Dah Pandai Beli Tiket Wayang Online

38

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 1 January 2013 { 38 komen }

   

gsc selfprint ticket Dah Pandai Beli Tiket Wayang Online

Masa cuti tahun baru 2013 beberapa hari lepas pagi-pagi lagi isteri dah kejutkan aku bangun tidur ajak keluar jalan-jalan. Dia boring asyik terperap kat rumah je. Oleh sebab tak tau nak bawa isteri tercinta jalan-jalan kat mana, aku pun bawa dia pergi tengok wayang cerita “The Hobbit – An Unexpected Journey” di GSC Alamanda Putrajaya. Dah lama jugak kitorang tak tengok wayang sama-sama sejak dah berkahwin ni.

First time aku beli tiket wayang guna sistem beli tiket online Golden Screen Cinemas (GSC). Dah pandai dah. Hehe. Aku ni bukan jenis suka sangat tengok wayang. So, benda-benda macam ni aku slow sikit. Lagipun kadang-kadang je pergi dating tengok wayang. Biasanya aku lebih suka download je movie yang nak tengok lepas tu layan kat TV sambil baring-baring kat rumah.

the hobbit tiket gsc Dah Pandai Beli Tiket Wayang Online

Sebelum ni memang tak reti nak beli tiket wayang secara online. Bila dah try dan dah reti beli secara online, rasa senang giler rupanya. Tak payah beratur panjang-panjang dah kat GSC semata-mata nak beli tiket wayang sekeping dua. Seat nak duduk pun boleh pilih sendiri tak payah berebut-rebut dengan orang lain. Dapat tempah awal pilih seat bahagian belakang, sedap sikit nak layan movie. Kadang-kadang beratur beli tiket asyik dapat seat depan skrin je. Duduk betul-betul depan skrin kate ko. Giler! Seat sedap dah dapat kat orang lain dulu. Sampai lenguh tengkuk lah nak mengadap skrin besar depan mata sampai habis movie.

tiket online gsc hobbit Dah Pandai Beli Tiket Wayang Online

Lepas dah bayar tiket wayang guna Maybank2U, terus pergi kat kaunter reservation GSC untuk ambil tiket. Biasanya yang beratur kat kaunter ambil tiket ni tak seramai macam yang beratur baru nak beli tiket. Ok sikit la. Dah sampai depan kaunter bagitau je ‘Confirmation ID‘ pada staf GSC yang bertugas lepas tu dia akan bagi tiket yang kita dah bayar online. Confirmation ID tu akan dapat semasa beli tiket wayang secara online melalui laman web GSC. Kalau terlupa nombor ID tu nasib laa..

Rasa macam jakun je sebab baru pandai beli tiket wayang secara online. Kahkahkah. Cerita The Hobbit yang tengok hari tu boleh dikatakan best juga. Siapa follow cerita “Lord of The Ring” dulu memang senang je nak faham jalan cerita “The Hobbit – An Unexpected Journey” ni.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , ,

38 komen -- Dah Pandai Beli Tiket Wayang Online

  1. TiranaAduka says:

    salam bro…
    Akhirnya sampai jua blog bro ni…maaf bro lambat saya tibe..almaklumlah berukband di tengah bulan yang lembab,,,,,
    Wah bro ada kemajuan….saya pun tak pandai lagi order inline….
    Jom baca entri terbaru blog TiranaAduka.. ANTOPMy Profile

    Reply

  2. Ummi Hanie says:

    senang dan jimat masa ye beli online… nak trylah nanti ;)

    kami ni pun baru nak mesra2 dgn panggung sikit2… hik2… tp mmg puas tgk kat panggung ni kan

    kami tak pandai download movies

    Reply

  3. auc says:

    oergi kalau ade cerita kung fu je hehehe

    Reply

  4. daddydee says:

    Dah lama tak ke panggung wayang sejak anak kecil ni.
    Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Review Movie : Upside DownMy Profile

    Reply

  5. sharafie says:

    assalamualaikum..untung ko da reti nk beli online..aku ni belum berani nk beli online..kekadang kne kutuk je dgn kawan²..sabo jela..
    Jom baca entri terbaru blog sharafie.. Tujuan Aku Membina Blog Sharafie[dot]netMy Profile

    Reply

  6. Ladfe Amir says:

    anak saya lepas layan cerita ini. balik rumah terus layan ketiga2 Episod LOTR.

    kalau smartphone android,sudah ada aplikasi GSC movie ni. tp saya blm pernah try
    Jom baca entri terbaru blog Ladfe Amir.. Giveaway Contest Pengajaran Di Sebalik Kisah Lagi RM20 SahajaMy Profile

    Reply

  7. Bro Framestone says:

    Bro sejak kahwin hanya layan DVD je.

    Masih tak sempat nak layan movie sama-sama.
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Siapakah Juara Anugerah Juara Lagu 27My Profile

    Reply

  8. Kaoshi says:

    Kan indah kalau teknologi sedia ada digunakan dengan betul. btw, saya juga merupakan salah seorang penggemar kepada penggunaan bank dalam talian yang telah banyak memudahkan kehidupan seharian. =)

    Reply

  9. ohcikgu says:

    tak tengok lagi cerita hobbit nih..
    Jom baca entri terbaru blog ohcikgu.. Rezeki contest awal tahun 2013My Profile

    Reply

  10. nurmisnan says:

    Memang ok online.. senang + tidak beratur panjang..
    tapi sejak guna citybank, lagi senang + dapat harga
    tiket sekeping 10 hinggit jer..
    Jom baca entri terbaru blog nurmisnan.. IPHONE 5 GADGET IMPIANMy Profile

    Reply

  11. qadar says:

    sekarang ni zaman teknologi jd banyak benda yang boleh buat online.senang dan jimat masa.
    Jom baca entri terbaru blog qadar.. Finance guide basicsMy Profile

    Reply

  12. azman says:

    Baru nak tgk minggu depan,saya mmg selalu beli online,senang tak yah nak rebut2 beratur.

    Reply

  13. sensasi2020 says:

    Pati seronka dpt cuba beli tiket secara online dan dpt tengok wayang gambar. Kalau di Kota Bharu dah tidak ada panggung wayang. Rasanyalah dah 10 tahun tak tengok wayang gambar.
    Sesekali nak juga menontonnya. .
    Jom baca entri terbaru blog sensasi2020.. Pertama Kali Buat TutorialMy Profile

    Reply

  14. sweetkurma says:

    dah pandainya nih, selalu lah tengok wayang ya…. bertuah isteri…hiks
    Jom baca entri terbaru blog sweetkurma.. memilih orang gaji sebagai isteriMy Profile

    Reply

  15. Lizz says:

    percaya ke tak percaya, aku tak berapa suka tengok movie dekat wayang. maybe environment yg gelap buat aku tak suka n pernah ternampak aksi2 merepek couple2 yg agak kurang adab…hahahaha.

    hobbit? aku tunggu adik aku donlod -..-
    Jom baca entri terbaru blog Lizz.. Bencikan Warga Indonesia, Tapi Majoriti Bangunan di Malaysia Mereka Yang BinaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Lizz, couple2 takleh nak cakap apa dah.. memang situ port feveret diorang.. orang lain tengok wayang, dia ‘buat wayang’.. aku pun dah banyak kali ternampak..

    ko kan budak baik.. mesti la tak suka duduk tempat2 macam tu.. donlod tengok kat rumah best jugak.. aku pun tengah cari2 link donlod nak tengok sekali lagi kat rumah..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

  16. syaifuddin alias says:

    haha..terbaik..tapi the hobbit tak best bro..bosan
    Jom baca entri terbaru blog syaifuddin alias.. Keputusan Penuh Contest SEO ExtravaganzaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syaifuddin alias, bagi aku cerita the hobbit best.. cuma jalan cerita dia slow sikit masa awal2 cerita..

    dapat tengok the hobbit terubat rindu pada lord of the ring..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

    Ladfe Amir reply:

    @Anarm,

    LOTR yg first pun slow sikit jalan ceritanya. tapi bila dah layan memang best lama2
    Jom baca entri terbaru blog Ladfe Amir.. Giveaway Contest Pengajaran Di Sebalik Kisah Lagi RM20 SahajaMy Profile

    Reply

  17. kozumi_ro says:

    Rasanya dah tepat setahun koz x jejak kaki ke panggung wayang…hik5..

    Reply

    Anarm reply:

    @kozumi_ro, lama betul tak jejak kaki pergi panggung wayang.. ni mesti kaki download movie je ni.. hehe
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

  18. akubiomed says:

    Tahun lepas ada beli online untuk menonton filem The Avengers 3D bersama anak-anak. Memang mudah.

    Reply

  19. titan says:

    gua kena tepuk tangan ke ni wehh??
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Cinta Perpustakaan yang mengecewakan..My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @titan, terpulang.. taknak tepuk tangan pun takpe.. haa
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

    titan reply:

    @Anarm, oklah. gua tepuk gak. haha..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Konsep asas bila buat Contest.My Profile

    Reply

  20. hafizrahim says:

    Aku selalu beli online..amik port baek punye..belakang skali tengah..clear tengok kiri kanan..hehe
    Jom baca entri terbaru blog hafizrahim.. Wordless Wednesday : Private NetworkMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @hafizrahim, memang kat bahagian tengah belakang sekali tu la port paling baek punya nak tengok wayang.. ko pernah duduk depan sekali? tak best langsung..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

    akubiomed reply:

    @Anarm, Mahu patah tengkuk nak tunggu filem habis. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Bantuan Persekolahan RM100 mula dibayar 15 JanMy Profile

    Reply

  21. zhazmi says:

    tak pernah jugak beli online ni, biasa member yang beli sebab ada maybank2u..
    Jom baca entri terbaru blog zhazmi.. EnSurvey : 1 Peluang Jana Online IncomeMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @zhazmi, selain maybank2u, boleh guna cimbclicks jugak kot.. aku tak pernah try lagi.. baru try test guna maybank2u je..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

  22. Blog Keperawatan says:

    Belum punya pengalaman membeli tiket secara online.
    Masih suka yang manual. Perlu pula suatu saat mencoba hal yang baru lewat online pula
    Jom baca entri terbaru blog Blog Keperawatan.. Rumah Yang IslamiMy Profile

    Reply

  23. Kujie says:

    bila dah pandai tu..selalulah tengok wayang sebab tak perlu beratur dan boleh uruskan masa dengan baik. Kalau dah ada tiket, kita pergi dgn bajet masa yang cukup.. kita dah tau movie apa nak tengok.

    kalau dah pergi, tiket habis ..kan rasa rugi.

    kak jie mmg beli tiket online…
    Jom baca entri terbaru blog Kujie.. Bantuan Persekolahan RM 100 Akan Dibayar Pada 15/1/2013My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Kujie, betul tu.. boleh uruskan masa dengan lebih baik sebab tiket dah beli.. dah tak perlu risau tiket habis.. takde dah terkejar-kejar campur penat nak kena beratur beli tiket tapi last2 tiket habis.. dah banyak kali dah kena macam tu.. bila sampai turn saya nak beli tiket movie yang nak tengok tiba-tiba tiket sold out.. sakit hati je beratur tunggu lama2..

    lain kali boleh beli online lagi bila ada cerita best yg boleh tengok.. tapi takleh kerap sangat tengok wayang.. nanti boring plak orang rumah kejap kejap tengok wayang, kejap kejap tengok wayang.. hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

    akubiomed reply:

    @Kujie, AEON Rawang ada panggung wayang lagi dekat hendak turun.

    Reply

  24. Ibu Mifzal Arsyad says:

    tahniah…

    sy lg x pandai nak beli online ni..hehe

    The Hobbit mmg best..
    Jom baca entri terbaru blog Ibu Mifzal Arsyad.. Hari Pertama Di TadikaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Ibu Mifzal Arsyad, kalau tak pandai boleh la cuba2 belajar.. senang je.. hee..

    The Hobbit memang best.. babak kelakar pun ada dalam cerita dia..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

  25. Jaws says:

    tahniah dah pandai beli tiket wayang online.. semoga bahagia hingga akhir hayat..
    Jom baca entri terbaru blog Jaws.. Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Jaws, terima kasih.. haha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 120.141.228.152

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv