
Sahur pagi ni tiba-tiba rasa nak makan Bin-Bin Rice Crackers (emping beras jenama Bin-Bin), feveret aku masa study di Taiping dulu. Beli kat 7-Eleven tadi. Kali pertama aku makan jajan bertulisan cina atau jepun ni (aku tak tau bahasa apa) rasa sedap pulak. Tunang aku yang bagi. Masa tu kitorang baru nak berkenal-kenalan dan dalam proses mengorat dia. Hehe..
Minuman untuk sahur aku beli Nestle Bliss Yogurt. Dulu sumpah aku tak suka giler yogurt. Rasa nak muntah bila masuk tekak. Tapi sekarang “I Heart Yogurt“. Nestle Bliss ni dia jenis air, tak pekat macam yogurt dalam bekas kecik tu. Yogurt bekas kecik tu pon sedap juga. Sebelum ni aku pernah try 2 minggu makan yogurt je, berat badan turun banyak. Takde rasa lapar, takde rasa kenyang sangat. Sesuai untuk diet. Tapi tak dapat maintain sebab godaan nasi terlalu kuat. Akhirnya perut aku jadi boroi balik. Sedih.

Minuman Yogurt Nestle Bliss untuk bersahur pun boleh juga
Esok aku tak tau nak makan apa untuk bersahur. Kalau hari-hari sahur makan biskut cicah air milo panas boring juga dibuatnya. Nak makan nasi, tekak ni tak berselera nak telan nasi pagi-pagi buta. Tapi kalau duduk kat kampung boleh pulak aku telan nasi time sahur. Mungkin sebab kat kampung mak aku masak kot, jadi berselera sebab tak payah masak sendiri. Haha. Lagipun mak aku masak sedap! Rugi kalau tak makan.
p.s. Ramadhan tahun depan sahur bersama isteri mesti best. Hehe.












Saya bersahur samada dengan CornFlakes atau Oat.
Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Wordless Wednesday – # Febrile
Reply
Waaahh sedap tu biskut beras.. ditambah plak ade nestle yogurt bliss
Jom baca entri terbaru blog Nurul.. Majlis IFTAR Bersama Denaihati Network & SweetKurma
Reply
saya ni nak kena nasik jugak, hehe
Jom baca entri terbaru blog Juan.. Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel Penang
Reply
simple. tapi menyelerakan!
Jom baca entri terbaru blog ohcikgu.. Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan W41
Reply
Aku time sahur,bedal apa saja,sebab bila tengah hari tak sanggup terbayang2 makanan hehehe..
Reply
Makan kurma saja masa sahur jika terlajak dan dah nak masuk imsak.
Reply
wahh, dah lama aku tak makan biskut bin-bin ni. rindu plak rasanya..
Reply
sama lah…mmg ssh sahur nak telan nasi..huhu :)
biskut beras tu jenama wang-wang pon ade..hehe
Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13
Reply
nasik mmg x ble tgal,.,gmokla bsar mne pon.,.,haha
Reply
bin bin cracker tu banyak ajinomoto kan? Saya tak suka sangat biskut tu…
Yogurt drink memang feveret saya…kekadang malas nak lunch saya minum yogurt bliss je
Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Pentingnya Populariti
Reply
Saya sampai sekarang masih tak boleh minum minuman ala-ala yogurt ni. Rasa lain macam.
Reply
wahhh..makanan sehat..kalaulah sye dpt buat gini time sahur, mesti best…
Jom baca entri terbaru blog AlyzaFisol.. Doa adalah intipati kepada segala Ibadah
Reply
kalau saya nak kena bedal nasi jugak
Jom baca entri terbaru blog Shahrul.. Perpindahan Pemain Termahal di EPL untuk Musim 2012/2013
Reply
Anarm reply:
July 30th, 2012 at 12:45 PM
@Shahrul, aku takleh nak telan nasik time sahur.. tak selera.. kalau dapat sahur makan nasik mesti sedap je berpuasa..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Bin-Bin Rice Crackers dan Nestle Bliss Yogurt untuk Sahur
Reply