Seminar Buat Duit dengan Blog

Bila Islam Hanya Pada Nama

13

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 5 February 2012 { 13 komen }

   

islam hanya pada nama Bila Islam Hanya Pada Nama

Assalamualaikum.. Hari ni kita lihat umat Islam ramai yang bergelumang dalam dosa dan terpedaya dengan nikmat dunia. Walaupun kita ni beragama Islam, tapi Islam hanya pada nama. Ajaran Islam tak banyak yang kita buat (dan ada juga yang tak pernah buat). Bila berseronok sampai kita lupa pada batas-batas dalam ajaran Islam.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. – H.R al-Baihaqi

Nabi Muhammad SAW pun telah beritahu tentang perkara yang akan terjadi ke atas umat Islam. Hari ni, dah nampak perkara tersebut dah pun berlaku. Cara hidup umat Islam pada zaman ni dah sama seperti cara hidup orang kafir. Adakah dengan cara hidup macam tu masih boleh dikatakan yang kita ni beragama Islam? Wallahu a’lam..

Sebagai umat Islam kita sepatutnya berpegang pada ajaran Islam. Tanamkan sifat cintakan Allah SWT dengan patuh kepada segala suruhan Allah sepertimana Allah mencintai kita dengan memuji, memberi pahala dan memberi keampunan kepada kita. Cintakan Rasul sepertimana Rasulullah SAW mencintai kita, hingga saat akhir nyawa pun Baginda Rasulullah tinggalkan pesanan terakhir untuk umatnya kerana rasa begitu risau, bimbang kepada umatnya (iaitu kita). Adakah wujud perasaan cinta sebegitu dalam hati kita? Tepuk dada, tanya hati.

Umat Islam sekarang dah semakin lemah. Kekuatan umat Islam boleh kita lihat pada masjid. Masjid dibina besar dan gah bagi menunjukkan betapa kuatnya umat Islam. Tapi sayang sekali masjid pada hari ni hanya dipenuhi umat Islam ketika hari Jumaat dan hari raya saja. Pada hari-hari biasa, jarang kita lihat masjid dipenuhi umat Islam yang beribadah kepada Allah SWT.

Oleh itu, sempena hari Maulidur Rasul ni marilah sama-sama kita kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Tinggalkan segala nikmat sementara di atas dunia ni. Perbanyakkan amal ibadah di masjid secara berjemaah sebagai bekalan menuju kehidupan abadi di akhirat kelak. Juga perbanyakkan kata-kata selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Bukan pada hari ni saja, tapi berterusan sehingga nyawa kita berpisah daripada jasad. Semoga segala amalan yang kita lakukan itu akan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan dengan pahala yang banyak. InsyaAllah..

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , , , ,

13 komen -- Bila Islam Hanya Pada Nama

  1. 10 Perkara Rosakkan Puasa Ramadhan
  1. onlajer says:

    amat rugi saudara2 kita sekelian yang hanya tinggal nama nya islam tapi jiwanya tidak
    Jom baca entri terbaru blog onlajer.. Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    Reply

  2. leena says:

    terima kasih atas info

    Reply

  3. shraqs says:

    Ramai di kalangan kita sekarang sekadar “…jadi pengikut, bukan lagi penganut…”
    Jom baca entri terbaru blog shraqs.. Angry Birds Rio (Android) Di Update Dengan 15 Level BaharuMy Profile

    Reply

  4. titan says:

    contoh terbaik, tengok tv aje. banyak contoh.. :dizzy: Jom baca entri terbaru blog titan.. Kekalahan kedua yang tak kacak..My Profile

    Reply

  5. Adi Putra says:

    Salam maulidur rasul…ya benar….Semoga kita semua sedar akan hakikat keadaan sekarang…nama islam….cara barat…Sama-sama lah kita ingat mengingati….

    Jom baca entri terbaru blog Adi Putra.. Ibu berendam air mataMy Profile

    Reply

  6. maszuki says:

    salam maulidur rasul, mmg byk yg islam pada nama… moga kita semua diberi petunjuk oleh-Nya..

    Reply

  7. hatiputera says:

    salam maulidur rasul,,,
    Jom baca entri terbaru blog hatiputera.. Ultrabook di MalaysiaMy Profile

    Reply

  8. TJ says:

    ini sebab gaya agama ISLAM sendiri di Malaysia…
    sekadar mengajar islam luar sahaja…
    ajar zakat…ajar solat…ajar apa itu haji…
    tapi mereka xmengajar mengenal ALLAH…
    mengenal nabi muhammad..
    mengenal MALAIKAT…

    sepatutnya kerajaan kena buat sylbus ajar islam ISI…
    sekadar ajar solat tapi dalam hati xteguh atau tiada akidah pada ALLAH tak guna…
    sekadar sambut maulidul rasul tapi tak sayang,tak kenal rasulullah pun xguna…
    sekadar kenal rasulullah dengar 2,3cerita dalam buku teks mengenai rasulullah anak2 muda xkan sayang rasulullah dihati.. sekadar dimulut je la cakap sayang

    WALLAHUALAM
    Jom baca entri terbaru blog TJ.. Khairul Fahmi Dan Nora Danish BercintaMy Profile

    Reply

  9. syahrilhafiz says:

    Salam Maulidur Rasul..semoga 2 parti politik melayu dapat bersama, baru keutuhan dan keislaman tidak akan dipolitikkan….
    Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Mati Hidup KembaliMy Profile

    Reply

  10. akubiomed says:

    Salam Maulidur Rasul. Harap saya ditetapkan iman dan sentiasa mengingati Allah dan RasulNya.

    Reply

  11. ata says:

    salam maulidur rasul buat pemilik blog ini =)
    Jom baca entri terbaru blog ata.. Di Sebalik Kata Rindu Muhammad SAWMy Profile

    Reply

  12. Roseli says:

    Salam Maulidur Rasul..
    Jom baca entri terbaru blog Roseli.. 20 More Unconventional Ways to Spice Up Your BlogMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.242.188.217

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv