Belajar Menaip Dengan Pantas

39

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 13 December 2010 { 39 komen }

   

Entri ni terhasil selepas aku terbaca entri di blog Yiedpozi – “Seberapa Pantaskah Korang Menaip” dan dia telah mencabar blogger-blogger lain untuk tunjukkan kepantasan menaip masing-masing. Ganjarannya, pengiklan percuma selama 2 bulan di blog Yiedpozi. Aku memang suka dengan kerja-kerja menaip ni. Sebelum ni (lama dah) aku pernah share 1 laman web untuk latihan menaip. Mungkin ada di kalangan korang yang ketinggalan. Kalau rasa nak tengok, boleh rujuk hasil penulisan aku yang lama, “Improve Your Typing Skills“.

Untuk cabaran Yiedpozi, dia suruh gunakan laman web Malaysian Typing Speedtest. Caranya, taip perkataan-perkataan yang terpapar di laman tu sehingga tamat masa yang diperuntukkan. Kemudian, laman web Malaysian Typing Speedtest tu akan paparkan score kelajuan korang menaip, ranking, jumlah perkataan yang ditaip per-minit, jumlah perkataan yang betul dan perkataan yang salah. Buat screenshot dan hasilkan satu entri kat blog, lepas tu tinggalkan komen di blog Yiedpozi beserta link entri korang tu.

Setelah bertungkus lumus menaip hingga berkepul-kepul asap keluar dari keyboard, hasil score aku adalah seperti dalam gambar di bawah ni.

anarm taip tak taju Belajar Menaip Dengan Pantas

FYI, sebelum ni aku pernah bekerja sebagai Kerani Pemprosesan Data (Data Entry) selama beberapa bulan. Kerja-kerja seharian aku kat pejabat time tu adalah menaip balik data-data dari borang cukai. Menaip je kerja aku dari pagi sampai ke malam dan dari malam sampai ke pagi. Waktu kerja ada 2 shift. Paling menyeksakan adalah pada shift malam. Lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi, mata memang dah start mengantuk. Bayangkan macam mana kerja menaip dalam keadaan mengantuk.

Aku juga pernah hadiri beberapa temuduga kerja yang memerlukan skill menaip yang laju dan pantas dengan kesalahan menaip yang minimum. Kalau takde salah langsung lagi bagus. Dalam semua ujian menaip yang aku lalui, pegawai yang memantau ujian tu memang terkejut bila tengok aku menaip (dengan nada riak). Haha.. Paling best, aku pernah siapkan ujian menaip sebelum tamat masa ujian! Software tu tinggal beberapa saat sebelum habis masa tapi aku dah siap taip semua perkataan yang ada. Perfect pulak tu! Tanpa sebarang kesalahan atau typographical error. (Ada sesiapa nak upah aku menaip tak? hehe.)

Bagaimana aku belajar menaip dengan pantas

Imbas Kembali ~ Pertama kali aku menyentuh papan kekunci (keyboard) adalah ketika Tingkatan 2. Aku ingat lagi nama CC tu – EBCDIC Net Cafe. Nombor keahlian aku adalah 036. Keistimewaan bagi ahli CC tu, main sejam dapat sebotol air Coke + 2 biji gula-gula. Biasa aku lepak lepas habis sekolah sampai waktu Maghrib. Time tu bukan main internet sangat pon tapi main GAME! Kat CC tu la aku banyak belajar menaip walaupun time tu takde niat nak belajar pon. Main picit-picit, tekan-tekan je.

touchtypist Belajar Menaip Dengan Pantas

Sebenarnya, ada banyak cara untuk kita belajar menaip. Tapi dalam entri ni, aku share cara aku sendiri untuk belajar menaip. Ada 2 cara je yang aku guna dan aku rasa ianya mungkin satu kombinasi yang mantap hingga aku mampu menaip dengan pantas macam sekarang ni Tapi mungkin ada di kalangan korang yang lebih pantas kan?

  1. Permainan Komputer (Games)
    Games mengajar aku menekan button pada keyboard dengan betul tanpa melihat keyboard. Budak-budak sekarang ni mesti lebih awal belajar menggunakan keyboard, kan? Bila keluar je dari perut ibu mengandung, terus pegang keyboard, lepas tu terus main DotA. WTF?! Haha.. Game juga membantu daya pemikiran kita untuk selesaikan misi, atur strategi bagaimana nak kalahkan musuh dan lain-lain.

    Bentuk Latihan: Melatih menekan butang keyboard tanpa melihat pada keyboard. Kalau tengok keyboard, biasanya boleh mengakibatkan Game Over! Tak boleh terlepas pandang langsung daripada skrin. Ciss!
     

  2. Chatting (mIRC / YM / Skype / GTalk)
    Zaman aku dulu terkenal dengan mIRC je. Biasa dok chatting kat channel #Kampung, #Mamak, #Kelate dan sebagainya. Pernah ber-gathering dan pernah jugak dating dengan awek gemuk tapi comel yang kenal kat mIRC tu. Haha.. Main point, chatting memang membantu aku menaip dengan laju. Dalam tak sedar, chatting la yang paling banyak membantu aku belajar menaip dengan pantas.

    Bentuk Latihan: Taip laju-laju. Kalau taip lambat, reply pon lambat, awek yang tengah diayat boleh rasa bosan dan terus tamatkan per-chatting-an (dilarang guna perkataan ni dalam exam). Kan dah tak sempat nak mintak email nak add kat Facebook. Huh!
     

hand on keyboard Belajar Menaip Dengan Pantas
KEDUDUKAN JARI YANG BETUL PADA KEYBOARD

fingerposition Belajar Menaip Dengan Pantas
POSISI KEGUNAAN JARI-JARI PADA BUTTON KEYBOARD

Sekarang ni, dengan adanya blog, Twitter dan Facebook, lagi senang la nak berlatih menaip. Sambil berlatih, sambil berhibur. Sangat mudah dengan adanya teknologi macam sekarang ni. Tak macam dulu. Budak-budak yang sebaya dengan aku mungkin dapat rasa perbezaan zaman kita dulu dengan zaman sekarang. Betul tak?

Dunia dah maju.. Zaman dah berubah..


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , ,

39 komen -- Belajar Menaip Dengan Pantas

  1. Tweets that mention Tips Belajar Menaip Dengan Pantas | Anarm Network -- Topsy.com
  2. myebuzz.net
  3. IMCurtain.com
  1. Razy Nureen says:

    aku leh menaip 120 perkataan seminit… jom join group kita kat FB.. Search for Malaysian Type Fast group. anda dijemput masuk.. ^_^

    Reply

  2. typing says:

    dulu menaip 2-3 jari jek..pastu try cbr diri..syukur skang dpt gak taip x tngk kmputer..huhu
    apapun praktis makes perfect..kalau btul2 korang nk, insyaallah blh..kalau nk ambil test n maen game menaip,try kat laman ni.. ..try la,best gak..silap2 bleh wat contest plak :biggrin:

    Reply

  3. sazali yusof says:

    semenjak tangan aku patah.. dah xleh dah taip laju2.. :dizzy:

    Reply

  4. RedBoys says:

    dulu pernah dah try benda ni. markah boleh tahanlah. hehe.
    Jom baca entri terbaru blog RedBoys.. Blog – Kualiti EntriMy Profile

    Reply

  5. adledash says:

    SAlam…

    info menarik!

    nak cuba berlatih dengan cara yg betul lah. perlahan2 lama2 laju! hee..terima kasih kerana berkongsi!

    Reply

  6. melayubuntu says:

    perhh..laju beb..
    aku xdela laju sangat..taip laju tapi idea lambat pun slalu jugak..wakakka
    Jom baca entri terbaru blog melayubuntu.. Pelajar mencari tempat untuk praktikal Meh sini!My Profile

    Reply

  7. bistari says:

    aku selalu menaip dalam gelap..time tu memang tergagau2 la nak cari mane huruf..tp mmg membantu kite tau mane huruf tu berada..
    Jom baca entri terbaru blog bistari.. AA sudah terima di tangankuMy Profile

    Reply

  8. akubiomed says:

    Menaip tidaklah sepantas mana itu pun selalu typo error :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwinMy Profile

    Reply

  9. Balqees Amanda says:

    hehe..cam lawak pulak..kite siap ikut lagi kedudukan jari2 tu..ooo baru tau..selama ni rasa main belasah je taip..mana yang sampai dulu..

    Reply

  10. wazy says:

    bagus juga ni kalau kita boleh menaip dengan pantas tanpa sebarang kesalahan (typo)
    aku pun masih lagi dalam latihan untuk menaip dengan pantas ni
    hehe :wink: Jom baca entri terbaru blog wazy.. TIPS ELAKKAN MENGANTUKMy Profile

    Reply

  11. serol says:

    berusaha menaip dengan laju. time buat report mula la terkedek2.. kena byk praktis lagi aku ni :D
    Jom baca entri terbaru blog serol.. Kenangan cuti sekolah aku dulu-duluMy Profile

    Reply

    akubiomed reply:

    @serol, Ishh susah gak selalu kantoi dalam fikiran lain yang ditaipnya lain :-) Selalu gak berlaku
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwinMy Profile

    Reply

  12. eiyda says:

    owang menaip laju2 giler…tp mang banyak typo tu kire cam ner? hahahaha…kalao da hari2 kan keje dok ketuk keyboard ni, pejam mata pon leh taip gak :whistle: ..ok berlagak kejap heee
    Jom baca entri terbaru blog eiyda.. meet up di klccMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @eiyda, rasanya kalau ada typo tu dikira lambat.. kalau tak silap, kepantasan menaip dikira pada berapa patah perkataan dapat ditaip dalam masa 1 minit.. kalau ada typo kat mana2 perkataan, perkataan yang typo tu takkan dikira.. so, jumlah patah perkataan per-minit dah jadi berkurangan.. dan ianya akan dianggap lambat..

    *larriiiii*

    Reply

  13. Amry says:

    dah terbaca dah entry ni kat blog yied, tapi tak try pon sebab tau memang lambat. hahaha…tapi yang best entry dari ko ni siap ada tips lagi. memang best lah..hehehe

    Reply

    Anarm reply:

    @Amry, best ke? tengkiu.. tengkiu.. haha.. ni aku punye style dalam aktiviti blogging.. content blog ni aku nak pastikan sentiasa diselitkan dengan info.. mane la tau kot2 ada orang google cari info2 jenis macam ni.. silap2 orang tu boleh termasuk dalam blog ni, dan dapat baca apa yang dia cari..

    Reply

    Amry reply:

    @Anarm, bagus ar bro kaau macam tu. tak la entry tu melalut sangat kan macam blog aku..hehehe

    Reply

    Anarm reply:

    @Amry, melalut pon kadang2 ok je.. blog kita, suka hati kita la nk tulis ape pon kan.. haha

    Reply

  14. Mohd Shahrul Hafizi says:

    Huhuhu. Lambat diperkenalkan dengan komputer. Sampai sekarang menaip menggunakan dua jari je. Tapi dah improve la sebab dah pandai tekan spacebar guna ibu jari. Hahaha.

    Hebat betul bro! :cheerful: Jom baca entri terbaru blog Mohd Shahrul Hafizi.. Get fired or QuitMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Shahrul Hafizi, kalau baru belajar menaip memang macam tu.. time aku mula2 belajar dulu guna 1 jari je.. jari yg lain2 rasa keras semacam sampai takleh gerak nak tekan kibod.. haha

    Reply

    Mohd Shahrul Hafizi reply:

    @Anarm, Hahaha. Saya takdelah keras tapi dah biasa dan selesa menaip menggunakan dua jari. Agak susah nak ubah. :whistle: Jom baca entri terbaru blog Mohd Shahrul Hafizi.. Get fired or QuitMy Profile

    Reply

  15. naim says:

    setelah dikaji, aku menggunakan sat jari sebelah kanan dan tiga jari sebelah kiri, huhu :biggrin: Jom baca entri terbaru blog naim.. Yied Pozi! Aku Nak Hadiah! hahaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @naim, berapa jari tu tak penting sangat kot.. asalkan kita selesa.. bila kita rasa selesa, secara tak langsung taip jadi pantas, laju, cepat dan takde typo.. ada typo pon sikit jela kot.. :pinch:

    Reply

    naim reply:

    @Anarm,
    hik3.. betul3.. keadaan time type tu pntg gak, kalau tak kena secara tak lanngsung taip jadi lambat, lembab dan ade typo, ada typo pon banyak la kot..haha :pinch: Jom baca entri terbaru blog naim.. Saya Menggunakan Foxyformcom Sebagai Contact Form Blog SayaMy Profile

    Reply

  16. fikri91 says:

    tips ko memng berguna…
    lebih2 lagi pasal chatting 2..
    aku memng setuju sangat…
    banyk membntu lol.. :biggrin: Jom baca entri terbaru blog fikri91.. HUBLOT GENEVE BIG BANG KING POWER F1 RM335My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @fikri91, chatting memang banyak membantu la.. tapi kat opis takleh plak nak chatting.. kantoi dengan boss kang tak pasal2 kene potong gaji.. silap hari bulan boleh kene buang keje.. naye..

    Reply

    akubiomed reply:

    @fikri91, Dulu masa chatting di MIRC memang dah sediakan short key sebab tu selalu main flood perkataan sampai kena kick dari channel :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwinMy Profile

    Reply

  17. ChuyRy says:

    huh.. Lajunye T_T
    Jom baca entri terbaru blog ChuyRy.. Tutorial Enable Comment Box Pada Blogger PagesMy Profile

    Reply

    Suraya reply:

    @ChuyRy, anarm mmg taip laju.. klu ada karangan, cerpen, novel, entri ke ape ke yg nak taip bg die je.. skjap je dh siap.. :whistle: Jom baca entri terbaru blog Suraya.. Lelaki Pun Kena Pandai MasakMy Profile

    Reply

  18. mohzam says:

    :w00t: pantasnya…info yang membantu, aku nak praktis dari sekarang, :face:

    ::ketiga :whistle:

    Reply

    Anarm reply:

    @mohzam, praktis cepat2.. taip laju2 bagi sampai berasap keyboard.. jangan sampai terbakar dah la.. hehe

    Reply

  19. Dauspozi says:

    3rd… haha
    Aku mula belajar menaip masa darjah 3.. hoho, lama kelamaan jd laju pulak tp malangnya org guna 8 jari aku guna 6 jari je… kui3
    Jom baca entri terbaru blog Dauspozi.. Tolonglah KamiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Dauspozi, aku guna 7 jari.. ibu jari tangan kiri dengan jari anak blah kiri kanan je yang tak berfungsi..

    Reply

  20. MuJE says:

    ah, tak aci! keduaaaxxxx!
    wah, dah bleh start prektis ni
    gg
    Jom baca entri terbaru blog MuJE.. Giveaway Domain dari Sumijelly &amp SekilassMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @MuJE, hahaha.. aku dapat 1st.. :lol:

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 60.52.78.102

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv