Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Beradab dalam berdoa

12

                 

Beradab dalam berdoa

Berdoa adalah watak pembawaan manusia, yang dikembangkan oleh semua manusia, tidak memandang kelas, bahasa atau agama. Ramai orang yang mungkin telah kecewa bila doa mereka tidak mendapat hasil yang pasti. Kemudian mereka mula merungut, mengeluh dan sebagainya sebab doa tidak mendapat balasan yang memuaskan hati.

“Berdoa adalah perilaku dari jiwa yang paling luhur dan dalam, dan akan tetap demikian selama dikehendaki Allah”.

Sebenarnya, seseorang tu perlu mempunyai ilmu bagi menyampaikan hasrat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Doa dapat memberi kekuatan, keberkatan dan keyakinan untuk mencapai apa yang kita hajati. Doa juga dapat menghindari diri daripada sesuatu bala bencana dengan izin Allah SWT. Namun begitu, untuk mendapat doa yang dimakbulkan oleh Tuhan, ada adab-adab yang perlu diikuti dan etika-etika yang tertentu dalam berdoa.

Antara adab dan etika dalam berdoa:

  1. Menjaga sumber rezeki seperti makanan, minuman, pakaian dan segalanya adalah halal
  2. Sentiasa dalam keadaan suci seperti berwuduk
  3. Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah SWT dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW
  4. Halakan wajah ke arah kiblat dan mengangkat kedua tangan untuk memohon doa
  5. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh serta penuh keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT dan memohon keampunan daripada-Nya
  6. Bersikap rendah hati, tulus ikhlas, rendahkan suara, khusyuk serta penuhi rasa takut, cinta dan rindu kepada Allah SWT
  7. Elakkan memohon doa perkara yang tidak munasabah atau tidak masuk akal. Antara pilihan doa yang baik untuk diamalkan sebagaimana Nabi Muhammad SAW membaca “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka
  8. Bacalah doa dalam keadaan tenang dan nada yang rendah. Selalu ulangi doa tersebut.
  9. Pada waktu dan tempat yang mudah dimakbulkan seperti:
    • Satu pertiga malam
    • Malam lailatulqadar (sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan)
    • Hari Arafah (9 Zulhijjah)
    • Bulan Ramadhan
    • Antara azan dan iqamat.
      Ketika berhadapan dengan musuh dalam peperangan
    • Sewaktu sujud dalam sembahyang
    • Setiap waktu selepas selesai sembahyang fardhu
    • Ketika bermusafir
    • Sewaktu hujan turun
    • Ketika minum air zamzam (mengikut niat untuk meminumnya seperti untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan)
    • Ketika membaca al-Quran
    • Di tempat-tempat yang mulia seperti Masjidilharam, Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa
  10. Ketika berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa untuk berdoa untuk orang lain termasuk ibu bapa, keluarga, saudara seIslam, pemimpin dan bagi yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia
  11. Meminta orang alim atau mulia kedudukan dalam agama untuk kesejahteraan anda
  12. Jika anda mahu berdoa untuk orang bukan Islam, pohonlah agar diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Ia lebih baik daripada memohon keburukan berlaku ke atas mereka. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui
  13. Doa orang yang dizalimi dan dianiaya
  14. Banyakkan doa tatkala susah mahupun senang
  15. Mengakhiri doa dengan mengaminkannya

Janganlah selalu mengeluh, merungut dan sebagainya bila doa yang dipohon tidak mendatangkan hasil. Segala doa semuanya akan berhasil dengan syarat anda tidak melakukan perkara-perkara yang menjadikan doa itu tidak dimakbulkan. Perkara-perkara inilah yang selalu menjadi punca doa tidak termakbul.

  1. Makan benda haram
  2. Tidak yakin doa dimakbulkan
  3. Mengakui keesaan Tuhan tetapi tidak menyempurnakan hak-hak sebagai hamba-Nya
  4. Baca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya
  5. Mengakui cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak mengikut sunnahnya
  6. Mahukan syurga tetapi melakukan perbuatan yang ingkar
  7. Takutkan neraka tetapi berterusan menjunamkan diri ke dalamnya
  8. Akui datangnya maut tetapi tidak pernah membuat persiapan untuk mati
  9. Asyik menyalahkan orang lain tetapi gagal melihat kelemahan sendiri
  10. Sentiasa menerima nikmat Allah SWT tetapi tidak mensyukurinya

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, dan juga di bulan Ramadhan yang teramat mulia ni, jom la kita sama-sama panjatkan doa memohon apa yang terbaik untuk diri kita dan juga untuk insan-insan lain di atas muka bumi ni.


                 


Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

 


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara ServerFreak Web Hosting world dream cars from various model

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Dropbox

Tinggalkan komen anda

12 komen diterima bagi entri “Beradab dalam berdoa”

Trackbacks & Pingbacks

  1. x-po says:

    alimnya dia arini..sesuai jd calon suami ni..sape2 yg bkenan tu, cpt2 msk line, tu pun kalau brani nak face 2 face dgn awek dia.. :devil: .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. DASAR PENGECUT =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @x-po,
    hahaha.. hari ni Jumaat, jd alim skit la..
    share bende2 berguna untuk peringatan sesama kita..

    kepada yg lain2, kalo ade ape2 yg salah kt yg aku tulih ni,
    sila komen dan bg pendapat ye..
    bak kata x-po ni, jgn jadi “dasar pengecut”.. heheh :tongue:

    [Reply]

  2. KNizam says:

    wahhhhh bagus2. pepagi dah baca pasal tazkirah
    pagi jumaat plak tuh. hehe :)
    .-= Post terbaru KNizam di blog beliau.. Daging Bakar Bazaar Ramadhan Melawati =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @KNizam,
    hehe.. selamat membaca dan selamat beramal.. :happy:

    [Reply]

  3. putri says:

    amin…harap jgn alim ari jumaat je :whistle: .-= Post terbaru putri di blog beliau.. Calon Simpanan?? =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @putri,
    entri yg ni bukan nk tunjuk alim ye..
    sekadar berkongsi dengan readers blog ni..
    untuk ingatan bersama :wink:

    [Reply]

  4. haritz says:

    Doa yang baik dan tulus datang dari hati nurani bukan hati sanubari
    .-= Post terbaru haritz di blog beliau.. Minyak Angin Masuk Mata – Aduh!! =-.

    [Reply]

  5. Kill-Vearn says:

    perghhhhhhhhhhh ustaz anarm bersuara.. waakaka.. bagus2 aku respek ko tulis menda2 ilmiah mcm ni.. :heart: .-= Post terbaru Kill-Vearn di blog beliau.. How to Format Computer & Install Windows 7 =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Kill-Vearn: tulis bende ilmiah cmni terus dpt jd ustaz ek? hahaha.. aku tiru ko la ni.. ko wat pasal agama ari tu kn.. mane aci, aku nk jugak.. kehkeh :tongue:

    [Reply]

  6. Eriyza says:

    Allah suka pada hambanya yg meminta
    tp manusia benci pada manusia lain
    yg suka meminta. Jadi, berdoalah selalu.
    .-= Post terbaru Eriyza di blog beliau.. Laluan Pejalan Kaki Jadi Tempat Judi =-.

    [Reply]

    Anarm reply:

    @Eriyza: amin amin amin.. :smile:

    [Reply]

  7. riska says:

    mohon doanya… agar sukses dunia akhirat… :wub:

    [Reply]

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. Anda dilarang sama sekali masukkan link/permalink di bahagian komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-delete serta merta.

IP anda telah direkodkan : 203.82.92.29