Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 21 January 2012 { 9 komen }

   

highway balik kampung Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina

Cuti Tahun Baru Cina dah bermula. Bila dah cuti, balik kampung la kan jumpa mak abah. Member serumah aku semalam dah gerak balik Kelantan. Aku pulak balik kampung hari ni. Balik Teluk Intan. Bas pukul 3 petang. Kain baju belum sumbat masuk beg lagi ni. Malas betul rasanya nak buat kerja-kerja mengemas kain baju. Tapi kena buat jugak. Nanti takde baju pulak nak pakai kat kampung.

Aku ni jarang balik kampung. Mungkin sebab malas naik bas. Dulu pernah beberapa kali balik kampung naik motor. Sampai kebas punggung sebab lama sangat duduk atas motor. Sekarang motor kesayangan (beli cash guna duit hasil titik peluh) dah macam tak berapa sihat. Dah tak boleh bawa jalan jauh-jauh. Tambah pulak sikap aku yang malas nak jaga dia, bertambah tak sihat la jadinya. Maafkan aku, motor. Nanti ada duit lebih aku hantar kau masuk bengkel, bikin jadi macam motor baru keluar kilang ye. Lepas tu kita boleh balik kampung sama-sama lagi macam dulu.

Minggu depan aku akan ke Kelantan atas sedikit urusan. Dah lama tak jejakkan kaki kat Kelantan, tempat kelahiran aku. Masa tengah belajar di kolej dulu jarang balik Kelantan. Cuti semester je baru balik. Sampai la abah aku pencen kerja polis dan pulang ke kampung halaman di Teluk Intan. So, kampung aku dah bertukar ke Teluk Intan pulak. Tak sempat nak jumpa kawan-kawan sekolah di Kelantan.

Lepas habis belajar, terus keluar dari kampung datang bekerja di Kajang. Hampir 6 tahun kot aku merantau datang kerja kat tempat orang ni. Alhamdulillah, dah dapat kerja yang sesuai. Duit poket pon dah semakin kukuh dan stabil. Balik kampung ni boleh la belanja mak abah makan sedap-sedap. Takpon belikan barang dapur, lauk-pauk, sayur-sayur yang menyelerakan ke. Tapi.. Aku tak suka sayur!

Ehh.. Korang balik mana? Balik kampung tu hati-hati ye. Sebelum balik kampung, check dulu kenderaan tu pastikan betul-betul selamat. Naik motor jangan nak merempit sangat. Jangan cilok mencilok. Bawak kereta pandu elok-elok. Patuhi undang-undang jalan raya. Sambil memandu tu jangan ingat orang tersayang nanti korang mengelamun, terbayang pergi dating kat taman bunga, tengok wayang berdua-duaan, nanti tak pasal-pasal eksiden pulak. Hehe.. Semoga semuanya tiba di kampung halaman dengan selamat. InsyaAllah..

Oh ya.. Sebelum pulang ke kampung, pastikan juga rumah semua dah kunci. Pintu, tingkap, semua dah tutup rapat-rapat. Maklum sajalah, musim cuti macam ni pencuri ramai yang rajin buat OT. Kalau ada jiran-jiran yang tak balik kampung, mintak diorang tengok-tengokkan rumah. Nanti bagi angpau RM2,000 ke baru diorang rajin tolong tengokkan rumah tu.
 

PS: Laptop baru beli dah buat hal. Hampeh betul.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , ,

9 komen -- Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina

  1. titan says:

    aku tak gi mana. dok rumah aje. layan drama korea. haha.. :blush: Jom baca entri terbaru blog titan.. Lelaki kacak patut minum jus Monavie.My Profile

    Reply

  2. Maxloon120 says:

    Semua orang, haruslah berhati2 ketika di jalan raya..
    Jom baca entri terbaru blog Maxloon120.. Movie Review @The Great Magician 大魔術師My Profile

    Reply

  3. paihujey says:

    wah3,nok mari klate ko..hehe..bestnya cuti balik kampung..
    Jom baca entri terbaru blog paihujey.. Apa Pendapat Anda ?My Profile

    Reply

  4. Juan says:

    aku x balik, aku beraya dengan adik aku jer kat utara tanah air :w00t: Jom baca entri terbaru blog Juan.. Tutorial or How To Install Papago X5 Android MalaysiaMy Profile

    Reply

  5. akubiomed says:

    Cuti panjang saya dan famili pun balik kampug. Dulu saya duduk di Sungai Besar selalu juga turun ke Teluk Intan.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Pulau Pinang mengamit kenangan lamaMy Profile

    Reply

  6. tuan tanah says:

    musim cuti kembali……
    telok intan dekat jer…:)

    slmt bercuti bro…;)

    Reply

    Anarm reply:

    @tuan tanah, teluk intan memang dekat.. tapi aku balik semalam amik masa 8 jam jugak sebab jalan jem teruk..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Balik Kampung Cuti Tahun Baru CinaMy Profile

    Reply

    Tuan Tanah reply:

    @Anarm, perghhh 8 jam….kena rancang perjalanan next time..:)

    Reply

  7. saya_aRief says:

    selamat pulang ke kampung boh.
    :)
    Jom baca entri terbaru blog saya_aRief.. SELAMAT BERCUTIMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 50.16.17.90

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv