Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Buat web guna cPanel atau DirectAdmin

67

                 

Web development

Siang hari aku buat kerja-kerja graphic kat office. Balik rumah mengadap kerja-kerja website/blog pulak. Buat masa ni aku boleh lagi la uruskan semua kerja dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Tapi semalam aku ada terima satu job baru member aku kasi. Job ni berjaya memabukkan kepala otak aku! Serius, memang mabuk kaw-kaw. Selerak otak aku dibuatnya.

Selama ni aku buat kerja-kerja web guna cPanel, tapi job terbaru ni aku terpaksa guna DirectAdmin! Benda yang tak pernah aku sentuh, yang tak pernah aku explore, dan malam ni aku terpaksa jugak bereksperimen dengan DirectAdmin demi duit tugas. Ada yang tanya aku kat Twitter, cPanel dan DirectAdmin tu apekejadah? Aku nak explain kat orang tu pun tak boleh sebab kat Twitter boleh tulis pendek-pendek je (140 character sahaja), tak boleh tulis panjang-panjang. So, dalam entri ni aku nak tulis panjang-panjang bagi korang kenal-kenal apa itu Panel Kawalan Webhosting.

Panel Kawalan atau Control Panel merupakan perisian yang digunakan dalam webhosting bagi memudahkan pengendalian sesebuah web atau blog. Jenis panel kawalan ni penting dalam menentukan aspek kemudahan sesebuah webhosting. Sebenarnya, ada banyak jenis panel kawalan yang terdapat dalam pasaran webhosting. Antara yang sering digunakan ialah seperti cPanel, DirectAdmin, Plesk, Ensim, Helm dan lain-lain. Tapi yang paling banyak digunakan sekarang ni adalah panel kawalan jenis cPanel dan DirectAdmin (sila betulkan jika aku tersilap bagi info). Panel kawalan ni just untuk web self-hosted (hosting sndiri) sahaja. Bagi pengguna-pengguna Blogspot, WordPress.com atau platform-platform lain yang teringin nak ada hosting sndiri boleh baca jugak untuk tambahkan ilmu.

Panel kawalan jenis cPanel

cPanelcPanel ialah panel kawalan webhosting edaran cPanel Inc yang direka khas untuk memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus laman web. Panel kawalan yang lengkap dengan ciri-ciri dan antaramuka yang ringkas (GUI) telah menjadikan cPanel antara panel kawalan paling popular dalam industri webhosting.

cPanel beroperasi dalam platform Linux dan didatangkan dengan pelbagai sokongan perisian seperti Fantastico, Statistik, Cron, phpMyAdmin, Backup/Restore dan lain-lain.

 

Panel kawalan jenis DirectAdmin

DirectAdminDirectAdmin ialah panel kawalan paling stabil untuk platform Linux. Dikenali dengan jolokan “The Fastest Control Panel“, DirectAdmin mempunyai kemudahan dan ciri-ciri asas yang diperlukan oleh seseorang pengendali laman web. Terdapat satu ciri istimewa yang dipanggil “autorecovery” di mana sistem akan memperoleh kembali data sekiranya panel kawalan ini mengalami kegagalan akibat daripada “crash“.

Antara sokongan perisian yang disediakan dalam DirectAdmin ialah SpamAssassin, phpMyAdmin, SSL Shared, dan Installatron.

 

Seperti yang korang dah baca tadi, cPanel dan DirectAdmin adalah antara contoh panel kawalan yang popular. Namun, ada perbezaan di antara keduanya. Perbezaan utama adalah cara ia dibina, susun aturnya, pemilihan istilah, ikon-ikon serta rekaan antaramukanya. Tapi fungsinya lebih kurang sama je. Cuma bagi aku cPanel lebih mudah berbanding DirectAdmin. Daripada hasil carian yang aku dah buat kat Google, ramai yang cakap cPanel lengkap dengan fungsi yang memudahkan kita untuk buat web. DirectAdmin pulak lebih kepada cara manual! Tapi (ada tapi lagi), dari segi keselamatan, DirectAdmin adalah lebih secure berbanding cPanel kerana kebanyakan spam dan virus/malware mampu merosakkan system cPanel dalam server.

Selain itu, cPanel dihubungkan dengan port 2082/2083 (http://www.namadomain.com:2082 atau https://www.namadomain.com:2083) manakala DirectAdmin pula dihubungkan dengan port 2222 (http://www.namadomain.com:2222). Di dalam sesebuah hosting biasanya hanya disediakan salah satu jenis panel kawalan ini, tapi kalau korang nak guna kedua-duanya, korang bolehlah melanggan pakej hosting tambahan untuk domain yang berbeza.

Perbezaannya yang lain pula terletak pada harga, sebab cPanel dah lama bertapak dan amat popular serta mempunyai harga lesen yang agak mahal. Manakala DirectAdmin pula masih baru dan mempunyai harga lesen yang agak murah.

Korang ada pendapat-pendapat lain tak? Tolong kongsikan di bahagian komen ek..

Info tambahan:
Satu contest sedang hangat berlangsung. Jangan lepaskan peluang merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Sertailah sekarang!


                 


Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

 


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara ServerFreak Web Hosting world dream cars from various model

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Dropbox

Tinggalkan komen anda

67 komen diterima bagi entri “Buat web guna cPanel atau DirectAdmin”

Trackbacks & Pingbacks

  1. topo says:

    ape yg ko pening sangat beb? hohoho
    .-= Post terbaru topo di blog beliau.. 2 tahun topo menjadi blogger… =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @topo: aku biasa pkai cpanel je.. directadmin bahasa die lain giler.. mabuk dah aku nk pahamkn bahasa die.. :sick:

    [Reply]

  2. Mazudi says:

    Salam,

    Aku memang banyak guna cPanel pun. Tapi rasanya pernah aku buat kerja dengan control panel DirectAdmin ni.
    Adakah konfigurasi file dia yang macam xammp tu, yang ada htdocs apa segala berbanding yg biasa aku pakai yg ada public html. Ker macam mana?
    .-= Post terbaru Mazudi di blog beliau.. Santai dengan tiga anak jantan sambil lihat ombak besar di Pantai Kuala Abang =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Mazudi: direct admin ni pn ade public_html gak.. tp kt control panel die tu yg wat aku pening..

    [Reply]

  3. Nikuve says:

    DirectAdmin memang susah nak guna. DirectAdmin dia lebih secure sebab tak sepopular cPanel bila dah sama hebat kureng secure juge.

    Biasalah benda baru semua murah, bila dah lama mahai le.. tak gitu? :happy: .-= Post terbaru Nikuve di blog beliau.. Kerosakan yang berlaku di muka Bumi berpunca dari Lelaki? =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Nikuve: terima kasih sifu sbb beri pendapat kt blog ni.. hehe.. :happy:

    ni kali pertama aku sentuh direct admin.. memang pening kepala.. mcm mabuk laut..

    [Reply]

  4. finalcross says:

    Aku guna cpanel,rase lg mudah.
    .-= Post terbaru finalcross di blog beliau.. Top 10 of Free Fonts websites =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @finalcross: aku pn rasa cpanel lg mudah.. directadmin memang kene byk buat manual aaa.. letih.. silap buat kang abih.. seram btol..

    [Reply]

  5. Xylence says:

    apesal x letak sekali pasal VistaPanel? :sideways: .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? ) =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Xylence: vistapanel tu aku rasa aku penah guna.. kt byethost.. free hosting kan? kan? ko pkai hosting tu ke? takkan kot… username jenuh nk hapal.. xleh set bg senang ingt.. main huruf2 + nombor2.. aku siap save kt notepad username akaun aku kt situ.. ilang username tu xtau cmne nk login dah.. hahaha :lol:

    [Reply]

    Xylence reply:

    @Anarm,
    a’a ak mmg pakai hosting tuh xD
    mmg la perit sikit nk ingat bkn sikit tp mmg perit byk wakakak
    ye ak pon save kat notepad..
    btw, ak bkn nye selalu nk upload ape2
    pswd wp lain :lol: .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? ) =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Xylence: aku penah pkai hosting tu dulu.. tp sbb aku selalu login masuk panel, aku rasa mcm menyusahkan nk bukak notepad dulu pastu baru bleh login.. pastu aku tukar pkai hosting 000webhost.com seblom aku beli hosting ngn domain sndiri ni.. ternyata hosting berbayar memang memuaskan.. senang~ :wub:

    [Reply]

    Xylence reply:

    @Anarm,
    ades, 000webhost lg senang kena ban due TOS adei…
    .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? ) =-.

    [Reply]

  6. spatt says:

    ni 1st time aku tgk interface DirectAdmin..hoho
    umpamanya cpanel=microsoft, DA=linux la kan?(dari segi security dan popularity) :biggrin: .-= Post terbaru spatt di blog beliau.. Marilah Kita Kembali Ke Pangkal Jalan =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @spatt: aku rasa cPanel = linux.. DA = windows.. programmer best la kot kalo pkai direct admin ni..
    (aku main ckp je) :unsure:

    [Reply]

  7. Mr.Bintang says:

    Aku dah pernah try DirectAdmin weh..
    1st time mencoba DA aku mmg weng skit pala otak aku.. lama² aku faham la skit².. :D
    Kene rajin mengexplore jee.. hohoho..

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Mr.Bintang: berape lama amik masa nk paham DA tu? aku dh 2 ari explore.. masih weng~ :blink:

    [Reply]

  8. EiNS says:

    Aku dah biasa guna DA, Cpanel dan Vistapanel…sebenarnya ketiga2 tu agak sama je…agak user friendly juga
    .-= Post terbaru EiNS di blog beliau.. Aku perlukan komputer baru… =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @EiNS: tapi nape aku pening dgn DA ni? adehh.. cpanel aku reti laa.. DA aku kompius :unsure:

    [Reply]

  9. Syed Akmal says:

    aku guna cpanel je. setakat ni mmg puas hati. nanti la try directadmin.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Syed Akmal: try directadmin nnt jgn sampai mabuk mcm aku.. huhuu

    [Reply]

    Syed Akmal reply:

    @Anarm, hahah tu la bro kena kuatkan semangat. hehe.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Syed Akmal: memang kene kuat semangat.. ni pn tahan je sbb aku ni lemah semangat.. hehe

    [Reply]

  10. Si Naga says:

    aku penah pakai direct admin..
    hahaha..
    ringkas giler benda yg ada dalam tu..
    hanya pro sahaja yg mampu lakukannya..
    tp basic dia semua sama bg aku,, :smile: :smile: .-= Post terbaru Si Naga di blog beliau.. 1 Tahun Yang Penuh Bermakna. =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Si Naga: ajar aku wei.. aku dh pening nih.. 1 ape pn xjalan lg keje aku..

    [Reply]

  11. hanif says:

    Uiks bagus la tutorial ngko nie … mudah guna CPanel ntah mungkin sebab selalu guna kot… aku dah pernah guna Direct Admin, Pararel Plesk Panel http://www.parallels.com/products/plesk/?source=google_apac . dan satu lagi apa ntah ..

    Sebenarnya terpulang kepada pengguna. Tapi yang lebih penting support daripada hosting.

    Pernah guna jugak comand ssh guna putty dalam windows untuk connect ke server guna comand promt best jugak. Memacam arahan boleh bagi serentak berbanding GUI kat web ..

    [Reply]

    Anarm reply:

    @hanif: perenggan ketiga tu satu ape pn aku xpaham ko tulis.. hehe.. bahasa ko pkai menunjukkan ko pakar bab2 ni.. ape2 hal bleh la mintak tlg ko ek.. ke kene bayar? erkk.. :dizzy:

    [Reply]

    hanif reply:

    @Anarm, hahaha sebenarnya masa tu aku tengah setupkan server Ubuntu kat opis … bilik jauh daripada server room … pakai la ssh server (maksudnya control pakai terminal). Hosting pun sama jer confignya cuma limitnya kita bukan server admin.

    Cpanel la mudah … tengah dok cari sapa pakar Linux . Aku pernah attend kursus Linux sampai sudah dia tak jawab soalan aku tanya celako tul

    [Reply]

    Anarm reply:

    @hanif: hahaha.. aku smpai DirectAdmin pn aku dh pening.. yg control terminal ape sume ko ckp tu aku lgsung x penah tgk.. kalo dpt kt aku, komfem pengsan 44 hari.. hehe

    [Reply]

  12. Fazreen says:

    Ibarat guna Mac OS dan WIndows OS la ni…
    .-= Post terbaru Fazreen di blog beliau.. Internet Business Is Risky =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Fazreen: ye kot.. tp OS windows ngn mac aku reti pkai..huhu.. yg hosting2 ni lain macam skit.. haishh! :cwy:

    [Reply]

  13. syinrayafa says:

    bagus info…sape yg ada pakai direct admin utk blog..? ada ke…?
    .-= Post terbaru syinrayafa di blog beliau.. Rukun Negara =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @syinrayafa: ade.. azizwan ckp die pkai direct admin.. xtau la utk blog die atau utk zon artis.. rasanye zon artis kot pkai direct admin sepaku.. semua unlimited.. :w00t:

    [Reply]

  14. mohdisa says:

    bab ni aku tak pernah explorer lagi, tak boleh la nak beri pendapat. sebab aku pakai cPanel jerk. itu pun jenuh gak nak belajar dlu masa mula2 pakai hosting sendiri. hehe

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohdisa: tu laa.. mmg jenuh.. nasib baik ade encik google.. tp tutorial pasal direct admin ni kurang kt google.. tu pasal aku smpai mabok2 explore sndiri..

    [Reply]

    mohdisa reply:

    @Anarm, haha, nnt ada masa wat la tutorial basic tuk direct admin ni. leh gak aku belajar pasal benda ni. mana tahu nak buka busnis web developer plak ke. hehe

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohdisa: huhuu.. ok2.. aku cube.. ade masa nnt aku buat yg basic.. insyaallah..

    [Reply]

    mohdisa reply:

    @Anarm, haha, thanks bro. :)

    [Reply]

  15. dilot says:

    baru belajar guna direct admin, masa nak setup blog baru..hihi

    sebelum-sebelum ni upload file website, direct je, baik windows atau linux..ni baru nak belajar cPanel, DirectAdmin dan sebagainya..

    saya pulak budak baru nak bertatih…banyak yg tak tau…
    .-= Post terbaru dilot di blog beliau.. mimpi oh mimpi =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @dilot: tatih.. tatih.. hehe :tongue:

    [Reply]

  16. Kujie says:

    cpanel pun tak habis nk guna
    tak pasti nk buat apa lagi
    selagi blog boleh run

    redah je lah…ada masalah2 nnt jerit je kt twitter…kehkeh ramai adik2 kesayangan kak jie yg nk tolong :tongue: .-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. Berita KB Mall di Twitter =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Kujie: untung ade adik ramai kn? hehee

    [Reply]

  17. oh!dawie says:

    aku rase,aku adelah salah sorg yg tanye psl direct admin kt twitter..hehe
    .-= Post terbaru oh!dawie di blog beliau.. Contest : RM50 untuk dimenangi =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @oh!dawie: ko pkai direct admin ke? aku lg suke cpanel.. sbb dh biasa function2 kt cpanel..

    [Reply]

  18. GM says:

    Rasanya lebih senang guna Cpanel. :D
    Boleh guna ftp atau filezilla nak transfer data

    [Reply]

    Anarm reply:

    @GM: ha ah.. cpanel senang skit kot dr direct admin ni..
    direct admin pn bleh gak guna http://ftp.. aku dh reti dh.. :happy:

    [Reply]

  19. blogresipi says:

    Guna sekali dua je direct admin waktu setup blog.sampai sekarang tak usik dah kecuali sekali-sekala ubah file permission.ilmu tentang internet dan hosting cukup luas rupanya.macam lautan tak bertepi.
    .-= Post terbaru blogresipi di blog beliau.. Cendawan Bakar Berempah =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @blogresipi: tau jugak la guna direct admin? aku biasa cpanel je.. tu pn login cpanel time nk optimize database je..

    [Reply]

  20. Fahmishah says:

    Aku kalau cari hosting, benda ni la aku pandang dulu. Kalau nampak DirectAdmin, aku terus cari hosting lain.

