Azman Macam Hulk?

  • Share
  • Share

Jika korang lihat pada tajuk entri ini, ada disebut nama seseorang iaitu ‘Azman‘. Mungkin ada di kalangan korang yang kenal makhluk tersebut dan mungkin ada juga yang langsung tidak mengenali empunya nama Azman itu (termasuk juga aku). Tajuk entri ini, ‘Azman Macam Hulk’ (sebab aku tengok gambar muka dia nampak bengis macam Incredible Hulk). ‘Hulk’ menurut kamus Wiktionary bermaksud:

  • An old ship which is no longer in use
  • (archaic) any large ship that is difficult to maneuver
  • A big, (and possibly clumsy) person
  • (bodybuilding): An excessively muscled person

Adakah terbayang di fikiran korang, Azman yang dimaksudkan tu merupakan makhluk hijau yang bodynya berketul-ketul seperti watak di dalam movie ‘Incredible Hulk’? Atau mungkin juga Azman itulah yang diceritakan kembali melalui movie tersebut, atau mungkin dialah pelakon utama yang bersembunyi disebalik badan hijau dan ditambah dengan mukanya yang bengis itu.

Bagi merungkai segala persoalan di atas, di sini aku nyatakan bahawa Azman itu tiada kaitan dengan mana-mana Hulk di muka bumi ini mahupun sekelumit dari peluh yang dititiskan oleh Hulk Hogan yang suatu masa dahulu terkenal melalui rancangan gusti WWF (kini dikenali sebagai WWE). Pada zahirnya, aku sendiri pon tidak mengenali siapa itu Azman. Pada batinnya pula? Harap maaf! Aku tidak mengamal apa-apa ilmu batin.

Sedikit kaji selidik dan temubual yang aku lakukan berjaya mencungkil rahsia makhluk bernama Azman ini. Di bawah merupakan sedikit petikan daripada hasil temubual dengan 2 individu berkaitan dengan isu ‘Azman Macam Hulk’ ini.

Temubual 1 :

…Azman pernah meninggalkan utusan yang panjang berjela di salah satu entry di blog Menteil.. “mak aih! panjang gila mamat nie komen.. mesti amek sastera ni dulu” Dengan selamba siput Menteil berkata.. Tapi yang membuatkan menteil teruja bila komen yang diberi bukan rapuan kosong.. Pasti ada isinya..

*Hasil temubual dengan saudara Menteil.

Temubual 2 :

Saya kenal En. Azman ni melalui akusorang.blogspot.com. Masa tue owner blog tu, akusape buat entry pasal dia jumpa dgn En. Azman dan En. Azman ni ada menawarkan servis mencipta dan mereka logo dan banner secara percuma di blog lama beliau. Saya ni pantang dengar benda percuma, so saya pun request banner dan logo dari En. Azman. Tapi apakan daya, En. Azman ni sungguh la sibuk sehingga kini dan saya masih belum dapat banner tersebut. Undilah En. Azman kalau nak barang free.

*Hasil temubual dengan saudari Chempaka85.

Begitulah alkisahnya episod yang menjadi tanda tanya buat semua insan di muka bumi ini. Siapakah Azman? Apakah yang menyebabkan beliau telah menimbulkan persoalan di benak otak fikiran orang ramai? Bagi yang ingin mengetahui kisah selanjutnya, sila layari Anniversary Contest, peraduan yang dianjurkan oleh Azman Ishak a.k.a Kreuger di mana hadiah yang ditawarkan memang cukup menarik. Dengan hanya mencipta, mengarang dan menulis sebuah entri berkaitan diri beliau, anda berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditaja oleh Azman itu sendiri. Untuk keterangan lanjut, sila layari Anniversary Contest dan jangan lupa untuk subscribe blog ini bagi melayakkan anda mendapat hadiah berupa update terbaru blog Anarm Network. Sekian.

P/S: Maaf sekiranya entri ini ada menyinggung mana-mana pihak. Segala penulisan pada entri ini adalah rekaan semata-mata. Sambung buat kerja. Uhhh! Takde idea! Arrghh…

* Nota kaki cagu penulis

anarm is updating

Jam 4:24 AM, tanpa berbaju, hanya memakai boxer yang lusuh dek kerana sudah 3 hari tak basuh , di sini jari jemari aku mula menaip di blog yang sudah sekian lama dibiarkan bersawang tanpa update. Aku kebuntuan idea untuk menulis, untuk mengarang, ditambah pula dengan kerja yang berlambak berbukit bergunung yang perlu disiapkan. Pada pagi yang suam-suam kuku kaki ini, idea untuk update blog ini muncul setelah aku melakukan upacara berjalan menggunakan jari ke blog kawan-kawan yang aku kenal di dunia maya semenjak aku mula menjejakkan jari di dunia Blogspot, dan sehingga kini mampu berada di rumah sendiri (tapak masih menyewa). Alhamdulillah!



Entri lain yang mungkin berkaitan:


Tentang Anarm

Biodata lengkap di page 'Siapa Anarm'. Suka luangkankan masa di Twitter & Facebook. Jika anda suka dengan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda!

Google Keyword: , , , , , ,


Pengiklanan
Score A Programme Make Money with Twitter Make Money on Twitter Rahsia MasKahwin Yang Hilang
Laptop percuma untuk dimiliki
Rahsia Anak Pandai

Tinggalkan komen anda

21 komen telah diterima untuk entri “Azman Macam Hulk?” ni

Trackbacks & Pingbacks

  1. Kill-Vearn says:

    fuh akhirnya ko wat gak contest azman eh… yg tak tahan cilok menda dari entri menteil n chempaka.. miahahaha… takpe2, idea bernas tuh… moga2 dapat la ko ape2 adiah, tapi aku tetap nak keris.. miahhahaa…

    Entri Kill-Vearn yang terbaru di blog beliau.. My Birthday Wishlist

    [Reply]

    anarm reply:

    @Kill-Vearn, wohohooo.. keris ade berape bro? aku nk keris jugak.. yg lain aku tak bekenan.. hehe :hik-hik:

    [Reply]

    menteil reply:

    @anarm, anda tidak dibenarkan memilih hadiah.. sekian..
    haha…
    yang pasti keris aku punya… haha… gurau jer..

    Entri menteil yang terbaru di blog beliau.. Hatinya Selembut Tisu

    [Reply]

    anarm reply:

    @menteil, nampaknye persaingan sengit utk berebut keris.. takleh jadi ni.. :aku-bunoh-ko:

    [Reply]

  2. Kreuger says:

    muahahaha…. gile ar. sorry ok… Aku bukan Azman,
    but the other side of him. So, same jugak macam
    dengan entri kat menteil… Azman suruh aku berkomen
    kat sini bagi pihak die… walau macam mane pon,
    nko jangan takut.. die tengah tersengeh sengeh dikala
    aku disuruhnye membalas komen kat blog ni. Sambil
    sambil apa yang aku cuber perkatakan akan ditokok
    tambah olehnye sebagai penyedap ayat…

    Fuh.. panjang gile intro yang die suruh aku buat kat
    blog nih.

    ok.. masuk ke bab penceritaan…

    antara temubual hang dengan en. menteil.. kebanyakkan
    mereka juga berkata begitu. same jugak dengan aku…
    menjadi hairan tentang tingkah laku si Azman ni, kalau
    die dah start mengarang. Xceli karangan yang dibuat
    bukan untuk blognye… tapi dihabiskan segala idea
    yang ade untuk ruangan komen pada blog orang lain…
    hahaha… penyudahnye, mule la bile org komen panjang
    sikit kat blog die.. die dah tadek idea nak balas balik.
    padan muke… hehehe~

    berlainan pulak dengan temubual yang kedua. mangsa kejadian
    menyatakan yang si Azman ni suke buat logo dan baner.
    keh keh keh.. tak bleh blah dowh.. kegilaan si Azman ni
    membuat logo memuncak selepas raya haji tahun lepas, dimana
    die berjaya la buat beberapa editing gambar menggunakan
    photoshop. Katenye lagi.. dia memang dah lame nak belajar
    photoshop.. masalahnye pasal kekangan mase. Jadi kebetulan
    pulak mase raye haji tempoh hari.. die bercuti panjang.
    abis semua perkara pasal tempat kijer die lupakan… terus
    saje memberi tumpuan dengan segala tutorial photoshop yang
    ade kat dalam internet ni. Meskipon kengkawan blogger tau
    yang si Azman ni kurang paham bahase inggeris.

    Bermula dari situ… die mula buat logo dan banner untuk
    blog kengkawan maya die secara percuma. sebab die kate
    rugi kalau tak cube buat perkara tuh.. lagipon dengan kaedah
    macam tu… die boleh dapat respond dari pembaca blog die
    dari komen yang mereka berikan… *skema abis ayat aku~

    apa yang die kate tak tahan bile bace entri kat sini, nko
    siap promote lagi pasal contest die.. hahaha terharu beb
    die cakap kat aku… :crying:

    sekurang-kurang nko ade gak idea nak menulis kan. masalah
    sebelum ni… azman kate… die mungkin terlepas pandang
    kat blog hang mase die ade kat blogspot satu ketika.
    Segala kekurangan dari si Azman die berkate yang die
    memohon sepuluh jari.. hehehe… *sewel dah hagaknye.

    ERm… sebenarnya aku tau… die masih rindukan suasa
    hu ha hu ha kat blogspot tuh… aih… entah laa beb.
    aku harap satu mase nanti si Azman ni, update balik
    blog lame die. hehehe~ :hik-hik:

    Entri Kreuger yang terbaru di blog beliau.. Mini Gathering

    [Reply]

    anarm reply:

    @Kreuger, aloh laa.. panjang giler komen.. bleh buat entri baru kt blog.. huhuu.. komen anda yg terpanjang dlm blog ini.. tahniah :hik-hik:

    [Reply]

    hydir reply:

    @Kreuger, mmg aku juga rindukan Krueger
    the dark side of Azman …muahahaha

    Entri hydir yang terbaru di blog beliau.. Sketsa: Interview kerja yang mantap!

    [Reply]

  3. loq says:

    semoga menang…hehe

    gua tak sempat2 mau join
    wuhuuuu~~

    Entri loq yang terbaru di blog beliau.. Kabinet Baru 2009[Kabinet Rakyat]

    [Reply]

    anarm reply:

    @loq, join la bro.. sempat lg ni..

    [Reply]

  4. wandisini says:

    salam tuan rumah

    aku datang ni sbb nak memerhati dan juga membuat intipan serta memasang strategi untuk memerangkap keris dan segala macam hadiah azman tu

    Entri wandisini yang terbaru di blog beliau.. Isu Bola Sepak Kelantan

    [Reply]

    anarm reply:

    @wandisini, huhu.. strategi yg bagus.. menyamar dan masuk ke dalam kubu pihak musuh.. bagus! ko memang berani.. ahhaha :heheh:

    [Reply]

  5. Jaws says:

    humang ai..
    panjangnya..
    mengampu ker aper nih?
    hehehe..
    bajet boleh menang laa nih?
    hahaha..

    Entri Jaws yang terbaru di blog beliau.. Cabaran Affiliate Pakej Newbie IM

    [Reply]

    anarm reply:

    @Jaws, ade rezeki mana tau bleh menang.. tp aku nk nombor 2.. taknak nombor 1.. hehe :hik-hik:

    [Reply]

  6. hydir says:

    hoho .. ko join jugak kontest Azman tu ya
    harap random generator tu kerja kuat nak bagi kita semua menang :)

    Entri hydir yang terbaru di blog beliau.. Sketsa: Interview kerja yang mantap!

    [Reply]

    anarm reply:

    @hydir, yup.. harap ia memilih aku sebagai pemenang.. heheh :heheh:

    [Reply]

  7. Marzuki says:

    sape xkenal azman memang tak sayang nyawa la. sama macam knizam, tak update shari tak sah.

    :seraammm:

    Entri Marzuki yang terbaru di blog beliau.. 9 Transformation Pack Untuk Windows XP

    [Reply]

    anarm reply:

    @Marzuki, hehe.. ade je idea diorang update blog.. respected! tabik spring toing toing toing..
    :hik-hik:

    [Reply]

  8. Chempaka says:

    Uiks… Ini mcm kena bayar royalti ni… Hehehe…

    [Reply]

    anarm reply:

    @Chempaka, errkk.. tak bayar pn xpe.. ikhlas.. hehe :hik-hik:

    [Reply]

  9. adol says:

    huhuhu, azman, azman, azman…. itu lah dia.. hahaha

    Entri adol yang terbaru di blog beliau.. SEJARAH PERNIAGAAN AKU… PAKEJ NEWBIE IM BANYAK MEMBANTU

    [Reply]

    Anarm reply:

    @adol,
    yup.. itulah azman..

    [Reply]

Leave a Reply

IP anda telah direkodkan : 38.107.191.92

CommentLuv Enabled

More in Santai (5 of 5 articles)

Switch to our mobile site