Author Archive

Bila Islam Hanya Pada Nama

Islam hanya pada nama

Assalamualaikum.. Hari ni kita lihat umat Islam ramai yang bergelumang dalam dosa dan terpedaya dengan nikmat dunia. Walaupun kita ni beragama Islam, tapi Islam hanya pada nama. Ajaran Islam tak banyak yang kita buat (dan ada juga yang tak pernah buat). Bila berseronok sampai kita lupa pada batas-batas dalam ajaran Islam.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. – H.R al-Baihaqi

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,

Expo Buku 1Malaysia di PWTC (1-6 Feb 2012)

1Malaysia Book Expo

1Malaysia Book Expo

Assalamualaikum.. 1Malaysia Book Expo 2012 kini sedang berlangsung di PWTC. Event bermula dari 1 FEB 2012 hingga 6 FEB 2012. Mesti meriah event ni sebab orang Malaysia kita kan ramai yang suka baca buku atau boleh juga digelar “ulat buku”. ULAT BULU pon ramai jugak, mesti diorang pergi ke 1Malaysia Book Expo 2012 ni sebab nak usha awek-awek universiti. Kan? :tongue:

Expo buku ni diadakan khusus untuk pelajar-pelajar IPT dan Pra-U yang telah mendapat voucher buku 1Malaysia. Dengan penggunaan voucher tersebut, korang akan mendapat potongan harga (diskaun) sehingga 70% bagi setiap pembelian buku. Tak semestinya beli buku pelajaran je. Buku-buku lain pon boleh beli guna voucher buku tu.

read more »

keywords: , , , , , ,

Ubat Gigi Untuk Perokok

Ubat Gigi untuk Perokok

Assalamualaikum.. Hari tu aku balik kampung lupa nak bawa berus gigi dan ubat gigi. Lepas tu kena bebel dengan mak aku sebab lupa benda penting tu. Berus gigi dan ubat gigi ni sangat penting untuk menjaga kebersihan gigi dan juga mulut kita. Bila gigi dan mulut tak bersih, senang dapat penyakit. Jika kita kunyah makanan, kita kunyah sekali dengan kuman. Lepas tu telan masuk dalam perut. Sebab tu senang dapat penyakit. Ingat! Kesihatan Bermula Daripada Gigi Yang Sihat.

Gigi yang bersih dan sihat juga mencerminkan personaliti individu. Bila aku pandang cermin tengok gigi aku, nampak sangat aku ni seorang PEROKOK. Gigi kuning! Lepas tu kononnya nak manja-manja la dengan mak. Sambil tunjuk gigi aku cakap, “Mak! Gigi kuning“. Terus kena bebel lagi dengan mak aku lepas tu. Haha.. Kebetulan abang aku ada kat situ (juga seorang perokok), dia pun rekemen ubat gigi ZACT LION Smokers yang dah pun berjaya buat gigi perokok dia tu kembali putih.

read more »

keywords: , , ,

Dah Jadi Tunangan Orang

selamat bertunang

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, urusan meminang anak orang dah pun selesai. Dengan rasminya aku dan si dia dah pun mengikat tali pertunangan pada 24 Januari 2012. Rasa seronok, tapi yang tak best asyik rasa berdebar-debar masa pergi ke rumah mak ayah dia hari tu. Rupanya takde la susah sangat pun nak meminang dan bertunang.

Majlis bertunang kitorang buat secara kecil-kecilan je. Aku ikut sekali time tu. Dok diam je kat belakang. Hehe.. Abah aku cakap-cakap sikit, kemudian tanya berapa jumlah hantaran yang pihak perempuan minta. Bila semua dah setuju, terus berbincang tarikh untuk disatukan. Takde dah main “Dua tiga kucing berlari” atau “Empat lima ayam berjoget“.. Melambatkan masa je main berbalas pantun. Lepas tu, jamu selera makan tengahari sambil berbual kosong.

read more »

keywords: , , , , , ,