Seminar Buat Duit dengan Blog

Hati-hati Upload Gambar di Internet

15

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 8 February 2012 { 15 komen }

   
super impose gambar facebook Hati hati Upload Gambar di Internet

Gambar yang boleh menimbulkan fitnah

Assalamualaikum.. Malam tadi sebelum tidur macam biasa aku layan tengok Facebook sekejap. Kemudian ada ternampak satu gambar tak senonoh di Facebook. Ada hamba Allah yang telah menyalahguna ilmu Photoshop (atau perisian image editor yang lain) yang dikurniakan kepadanya dengan meng’edit’ gambar yang boleh menimbulkan fitnah! Astaghfirullahal’azim..

Aku nak ingatkan kepada kawan-kawan sekalian, hati-hati bila upload gambar di internet. Aku tengok ramai rakan internet yang upload berpuluh-puluh, malah beratus-ratus gambar peribadi dalam akaun Facebook mereka. Bukan tak boleh, tapi pandai-pandai la fikir apa akibatnya kalau ada yang buat khianat pada gambar kita tu. Zaman sekarang ni maklum saja lah, ramai dah pandai guna Adobe Photoshop. Tak mustahil ada salah seorang daripada rakan internet kita tu jenis yang suka ‘tikam belakang’ atau dengki pada kita.

Sepanjang aku habiskan masa dalam dunia internet ni, banyak aku tengok gambar yang dah diubahsuai oleh insan-insan tak bertanggungjawab. Daripada gambar awek bertudung, diedit jadi tak pakai tudung. Yang sempurna berbaju pula diedit sampai tertanggal semua baju, telanjang bulat. Macam-macam lagilah. Kalau jadi macam tu kat gambar kita, apa agaknya tindakan yang boleh kita buat? Aku rasa tak boleh nak salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri sebab semuanya berlaku atas ‘kepandaian’ kita sendiri yang upload gambar tu di internet.

Isu upload gambar di internet ni rasanya daripada dulu lagi hangat diperkatakan, ditulis di blog-blog dan sebagainya. Tapi macam biasa la, keinsafan dalam diri tu ada musimnya. Bila musim orang share info tentang isu atau perkara ni, kita pun mula rasa insaf, baru sedar kesilapan kita. Bila isu ni dah lama sangat terdiam, rasa insaf kita tu entah ke mana menghilang lepas tu kita pun mula balik upload gambar masuk internet, kononnya taknak orang kata yang kita ni berfikiran kolot sebab tak ikut trend upload gambar di Facebook.

Bila tengok video ceramah Ustaz Azhar ni aku teringat kisah yang tunang aku pernah cerita kat aku. Masa study dulu ada seorang member aku marah dia sebab tak tutup aurat (rambut). Padahal tunang aku dah tutup kepala dengan tuala kecil masa keluar sekejap dari asrama perempuan nak pergi ambil makanan yang dia order (delivery) kat depan asrama. Masa tu kitorang study kolej yang sama. Sekarang ni, awek member aku tu pulak (dah jadi isteri dia) yang dulunya pakai tudung, sekarang dah tak pakai tudung. Dulu bukan main lagi marah tunang aku. Sekarang isteri sendiri tak pakai tudung takde pulak dia nak marah. Dalam Facebook bersepah gambar isteri dia dok tayang aurat kat orang ramai. (Aku tertengok) whistling Hati hati Upload Gambar di Internet

Aku harap semoga timbul kesedaran dalam diri member aku tu dan juga rakan-rakan di internet semua. Jangan hanya fikir apa yang boleh berlaku pada gambar tu saja, fikir juga dosa yang kita dapat bila ada berlaku perkara yang berkait dengan isu-isu macam ni. Kalau kita Islam, buat cara sebagai orang Islam. Jangan terlalu ikut sangat dengan trend masa kini yang sesetengahnya terang-terang boleh nampak kesan buruknya…


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , , ,

15 komen -- Hati-hati Upload Gambar di Internet

  1. kartikel.com says:

    sekarang ni bahaya gak upload gambar elok, orang dok potosop jadik tak elok
    Jom baca entri terbaru blog kartikel.com.. Berbohong Boleh Menyebabkan StrokeMy Profile

    Reply

  2. Lawrence Vision says:

    Tutup tak tutup rasanya bergantung pada seseorang…apa yang penting kena jaga penampilan la
    Jom baca entri terbaru blog Lawrence Vision.. Rapoo 3500 Wireless Laser MouseMy Profile

    Reply

  3. sjiehan says:

    org muda remaja buat x kisah je benda ni berlaku…

    isk3… habis gambar org…

    Reply

  4. Empayarutama says:

    Terima kasih, nanti saya nak pinjam gambar tu untuk entri saya, boleh yea
    Jom baca entri terbaru blog Empayarutama.. Jujurlah Padaku…My Profile

    Reply

  5. zaki says:

    Dahsyat photoshop nie.. kalau salah guna.. jadi ilmu yang tak bemanfaat! terima kasih peringatan yang sangat sangat berguna ni anarm.net
    Jom baca entri terbaru blog zaki.. Why You Should Never Remove The Cover Of A Computer Hard DriveMy Profile

    Reply

  6. Fahmi Raazali says:

    Orang dengki yang negatif dia rajin buat dajal dengan orang. hehe…

    Ilmu photoshop aku beginner saja, tak boleh lagi buat teknik2 power ni…

    Sekarang ni banyak orang tak ambil kisah pasal aurat. Lepas tu share pula dekat facebook. Tak tahulah nak kasi orang tengok aurat dia agaknya.
    Jom baca entri terbaru blog Fahmi Raazali.. Asyik Nak Menang Sahaja…My Profile

    Reply

  7. wazy says:

    Hmm memang betul,kena sentiasa berhati-hati,maklumla sekarang semua dah advance skit
    Jom baca entri terbaru blog wazy.. Dapatkan ALFA Long-Range Wireless USB Dari ALFA Network (Malaysia)My Profile

    Reply

  8. ohcikgu says:

    haa..bahaya tu. bahaya..
    jangan letak gambar sebarangan..
    Jom baca entri terbaru blog ohcikgu.. Pelajar ponteng sekolah kena denda baca Al-QuranMy Profile

    Reply

  9. Sobri Mansor says:

    Salah menuntut nih. Bukan salah guru yang mengajar. Tapi silap gunakan ilmu yang ada ke arah kemungkaran sehingga mengaibkan orang lain
    Jom baca entri terbaru blog Sobri Mansor.. Fenomena batu sungai tegak berdiriMy Profile

    Reply

  10. azman says:

    Hmm kalau org yg tak tahu pasal edit photoshop mmg akan percaya. :)
    Jom baca entri terbaru blog azman.. Wordless Wednesday # Good Morning!My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @azman, betul tu.. kemudian diorang pun sebar gambar tu kat blog2 diorang pulak.. dan fitnah jadi semakin meluas.. ish ish ish…
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hati-hati Upload Gambar di InternetMy Profile

    Reply

  11. JAI says:

    Ingat nak edit gambo anarm duduk atas pangkuan Rozita Che Wan amacam buleh..miahahaha..Serius bakat yang ada disia-siakan..Kan elok kalo digunakan secara berhemah..

    Reply

    Anarm reply:

    @JAI, salah posisi tu.. sepatutnya Rozita Che Wan yang duduk atas pangkuan.. baru best.. hahaha.. :lol: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Hati-hati Upload Gambar di InternetMy Profile

    Reply

  12. akubiomed says:

    Busuknya hati manusia buat fitnah mengunakan taktik busuk. :-(
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Cucur Kodok pengikat kasihMy Profile

    Reply

  13. yanmie says:

    Salam,

    Makasih sharing, sangat berguna entry ni, nanti nak bagi adik baca hahahaa :lol: Jom baca entri terbaru blog yanmie.. D’Mesra Seafood Klang Memang SedapMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.234.180.187

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv