link/permalink di bahagian komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-delete serta merta.

IP anda telah direkodkan : 203.82.92.33