Seminar Buat Duit dengan Blog

Bagaimana Anarm.Net dapat Google Sitelinks

86

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 4 March 2011 { 86 komen }

   

sitelinks anarm Bagaimana Anarm.Net dapat Google Sitelinks

Jika korang cari nama blog ‘Anarm’ ataupun ‘Anarm.Net’, korang akan nampak blog ni berada di bahagian paling atas dengan beberapa link / pautan kecil terdapat di situ (lihat gambar). Pautan-pautan kecil tu dipanggil sebagai ‘Google Sitelinks‘. “Bagaimana Anarm.Net dapat Google Sitelinks?“.. Pertanyaan ni aku rasa mungkin susah nak dijawab oleh sesiapa pun, termasuk aku sendiri.

Google Rahsiakan Cara Untuk Dapat Sitelinks

Seperti yang kita sedia maklum, sesetengah perkara yang dilakukan oleh Google dirahsiakan dari pengetahuan umum. Termasuklah bagaimana cara untuk dapatkan Google Sitelinks. Jika perkara seperti ini didedahkan, mungkin ada di antara kita yang memanipulasikannya untuk ranking blog atau laman web masing-masing (menyalahgunakannya). Daripada kita membuat kerja-kerja keji macam tu, ada baiknya jika kita luangkan masa untuk lihat dan kaji bagaimana sesebuah blog atau laman web itu berpotensi memiliki Google Sitelinks.

Daripada hasil kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang blogger, pakar SEO, webmaster dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa Google memberi Sitelinks secara automatik kepada mana-mana blog atau laman web berpandukan faktor-faktor berikut:

  • Blog berada di tangga pertama untuk keyword yang menghasilkan Sitelinks
  • Struktur navigasi laman web yang teratur dan kemas
  • Jumlah klik pada link yang ada di enjin carian
  • Kadar trafik yang datang dari search engine (enjin carian)
  • Backlink (outbound / inbound / internal / external) yang berguna
  • Usia laman web atau blog yang matang (1 tahun, 2 tahun atau lebih)
     

Faktor-faktor yang disenaraikan di atas mungkin berguna bagi mendapatkan Google Sitelinks untuk blog. Walau bagaimanapun, jika ianya tidak memberi Sitelinks sekalipun, kita boleh jadikan faktor-faktor tersebut sebagai panduan bagi membantu kita menghasilkan sebuah laman blog yang sentiasa efektif dalam apa jua keadaan.

Tips Untuk Dapatkan Google Sitelinks

Tadi kita dah tengok faktor-faktor yang diperlukan untuk dapat Google Sitelinks. Sekarang ni, jom kita tengok tips atau cara-cara macam mana nak dapat Google Sitelinks pula.

Walaupun Google merahsiakan cara bagaimana nak dapatkan Google Sitelinks, tetapi masih ada tips-tips yang boleh kita praktikkan dan berkemungkinan akan memberi peluang blog kita untuk dapat Google Sitelinks. Di bawah ni ada beberapa tips hasil perkongsian daripada beberapa buah blog. Antara tips tersebut:

  1. Nama domain atau nama blog yang unik

    Jika kita gunakan nama domain atau nama blog yang terlalu umum, mungkin akan ada site lain menggunakan nama yang sama dan Click Through Rates (CTR) di carian Google jadi tak berapa bagus. Ini kerana pengguna Google (pelawat) mempunyai lebih banyak pilihan dan blog kita akan ketinggalan sekiranya ada blog lain dengan nama yang sama berada di ranking yang lebih tinggi dalam Search Engine Results Pages (SERPs).
     

  2. Menu navigasi yang kemas dan minimum

    Elakkan letak menu yang terlalu banyak di laman blog. Sekiranya perlu, gunakan fungsi Multi Level Menu atau Drop Down Menu yang hanya akan memaparkan menu-menu selebihnya bila pelawat meletakkan cursor di atas mana-mana menu yang ada. Ini dikatakan bagi memudahkan ‘spider’ enjin carian dan pelawat menjelajah dalam blog kita.
     

  3. Content yang unik dan original (bukan copy-paste)

    Kenapa kita dilarang copy-paste entri blog lain? Kerja-kerja copy-paste bukan saja boleh mendatangkan kemarahan tuan blog tersebut, malah akan memberi kesan yang tak berapa molek kepada nilai blog kita di SERP – hasil carian Google. Kalau kita tulis entri yang unik dan original, Google akan kesan blog kita sebagai blog yang bermutu dan memberi manfaat kepada pelawat.
     

  4. Sediakan info selengkapnya untuk pembaca / pelawat

    Sekiranya info tentang sesuatu topik yang kita ceritakan tu ada di blog lain, berikan backlink ke blog tersebut. Backlink ke blog lain akan meningkatkan reputasi blog kita dan akan memudahkan pelawat untuk mencari info. Google sendiri menyatakan bahawa blog yang memberi backlink ke blog lain adalah blog yang berguna bagi pelawat.

    Boleh juga linkkan entri blog kita dengan entri-entri lain yang pernah kita tulis sebelum ni (internal link).

  5. Bina ‘sitemap’ dan submit ke Google Search Engine

    Sitemap berfungsi untuk memberitahu Google setiap kali kita update blog. Kemaskini entri terbaru akan segera dihantar ke Google dan ‘spider’ akan mula bekerja mengumpul data bagi entri tersebut. Bagi pengguna WordPress.org, korang boleh gunakan plugin Google XML Sitemaps bagi lebih memudahkan kerja.
     

  6. Guna keyword yang akan dicari oleh pengguna internet

    Penggunaan keyword yang betul dan berkesan akan menerima carian dan klik yang banyak daripada pengguna enjin carian. Sitelinks adalah berdasarkan jumlah carian dan bilangan klik dari enjin carian yang point ke laman blog kita. Jumlah carian dan klik yang tidak mencukupi syarat yang ditetapkan oleh Google tidak akan disenaraikan sebagai Sitelinks. Oleh itu, sekiranya ranking keyword yang digunakan di blog kita berada di posisi tertinggi, peluang untuk mendapat Google Sitelinks akan lebih cerah.
     

Penting ke Google Sitelinks?

Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog.
 
Oklah.. Aku dah nak muntah mengkaji Google Sitelinks ni. Apa yang aku kongsikan di sini mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang tak berapa nak betul. Jangan serius sangat. Walau bagaimanapun, seperti apa yang kita sudah sedia maklum, penggunaan keyword yang berkesan dijamin akan memberi blog kita pulangan trafik yang hebat dari enjin carian. Setuju atau tak setuju? Sila kongsi pendapatan korang. Terima kasih.

 
Sumber rujukan Google Sitelinks:


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , , , ,

86 komen -- Bagaimana Anarm.Net dapat Google Sitelinks

  1. Cara dapatkan Google Sitelink
  2. Dah Dapat Google Site Linkszzqah.com | zzqah.com
  1. Asyrof Asri says:

    Alhamdulillah, sampai juga ke blog ni pasal keyword cara nak dapat sitelink.

    InsyaAllah dengan panduan saudara Anarm ni saya dpaat belajar dan akhirnya
    dapat anugerah dari google.

    Teringin nak tengok blog kita dapat sitelinks. ;)
    Jom baca entri terbaru blog Asyrof Asri.. Wordless Friday – Mahasiswa Pilih Siapa?My Profile

    Reply

  2. lina salma says:

    wow info berguna…thanks! i add page ni as my reading list. thanks!
    Jom baca entri terbaru blog lina salma.. 10 Sebab Anda Perlu Pilih TERM80My Profile

    Reply

  3. Terbelog says:

    byk aku kena blaja lg ni aduh

    Reply

  4. iza says:

    Minta izin nak copy dan paste kat blog..
    Jom baca entri terbaru blog iza.. AuthorMy Profile

    Reply

  5. Rina As says:

    Dilihat dari manfaat yang bisa diperoleh dari sebuah blog yang mendapatkan sitelink tentunya bila kita memperoleh sitelink google, apa2 yang kita posting akan lebih mudah masuk halaman SERP google. Sekiranya ini benar atau tidak ya..
    Terima kasih telah menuliskan useful post yang bisa menambah pengetahuan saya.

    Jom baca entri terbaru blog Rina As.. Bagaimana Cara Mendapatkan Sitelink | Google SitelinksMy Profile

    Reply

  6. galaxyniche says:

    great tips..thanks

    Reply

  7. hafizmd says:

    ooo…baru aku faham lebih sikit pasal sitelinks ni…

    check2 tgk, blog aku mcam ada, tp kontot2 jer…semua sitelink yg bahagian atas….ke bukan sitelinks? hahhaa

    btw, terimakasih anarm sbb berkongsi tips ni…terbaik!
    Jom baca entri terbaru blog hafizmd.. Cabaran Blogger | Satu Hari di Hari RayaMy Profile

    Reply

  8. Ahmad Fikrizaman says:

    Lepas baca kat amanz, aku terus check, tetiba ja blog aku ada sitelink.. dulu x pernah ada pun.. ada 10 plak tu…
    Jom baca entri terbaru blog Ahmad Fikrizaman.. Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti BlogMy Profile

    Reply

    Ahmad Fikrizaman reply:

    @Ahmad Fikrizaman, komen kat entri yang salah pulak..
    Jom baca entri terbaru blog Ahmad Fikrizaman.. Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti BlogMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Ahmad Fikrizaman, tu maknanya blog ko dah dapat power dia.. pasni jangan dok dekat2 dengan Kryptonite.. nanti hilang power.. haha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. 12 Pautan Google SitelinksMy Profile

    Reply

    Ahmad Fikrizaman reply:

    @Anarm, ni, try check sharing bar tu.. dah pelik dah aku nampak..
    Jom baca entri terbaru blog Ahmad Fikrizaman.. Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti BlogMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Ahmad Fikrizaman, sharing bar mane? blog aku ke blog sape?
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. 12 Pautan Google SitelinksMy Profile

    Reply

    Ahmad Fikrizaman reply:

    @Anarm, blog hang la anarm.. try clear cache.. jap aku tag kat fb..
    Jom baca entri terbaru blog Ahmad Fikrizaman.. Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti BlogMy Profile

    Reply

  9. EP says:

    info yang amat power..hehe…bukan sng nak dpt sitelink…susah2…huhuhuhu..kena matang dulu la jwnya…lau ada pakai blogspot leh dpt sitelink ke
    Jom baca entri terbaru blog EP.. Penulis Senja TerakhirMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @EP, blogspot pon ade yang dapat sitelinks.. yg penting cukup syarat yg dah ditentukan utk dapat sitelinks..

    Reply

  10. Mus says:

    drop menu untuk link exchange mcm mana nak buat tu bro?
    Jom baca entri terbaru blog Mus.. Kisah Benar- Melihat Puteri Ayu & Puteri Mandi Di Depan Mata!!My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mus, sory lambat reply.. link exchange yg bleh drop down tu aku buat coding manual.. masukkan link pon manual.. byk keje kene wat.. huhu..

    Reply

  11. iza says:

    Susah jgk nk dpt sitelinks ni ye.
    ada jgk blogspot yg dpt…

    Reply

    Anarm reply:

    @iza, kalau tau cara yang betul, mungkin tak susah kot.. sitelinks ni cuma bergantung pada populariti link atau keyword yg masuk blog kita..

    Reply

  12. Daus says:

    tahniah bro.. tapi hati-hati bila dah dapat sitelink tu.. jangan tukar template.. karang hilang pulak sitelink tu..

    dulu pun aq pernah dpt sitelink. tpi gara2 gatal sgt nk p tukar template. smpai hilang sitelink ;p
    Jom baca entri terbaru blog Daus.. Cara letak sudu dan garfu lepas makanMy Profile

    Reply

  13. titan says:

    sesetengah blog aku dapat sitelinks. Kalau dapat, memang best gila la. Banyak trafik tu.. :wink: Jom baca entri terbaru blog titan.. Edisi Siasat – Buat Duit dengan SaysmyMy Profile

    Reply

  14. zuls says:

    sitelink ni nampak cool! aku pun nak gak ah :D
    Jom baca entri terbaru blog zuls.. Saya Mahu Lagi Banyak Tips dari ZulseffortcomMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @zuls, memang cool.. tapi nak dapat tu macam susah skit.. aku rasa, better blogging je macam biasa.. nanti tiba2 dapat la sitelinks tu.. :tongue:

    Reply

  15. kulanz says:

    aku sebelum ni pun masih tak paham sangat pasal google sitelink ni.. bagus juga ada info yang dah dikumpul maam ni.. bolehlah juga tambah sikit pengetahuan..
    Jom baca entri terbaru blog kulanz.. Blogger Jangan Lakukan 10 Perkara IniMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @kulanz, yup.. sekurang2 nya ada la paham sikit2, walaupun tak banyak.. dapat gak la belajar sikit sebanyak.. aku pn ade banyak lagi yang tak paham ni.. pening kepala nak pikir.. hehe..

    Reply

  16. zik says:

    ada dapat.. kejap2 hilang.. kejap ada balik.. kadang2 dia tukar link baru.. entahla … hari tuh ada tukar2 , edit2 sikit.. hilang balik.. pastu lama sikit datang balik.. datang dan pergi lah pulak..
    Jom baca entri terbaru blog zik.. Kartun malaysia – Samseng hutan part1 18sg!My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @zik, die memang camtu kot.. sebab die main2 dengan populariti jugak.. takkan setiap masa asyik popular je kan.. huhu

    Reply

  17. suffer8zine says:

    wahhhh tahniah bro! semoga makin mantap!
    Jom baca entri terbaru blog suffer8zine.. Jual Aiskrim Susu BadanMy Profile

    Reply

  18. Fitrihadi says:

    aku still takde sitelink ar..maybe conflict dengan blogspot aku yang dulu kot..kalau search fitrihadi, yang paling atas adalah fitrihadi.blogspot.com… ermm takkan nak padam blogspot tu.. sayang kot..
    .
    Jom baca entri terbaru blog Fitrihadi.. Blog Lama Aku Dah PR4 Terkilan Aku Bertukar Ke WordPress T-TMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Fitrihadi, blogspot tu aktif lagi tak? kalau tak aktif, kalau aku, aku buat redirect pegi ke blog dotcom..

    Reply

    Fitrihadi reply:

    @Anarm,
    blog lama tu tak aktif.. tapi still ada trafik masuk dari google.. dan PR pun dah capai 4. sayang ar.. patut ke aku pindahkan entry kat blog lama aku tu ke blog baru aku ni?
    .
    Jom baca entri terbaru blog Fitrihadi.. Video Weh Fit- Ko Tau Apa Itu Pelacur Blogger Parody JeMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Fitrihadi, kalo rasa nkk pindah, bleh je pindah.. takpon pilih entri mane yg nk pastu tulis balik kt blog dotcom.. takyah pening2 nk update blog dh.. huhu

    Reply

  19. syahrilhafiz says:

    alahai aku baru 4 kot, tapi kira ok dah tu, alhamdulillah.hehe
    point menarik, tapi discuss pasal nak dapat pr pasni pulak ye..lalala :whistle: Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Trackback Sampah Spam Menjadi-JadiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, nk entri pasal PR plak? nanti aku tengok2 kt google pastu aku share.. huhu.. kalaulah aku keje dgn google, dh lama aku share rahsia2 google dgn korang sume.. comfirm kene buang keje pastu.. wakakakaka..

    Reply

    syahrilhafiz reply:

    @Anarm, haha, konfirm, sehari je masuk , pastu..bye2 anarm..ekeke :w00t: Jom baca entri terbaru blog syahrilhafiz.. Trackback Sampah Spam Menjadi-JadiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syahrilhafiz, tau takpe.. hahaha..

    Reply

  20. Sir Marcello says:

    mula2 kurang faham apa benda sitelink…bila tgk kat atas tue baru nampak…
    hurm kalo menu berserabut,…mmg sukar nak dapat lah…
    Jom baca entri terbaru blog Sir Marcello.. Scam Gaya BaruMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Sir Marcello, ha ah.. menu nk kene kemas.. kalau rasa byk sangat tu, buat drop down menu, letak dlm 1 menu besar.. mcm kategori menu gitu.. tu tips dari org yg dh buat kajian.. keberkesanan die 50-50 kot.. x pasti sbb google rahsiakan.. tp kita bleh cuba try test..

    Reply

  21. fikryn says:

    Tahniah.. bukannya senang nak dpt sitelink walaupun ada yg kata senang.. :)
    Kalau senang takdelah sampai org buat kajian mcmana nak dptkan sitelink ni..
    Dr apa yg saya tahu, tips yg tertulis di atas tu adalah cara yg betul bagaimana utk dptkan sitelink.

    Dan dr apa yg saya baca, sitelink takkan hilang kalau kita tukar theme, tp kita tak ubah struktur seo ,navi menu dan sitemap.

    Terima kasih sudi berkongsi ilmu..
    Jom baca entri terbaru blog fikryn.. Bagaimana Membuat WordPress Admin Bar Jadi TransparentMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @fikryn, ade jugak yg dah try kaji dengan cara tukar theme.. memang sitelinks hilang.. tapi tak pasti sgt sebab tak pernah try sendiri.. nk tukar theme pon malas.. theme ni je dok guna dari dulu smpai sekarang.. huhu

    Reply

    fikryn reply:

    @Anarm, Oh ye ke.. ada maklumat yg kurang tepat lah ye.. nak kena cari lg ni..

    Theme ni dah ok dah.. tak payah tukar pun tak ada masalah rasanya.

    Thanks bro.. :)
    Jom baca entri terbaru blog fikryn.. Google Sloppy Kembar Kepada GoogleMy Profile

    Reply

  22. akubiomed says:

    Tak sangka blog yang mempunyai sitelink sebenarnya mendapat penarafan dari Google. Blog saya sudah dapat sitelink walaupun tidak sampai setahun. Satu pencapaian yang tidak sangka. Penerangan bro membuat saya lebih menghargai anugerah sitelink walaupun belum dapat PR lagi
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. CONTEST Saya Sayang Mesir!My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, tahniah! dapat sitelinks lagi best kot drpd PR apa sume tu.. hehe.. tapi PR memang takde kaitan langsung dengan sitelinks.. ade blog yg PR tinggi tp takde sitelinks.. blog yg PR0 pon ade yg dah dapat sitelinks..

    Reply

  23. Amry says:

    Blog aku nak dapat site link?? jauh panggang dari api la kalau dilihat pada ciri2 atau kriteria untuk mendapatkan sitelink tu. SEO out. huhu

    Reply

    Anarm reply:

    @Amry, SEO ni kadang2 kita tak perasan kita ada guna kat blog.. lagi elok macam tu.. kalau asyik pikir SEO je nanti jadi takleh nak pikir ‘luar kotak’ pulak..

    Reply

  24. Kreuger says:

    tak paham.. sebab aku tak pandai semua mende-mende ni :D
    Jom baca entri terbaru blog Kreuger.. Aktiviti duduk atas bumbung berjemaahMy Profile

    Reply

  25. megat says:

    blog aku lambat lagi la pasal belum baligh lagi. haha.
    Jom baca entri terbaru blog megat.. LelakiMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @megat, kalau popular, kejap je kot bleh dapat..

    Reply

  26. Mohd Isa says:

    sitelinks byk dah…:P
    cam mana nak kasi bebanyak lg yerk?
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Review Bulan Februari 2011My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, die smpai 8 sitelinks je.. aku pn tak pasti camne nk banyakkan lagi sitelinks..

    Reply

    Mohd Isa reply:

    @Anarm, haha, acah jerk. memang ada 8 je kot. tak tahulah senarai kat analytics plak. cuba ko check dah ada bape, aku rasa macam nak buang je sitelinks yg tak menarik. :P
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Tips SEO Kepentingan ArtikelMy Profile

    Reply

  27. aizuddin says:

    ada kaitan dengan google webmaster kan? :ermm: Jom baca entri terbaru blog aizuddin.. Dapatkan Ipad 2 Secara PercumaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @aizuddin, yup.. google webmaster.. google analytics pn ade guna jugak..

    Reply

  28. Ezany-Kun says:

    tahniah.. mmg hebat blog ni.. :blush: Jom baca entri terbaru blog Ezany-Kun.. Semak Saman Trafik Dengan MudahMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Ezany-Kun, hahaha.. takde la hebat sangat.. tapi memang hebat pon.. wakakakaka.. perasan.. :lol:

    Reply

  29. Pisyek says:

    woh~ bende ni memang sangat cool` aku dah lama nak buat, tapi x jadi-jadi.. haha… :biggrin: Jom baca entri terbaru blog Pisyek.. Merampingkan peha dan pinggul cara KaraMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Pisyek, aku plak takde buat apa2.. tau2 jadi.. hehe

    Reply

  30. nizam says:

    nice bro.. nanti ada masa leh kritik blog aku yer.
    aku baru je belajar bab2 ni.. :)
    Jom baca entri terbaru blog nizam.. Jangan Janji KosongMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @nizam, kritik tu mcm kejam sgt.. komen.. komen.. huhu.. aku pn baru belajar gak bab ni.. buat research berapa hari ntah semata2 nk buat entri ni.. haha..

    Reply

  31. ariff says:

    sekarang lagi senang dapat sitelinks. Asalkan blog popular, optimized dan struktur dia kemas, memang senang dapat.

    link yang keluar adalah link yang popular kat blog tu. Target adalah 8. Blog yang dapat 8 link dalam sitelinks tu berbeza dengan blog/site lain yang xdapat penuh 8 link.
    Jom baca entri terbaru blog ariff.. iPad 2 – Segalanya Yang Perlu Anda TahuMy Profile

    Reply

  32. ieda al-habsyi says:

    terkejut jugak saya dapat sitelink walaupon entri saya tak seberapa, alhamdulillah.. :)
    Jom baca entri terbaru blog ieda al-habsyi.. DAH TAKDE LAKI LAIN KE YANG KO NAK GODA- LAKI ORANG JUGAK YANG KO NAK!My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @ieda al-habsyi, tahniah.. :happy:

    Reply

  33. wazy says:

    Aku tertarik pada point no 4 dan 6
    memang seronok kalau kita dapat feedback dari pelawat jika semua info lengkap di dalam satu entri ,manakala keywords kita kena juga pandai olah dari tajuk yang berkaitan
    kalau rujuk kat google ni memang banyak tips yang bagus
    cuma kita kena pandai pilih je la
    Jom baca entri terbaru blog wazy.. Apple iPad 2 Malaysia Percuma Dari DenaihatiMy Profile

    Reply

  34. wandisini says:

    satu lagi ilmu yang aku dapat dari anarm hari ini

    Reply

    Anarm reply:

    @wandisini, bagus.. tapi aku tak puas hati sebab time tulis entri ni aku macam blur2 je.. memang ada buat research sikit2 tentang sitelinks ni.. tapi banyak lagi yang aku tak berapa faham.. ada jugak yang aku dah faham, tapi aku tak reti macam mana nak tulis bagi orang lain faham.. kalau ade ayat yang nampak macam lintang pukang berbelit belit tu, minta maaf la ye..

    Reply

    wandisini reply:

    @Anarm, aku rasa ko terangkan itu ok je. senang nak faham gak
    Jom baca entri terbaru blog wandisini.. Bagaimana Memujuk Si Dia KembaliMy Profile

    Reply

  35. Wan says:

    nice entri
    aku suka entri yang bagi tips
    thanks
    setuju sgt dgn point no 6 tu

    Reply

    Anarm reply:

    @Wan, point nombor 6 tu aku rasa yang paling power.. simple tapi power.. :cool:

    Reply

  36. Eizil says:

    Bila baca ni, baru terfikir nak check keyword nickname sendiri… :D rupanya dah ada sitelinks dah skang ni… huhuhu…

    apa yang menentukan jumlah links yang terpapar tuh erk? sbb tgk ada yang 5,6,7,8 berbeza-beza ikut web erk?
    Jom baca entri terbaru blog Eizil.. Blogger Yang Kecewa!My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Eizil, wahh.. ade sitelinks jugak.. hebat!! sitelinks blog memang berbeza2.. maximum die 8 link.. jumlah link tu maybe die bergantung pada keyword apa yang orang banyak cari kat Google.. keyword yang ada dalam blog kita.. pastu kalau ada link dengan keyword blog kita yang tersenarai dalam search engine, yang mana banyak orang klik, yang tu la jadi sitelinks blog kita..

    lebih kepada populariti jugak la ni.. tapi populariti dalam search engine, bukan popular dengan blogger2 lain..

    Reply

    Eizil reply:

    @Anarm, baru perasan lepas baca artikel ko ni bro… owhh okay, bergantung kepada keyword erk… worait… kiranya kalau 8 links… lagi power aa keywords yang dioptimized erk… :D
    Jom baca entri terbaru blog Eizil.. Ekstrak babi dalam produk ShakleeMy Profile

    Reply

  37. yanmie says:

    Alhamdulillah Sitelink kekal, dah takde main tarik tali dengan pakgoogle, even tukar themes pun Sitelink masih lagi ada :biggrin:

    Reply

    Anarm reply:

    @yanmie, mintak2 blog ni tak hilang sitelinks.. ade sitelinks nampak smart skit kt web google.. hehe..

    blog ni setahun lebih dah kot tak tukar2 theme.. malas.. huhu.. :tongue:

    Reply

  38. undi.me says:

    Nice… Memang susah nak dpt. Tahniah :biggrin:

    Reply

    Anarm reply:

    @undi.me, tu la.. memang susah.. tak tau macam mana boleh dapat sitelinks untuk blog ni.. try google blog sendiri hari tu, tengok2 ade sitelinks.. rasa nk lompat2 je seronok.. hehe

    Reply

  39. topo says:

    dulu topotato.com ada sitelink. sekrang dah takde dah :pouty: haha aku selalu buang sitelink tak elok kat cisdel.com :)
    Jom baca entri terbaru blog topo.. Pengalaman 48 Jam Krisis Gangguan Bekalan AirMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @topo, nasib baik boleh buang.. kalo tak, terpampang la rahsia ke-tak elok-kan cisdel tu.. hahaha.. :lol: tapi sitelinks cisdel pendek2 je.. camne buat?

    aku sendiri tak berapa paham lagi sitelinks ni mcm mana.. :pinch:

    Reply

    Kujie reply:

    @topo, sebab tu lah kena isi benda baik2..haha

    keyword yg dtg pun elok2…. berkat tu

    murah rezeki… Kak Jie percaya benda2 ni…keberkatan ni :biggrin: Jom baca entri terbaru blog Kujie.. GetClicky – Apa Yang Anda Mahu TahuMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Kujie, haa.. kan dah kene ceramah.. hehe.. :tongue:

    Reply

    megat reply:

    @Kujie, setuju!
    Jom baca entri terbaru blog megat.. LelakiMy Profile

    Reply

  40. Affan says:

    haritu tetiba sitelink “shoutbox” muncul, padahal aku letak kat sidebar dan buat rel = “nofollow”

    last2 pergi webmaster tools, block “shoutbox” hehe
    Jom baca entri terbaru blog Affan.. Banyak blogger- banyaklah ragamnyaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Affan, kalau aku, aku biar je.. banyak skit sitelinks.. keh3.. :tongue:

    Reply

  41. Kujie says:

    Ingat nak ajak dia p Mekdi …usah muntah², tak jadilah
    rugi je…nanti..hahaha

    sitelinks blog kak jie tak tetap, selalu berubah²
    mungkin sebab kerap sangat tukar theme..hiks!

    Reply

    Anarm reply:

    @Kujie, kalau bukan sebab tukar theme, mungkin sebab keyword lain dah take over keyword lama kt sitelinks.. mungkin kot..

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.234.42.16

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv