
Siapa yang tak balik beraya kat kampung tahun ni? Angkat keyboard. Jangan sedih-sedih ya. Hari Raya kena happy happy, tak elok bermuram durja. Huhuu.. Terasa gembira bila selamat sampai di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ayahanda dan bonda serta adik-beradik yang lain. Setahun aku tak balik kampung sejak raya tahun lepas. Rasa berdosa pulak diri ni sebab jarang berhubung dengan ayahanda dan bonda. Tahun ni, aku cuti raya selama seminggu. So, aku nak abiskan masa free ni untuk makan kuih raya bersama keluarga yang tercinta.
Raya tahun ni, macam biasa, sama macam raya tahun-tahun lepas, aku beraya di Teluk Intan. Ramai yang tanya aku ni org Teluk Intan ke? Orang Perak ke? Dah penat aku nak menjawab. Apa kata korang tengok je kat page About dalam blog aku ni.
Aku tengok banyak blog yang dah mula giat bertukar-tukar kad raya. Blog aku ni je yang takde share kad raya. Kebetulan pulak esok dah raya. So, aku luangkan masa sikit design kad raya bodo-bodo. Sudilah kiranya korang terima kad raya tak seberapa dari aku ni. Ingat nak design untuk 2 page. Sebab busy dengan kerja-kerja lain, terpaksa design 1 page je kad raya ni.

Di kesempatan ini, Anarm.Net ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua pengunjung blog ni. Segala salah dan silap harap dimaafkan. Dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Selamat menyambut raya. Makan tu jangan sampai tak ingat kat orang lain. Makan sikit-sikit, jangan gelojoh. Bila dah kenyang, boleh la balik rumah, jangan nak penuhkan lagi perut tu dengan kuih-muih. Kenyang melampau boleh menyebabkan penyakit ok.. Jagalah kesihatan. Setakat ni je, sekian. Assalamualaikum.


















Powered by WordPress
selamat hari raya anam, maaf jika ada kata yang terkasar dan perkataan yang menyinggung perasaan. nt kita jumpa lagi. haha
[Reply]
Anarm reply:
September 20th, 2009 at 10:35 PM
@LUTHTEXTILE: ok.. aku pn sama. mintak maaf byk2 andai ada terkasar bahasa, salah silap..
[Reply]
selamat hari raya bro..
Post terbaru Jaws di blog beliau.. Selamat Hari Raya!!! 
mintak dihalalkan semua benda yer?
haha…
semoga ceria selalu!!!
[Reply]
Anarm reply:
September 20th, 2009 at 10:36 PM
@Jaws: yela.. halalkn yg terlebih / terkurang.. kalo hutang tu xleh kot.. kehkeh
[Reply]
nam, epi eid mubarak.. maaf zahir sahaja.
Post terbaru yed di blog beliau.. ehh, raya lah pulak 
berhati2 di jalan raya.. ingatlah orang yang tersayang.. lagi? balik je la.. nak pesanan penaja plak..
[Reply]
Anarm reply:
September 20th, 2009 at 10:37 PM
@yed: ko yg bg pesanan penaja kan.. haha
[Reply]
salam aidilfitri!
;)
[Reply]
Anarm reply:
September 20th, 2009 at 10:37 PM
@dhiyafaris.com: selamat hari raya bro.. maaf zahir dan batin.. 0-0
[Reply]
salam lebaran~
selamat hari raya~
Post terbaru beliamuda di blog beliau.. Laungkan Takbir Tanda Kemenangan dan Kesyukuran
[Reply]
Anarm reply:
September 20th, 2009 at 10:38 PM
@beliamuda: salam aidilfitri.. pasni bukak buku baru..
[Reply]
camat aye nam. na uet aye!
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:43 PM
@eyra: samat hari raye..
[Reply]
selamat hari raya bro
:)
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:43 PM
@loq: ok2.. selamat.. selamat..
[Reply]
Waalakumusalam.
Post terbaru Hafidz di blog beliau.. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Anarm! =)
Maaf Zahir & Batin.
Moga meriah sakan beraya di Teluk Intan~
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:44 PM
@Hafidz: x raye sakan pn.. raya pertama gi umah sedara.. raya kedua aku dah start membongkang smpai tengahari baru bangun.. kahkah
[Reply]
Anarm,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Terima Kasih sebab kunjung ke RestNrilekS. Lama tu cuti seminggu. Boleh rehat-rehat tu
Rizal pun cuti seminggu juga, tapi baru dua hari, dah letih dah ngadap lauk raya. Hehe.
Kuih Raya ni syiok bila makan dah 3 minggu nak sebulan hari Raya. : )
Post terbaru Rizal di blog beliau.. RestNrilekS on Live Blogging : kubur
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:45 PM
@Rizal: ok, memang suke lawat blog2 baru.. tengok blog org asyik ade je entri baru.. blog ni plak asyik xde entry baru.. xde idea.. huhuu
[Reply]
rizal reply:
September 24th, 2009 at 4:41 PM
@Anarm, tak pa. Blog tu kira berehat jugak. blog tu bila-bila pun boleh sambung balik. eheh
[Reply]
[...] raya kat atas ni aku curik ambil kat blog pakwe aku Anarm.Net. Dah berapa kali raya dah aku raya berjauhan dengan dia. Insyaallah satu hari nanti kitorang dapat [...]
salam aidilfitri bro.
Post terbaru aman di blog beliau.. GladlyCast Kini Menyokong Plurk
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:46 PM
@aman: selamat hari raya aman.. aman? anam? dekat2 sama plak nama kite ek.. kehkeh
[Reply]
Selamat Hari Raya Anarm…Taqabbalallahu minna wa minkum

saya pun org Teluk Intan gak…keh3x
Post terbaru muhammad fakhruddin di blog beliau.. Ramadan Yang Emosi & Kisah Di Aidilfitri
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:46 PM
@muhammad fakhruddin: teluk intan celah mane bro? aku kt chenderong balai.. jauh gak la dr teluk intan tuu..
[Reply]
muhammad fakhruddin reply:
September 24th, 2009 at 6:06 PM
@Anarm, area pekan baru
belakang skola raja muda musa tu
Post terbaru muhammad fakhruddin di blog beliau.. Akhlaq Kita: Jalan Raya = Internet
[Reply]
Dah abis raya dah.. Cuma aku still cuti2..
tido je keje/
Post terbaru zool di blog beliau.. Hilangnya seri Hari Raya
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:47 PM
@zool: aku pn dh abih raya.. raya pertama je raya sakan.. tu pn xtau bleh dikategorikan sakan ke x sbb 3 4 bijik umah je aku pegi.. tak besh.. xleh duit raya
[Reply]
Aww.. Duk teluk intan.. Apsal x roger.. Leh lepak ipoh beraya.. Wahahah..
Btw selamat ari raya.. Kuih Almond London aku tempah 2 bulan lepas bila nk pos?
Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Raya oiii.. Wahahaha.. 
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:49 PM
@KertaZ: jauh gile nk gi ipoh.. dh sama jauh aku nk balik kajang.. huhuu..
bile masa lak ko tempah almond london ngn aku? aku plak mane de jual kuih-kuih.. ko silap kedai ni..
[Reply]
Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga,
Mohon maaf atas segalanya.
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Aku pun confuse?? ko ni org kelate ko perok?? bole kecek kelate dok?? bg aku kalu bole kecek kelate gak org kelate la tu…
aku pun hanyalah org kelate celup, lahir kt pahang dan dibesarkan di kelantan. Dan skrg still stay kelantan forever setakat ni
Post terbaru aktechpage.com di blog beliau.. Perihal Otak Kita
[Reply]
Anarm reply:
September 24th, 2009 at 1:50 PM
@aktechpage.com: aku sero aku ore kelate sbb suko tino kelate, comel2.. haha. aku dok jah perak ni tp kecek kelate bleh lg.. tp jange tubik kelate pekat doh la.. gewe aku sokmo tubik ayat kelate hok pelik2.. aku jela sero pelik nyo.. hahaha..
[Reply]
selamat ari raya bro……
Post terbaru matju2509 di blog beliau.. Install Acer Launch Manager Pada Windows 7 
[Reply]
wahhhh balik teluk intan eh
dah lama tak pekena cendol yang ada tukang buat dia pakai bow tuh. klasik giler ah. hehe :)
Post terbaru KNizam di blog beliau.. Sydney Dilanda “Red Dust Storm” Yang Teruk!
[Reply]
Anarm reply:
September 27th, 2009 at 12:08 AM
@KNizam: tu kat kedai mane ek? kt pekan dekat menara condong tu ke? aku jarang mkn kedai kalo balik kampong.. mkn yg mak aku masak je.. terbaik!
[Reply]
salam..
sifoo,bila nk update nie?haha..
cpt2…
Post terbaru oh!dawie di blog beliau.. Jom Buat Kad Raya Sendiri…!!
[Reply]
Anarm reply:
September 27th, 2009 at 12:08 AM
@oh!dawie: dh update dah.. welcome to another world.. hahahha
[Reply]
terlambat pula nak ucapkan.sekarangkan masih bulan syawal lagi.
jadi tak terlambatlah nak ucapkan selamat hari raya………..
Post terbaru safar di blog beliau.. Daftar Blogspot ringkas
[Reply]
Anarm reply:
September 27th, 2009 at 12:09 AM
@safar: takpe2.. selamat hari raya.. maaf zahir batin.. kite raya sebulan.. sempat lg ni..
[Reply]
Selamat hari raya Anam.
Post terbaru Eriyza di blog beliau.. Undian Tentang Topik Pilihan 
Maaf zahir dan batin.
[Reply]
Anarm reply:
September 27th, 2009 at 12:09 AM
@Eriyza: selamat ari raya sis.. mintak maaf byk2 kalo ade terkasar bahasa dlm komen kt blog.. hehee.. maaf zahir batin..
[Reply]
kat teluk intan ye, dekat kampung aku la, kat bagan datoh…
[Reply]