    [Reply]

  21. aman says:

    aku pernah cuba dua-dua, tapi lagi suka pakai cPanel. Huhu~
    .-= Post terbaru aman di blog beliau.. TM Streamyx : Tiada Lagi Torrent dan P2P =-.

    [Reply]

  22. Hamdi says:

    salamx!
    dua dua tuh aku penah guna
    tapi aku lebih prefer cpanel dari direct admin

    [Reply]

  23. Luth Textile says:

    syiok ngn penjelasan anam..
    aku suka cpanel…
    .-= Post terbaru Luth Textile di blog beliau.. 5 Kesalahan yang kerap dilakukan di Jalan Raya =-.

    [Reply]

    Mus reply:

    @Luth Textile, aku pun suka Cpanel

    [Reply]

  24. Hafidz says:

    Nasib baik kedua-duanya aku pernah guna, huhu =P
    Tapi Cpanel lagi mudah. Sebab senang nak wat keja

    [Reply]

  25. broSKL says:

    baru first time aku dengar pasal directadmin nie.. huhu cam susah je nk faham benda ni.. xpela lain kali je la aku faham kan..hehe :whistle:

    [Reply]

  26. Mr ProPiTo says:

    aku baru dapat hosting murah.. tapi tak reti guna..hahaha

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Mr ProPiTo: try je godek2 hosting tu.. tanye sape2 yg otai bende2 camni..

    [Reply]

  27. Ash_my says:

    Mula2 blajar guna direct admin…pas2 tukar pakai cpanel….ntah tp rasa mcm susah pulak cpanel….mgkin sbb xbiasa kan?sgalanya tbalik..hakhak..lalalla
    .-= Post terbaru Ash_my di blog beliau.. Idola Kecil 2? =-.

    [Reply]

  28. wanzpyra says:

    Salam :silly: Saya mula belajar guna Plesk dan Helm.. Tapi tu dulu masa zaman ngaji. Masa zaman saya tu tengah gila pasang PHPNuke. Ada sapa2 penah guna? Skg zaman orang gila blog. Ada blog yang top masa tu Bluhikari. Time dulu pakat gila CMS. Suma nak blajar pasang PHPNuke, Xoop, Drupal dll. Dulu rajin lah explore suma benda ni, maklum lah darah mudah. Tapi skang lagi rajin, rajin guna yang dah siap dah.. :lol: CP yang saya guna skg pun cPanel.. tu pun sebab dah default kat webhosting tu. Guna jer lah.. :whistle:

    [Reply]

    Anarm reply:

    @wanzpyra, mesti power sbb mcm2 ko tau.. aku tau cpanel je.. direct admin pn x lepas2 lg.. :cwy:

    [Reply]

  29. zool says:

    Aku pakai hosting fivio guna direct admin… Tapi tak explore.. Pakai yg basic2 je
    Hosting lain pakai cpanel je..
    .-= Post terbaru zool di blog beliau.. Fenomena Jus Jambu =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @zool: alhamdulillah sekarang dah paham skit dah dgn direct admin ni.. tu pon lepas 2 3 hari bersengkang mata, x tdo, study direct admin.. bertambah lg ilmu baru.. :happy:

    [Reply]

  30. Taufik SM says:

    bagi aku….aku dari mula2 buat wp ni pun pakai direct admin – fast, use less memory, and secure… kalu nk upload je guna ftp client..senang je kan.. huhu

    apapun itu opinion aku je…

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Taufik SM: terima kasih kerana memberi pandangan.. :wink:

    [Reply]

  31. titan says:

    dua-dua aku leh pakai. tapi aku prefer dengan cpanel. mudah sikit.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @titan: aku pn lebih senang pkai cPanel.. direct admin menyusahkn skit..

    [Reply]

  32. ummu raudhah says:

    assalamualaikum bro
    tqvm atas perkongsian ilmu ni, :blush: saya memang tak tau kedua perkara ni
    bila baca di sini baru jelas sedikit
    sebab ia sangat membantu saya yang sekarang terpakasa berdikari membina wordpress hosting setelah seseorang yang saya minta bantuan membina blog saya seblum ni teramat busy.

    [Reply]

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. Anda dilarang sama sekali masukkan link/permalink di bahagian komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-delete serta merta.

IP anda telah direkodkan : 115.134.196.206