Blog4FT – Blog for Federal Territory

Blog4FT - Blog for Federal Territory

Blog4FT (Blog for Federal Territory) merupakan sebuah peraduan yang menggalakkan masyarakat umum untuk berblog berkenaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Ia memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berblog secara positif berkenaan mana-mana aspek Wilayah-wilayah Persekutuan sama ada dari segi kehidupan, warisan, alam semulajadi, sejarah, senibina atau apa-apa tajuk korang rasa menarik. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai peraduan tu, korang boleh tengok kat sini.

Blog4FT memberi kebebasan untuk kita berblog tentang apa jua topik. Ini mengingatkan aku kisah time mula-mula aku menjejakkan kaki di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) iaitu pada 4 tahun lepas.


Pertama Kali di Kuala Lumpur

4 tahun lepas merupakan pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Time tu aku jalani latihan industri (LI) di Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia). Tugas aku time tu adalah merekabentuk web untuk Muzium Etnologi Dunia Melayu. Aku menggunakan software Adobe Photoshop dan Dreamweaver je buat web tu. Kalau la time tu aku dah mengenali Wordpress, mungkin lagi senang kerja aku. Huhuu..

Jabatan Muzium Malaysia

Pengalaman menjalani latihan industri di situ merupakan satu kenangan yang cukup bermakna bagi aku. Rakan-rakan sepejabat melayan aku dengan mesra. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam VVIP je. Hehee.. Terima kasih kepada Encik Wadi (bagi aku copy Dreamweaver original dia), Kak Liza yang cantik, Encik Hadi (suka buat lawak), Puan Mashitah (boss yang sempoi tapi tegas), Cik Cynthia (bagi komen yang terbaik kat laporan LI aku) dan semua rakan sekerja yang lain di atas tunjuk ajar dan teguran yang dah banyak membantu sehingga aku berjaya capai apa yang aku miliki sekarang ni.

Ketika di Jabatan Muzium Malaysia, semua kawasan aku dah jelajah. Dari Muzium Negara hingga ke muzium-muzium yang dulunya tak pernah aku dengar seperti Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli, Muzium Tekstil, Muzium Alam Semulajadi, dan macam-macam muzium lagi. Semua muzium tu aku dah masuk sebab pakai pas pekerja, so dapat benefit masuk percuma. Hehe..

Bagi yang berminat dengan muzium-muzium ni boleh la pergi melawat sebab ada banyak benda-benda menarik yang dapat korang tengok kat situ. Benda paling menarik aku pernah tengok ialah binatang dan serangga yang sangat pelik rupa parasnya, diawet dan diletak di dalam balang kaca. Sangat-sangat membuat aku teruja dan terasa ngeri. Jika korang tiada kenderaan sendiri untuk ke destinasi, pengangkutan awam seperti LRT, bas, teksi dan lain-lain banyak tersedia di Kuala Lumpur sekarang ni dan mampu bawa korang ke destinasi dengan cepat.

Pengangkutan awam

Semalam aku beraya sakan di rumah Che-Ni (seorang rakan berpangkat kakak yang aku kenal melalui forum Sifoo.com). Kenyang melampau aku. Huhuu.. Badan still rasa sangat penat dan letih sebab aku asyik sesat je kalau dah masuk bandar KL. Traffic jam di mana-mana.

PS: Masih belum expert dengan jalan KL. Kejap lagi ada open house lagi di Balakong. Bertambah boroi la aku cuti hujunug minggu ni. Huhuu..


Tentang Anarm

Dilahirkan di Kelantan. Seorang pereka grafik di sebuah syarikat percetakan. Follow Anarm di Facebook dan Twitter @anarmnetwork.

Entri lain yang mungkin berkaitan:

Eat This Google: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Advertisement
Make money on twitter Score A Programme SponsoredTweets JomBerhentiMerokok

Tinggalkan komen anda

27 Responses to “Blog4FT – Blog for Federal Territory”

  1. blog aku dah update.. jom usha http://bit.ly/1DDzsE

  2. contest! contest! jom berblog tentang Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan.. http://bit.ly/1DDzsE

  3. Anarm.Net dah update – http://bit.ly/1DDzsE (sile vote ye)

  4. x-po says:

    hoho i will vote 4 u bebeh :cool: Post terbaru x-po di blog beliau.. MALU KE NAK TAWAR-MENAWAR? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @x-po: toce toce.. huhuu.. pasni penuh la entri pasal wilayah persekutuan kt blog ni (kot).. :tongue:

    [Reply]

  5. Updated: Blog4FT – Blog for Federal Territory http://bit.ly/FZPq2 !!

  6. KertaZ says:

    Oi.. 1 Vote = 20seng.. Aci? :tongue: Post terbaru KertaZ di blog beliau.. PMR Suck’s! Jom bakar dewan! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @KertaZ: 20seng jer? :ermm:

    [Reply]

  7. mohdisa says:

    aku dah vote…semoga berjaya bro. hehe
    Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda My ComLuv Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @mohdisa: thank bro.. ko x join ke? join laa.. huhuu

    [Reply]

  8. Nikuve says:

    sungguh kate deme.. kalau jarang2 sekali jalan di KL ni.. boleh sesat wo.. Walaupun org disini tinggal hampir dengan KL. Area selangor pun merayap lagi nak pergi KL tu.. kehkehkeh.. Mung aktif di Sifoo.com ka?
    Post terbaru Nikuve di blog beliau.. Be honest person using Nuffnang My ComLuv Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Nikuve: dulu aktif.. skang dh kurang aktif.. x sempat.. keje byk

    [Reply]

  9. KertaZ says:

    ooo.. 20seng / 1 vote x mo? aku up lagi.. 50seng per vote.. Lai2.. :w00t: Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Hell of memory at Ulu Chepor Waterfall, Ipoh.. =) My ComLuv Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @KertaZ: ko berjudi ke ape ni bai? :lol:

    [Reply]

  10. Jaws says:

    web blog4ft tu smart giler..
    haha…
    ko nyer penulisan leh buat karangan UPSR,
    kali pertama saya ke kuala lumpur..
    Post terbaru Jaws di blog beliau.. Siapa Kata Papadom Best?! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Jaws: blog4ft tu member aku buat.. otai web tuuu.. huhuu.. aku baru buat ayat skema korang dh bunyi.. adehh

    [Reply]

  11. JHafiz says:

    hu3. penulisan skema utk komuniti. bese la.. haha. lama xtrun KL eh? 4 tahun tu.. memang btul2 xde urusan utk g KL eh? :biggrin:

    [Reply]

    Anarm reply:

    @JHafiz: g kl pn utk sesatkan diri je.. nasib baik sempat balik ke pangkal jalan.. hahahha :lol:

    [Reply]

  12. syacz says:

    :w00t: :w00t:
    hahaha…join jugak ko ehh…
    menang nnt kasi skit adiah kat aku…

    [Reply]

    Anarm reply:

    @syacz: mcm la aku sorang je yg join.. huh~ :getlost:

    [Reply]

  13. a1zudd1n says:

    full mark trus ak bg..
    sbb x d kesalahan tatabahase..hehe :unsure: Post terbaru a1zudd1n di blog beliau.. Belalang: Epik Anakanda Nujum Diraja [Astro Prima] My ComLuv Profile

    [Reply]

    Anarm reply:

    @a1zudd1n: erkk :dizzy: ko cikgu ke? siap check tatabahasa kt entri aku.. hahhaha

    [Reply]

  14. syacz says:

    Kalau nak diikutkan, banyak juga kesalahan dalam penulisan saudara anarm ini.
    1: Penggunaan perkataan dari bahasa lain :-
    -Time
    -software
    -benefit
    Cara untuk menggunakan bahasa lain dalam penulisan, dengan meletakkan perkataan itu dalam tanda “”.
    2: Penggunaan kata singkat
    penggunaan perkataan seperti la, ni, tu, dah dan sebagainya tidak digalakkan dalam penulisan formal.
    3: Pengunaan kata sendi
    “…semua rakan sekerja yang lain di atas tunjuk ajar…”
    penggunaan kata sendi tidak betul untuk ayat ini.
    diatas perlu dirapatkan kerana ia menunjukkan perbuatan dan bukannya menunjukkan lokasi/tempat.

    Demikian sahaja teguran saya untuk beberapa kesalahan yang saya teliti…

    ps: aku nak gelak golek2…ahahahahaaa :silly: :silly: :silly: :whistle: :whistle: :whistle:

    [Reply]

    Anarm reply:

    @syacz: seronok ko komen ek? deym~

    bahasa lain dlm penulisan aku rasa x semestinye guna tanda “” je.. boleh jugak diitalickan kalo nak.. tanda “” lebih sesuai guna time menulis atas buku.. kt blog, bebas sbb ni blog aku.. hahaha.. (xleh blah)

    aku sbenarnye dh cuba menulis dgn penuh formal tp kemudian rasa macam nk kene kutuk ngn kawan2 je.. tu pasal la aku rojakkan.. huhuu..

    perkataan “di atas” ade ke yg tunjukkan perbuatan? Contoh, saya diatas kuda. camtu? try bg skit contoh yg btol.. hehe.. aku rasa ‘di atas’ mmg menunjukkan tempat.. atau jugak situasi..

    lalalalaaa~ :whistle:

    [Reply]

  15. syacz says:

    ahakss…relex la kawan…
    saje mau komen panjang2 skit…
    siyes kebuntuan hari ni…
    serabut meeting tak sudah…

    [Reply]

  16. nazra says:

    lama tak menjenguk blog anarm :wub: Post terbaru nazra di blog beliau.. It’s over now. My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:

[close]
Kembali ke atas