
Sejak kebelakangan ni ramai yang buzz aku kat YM bagitau blog ni susah nak masuk. Kadang-kadang sampai setengah jam diorang tunggu blog ni habis loading tapi still tak habis-habis jugak. Maknanya blog aku ni berat la dodol.. Aku sendiri pon terasa yang blog aku ni berat. Berjuta-juta terima kasih aku berikan kepada semua pelawat yang sudi melawat blog hebat ni, sampai sanggup tunggu habis loading. Huhuu.. Terharu siot. ![]()
Ada beberapa blogger tegar (aku tak ingat sape) yang bagitau aku supaya tukar ke hosting lain. Diorang tolong check blog ni, dan diorang bagitau mungkin blog ni berat berpunca daripada server yang berada di US! Diorang sarankan aku langgan hosting yang servernya di Malaysia. Aku pon rasa camtu lagi bagus sebab aku berblogging ni dalam Malaysia, untuk orang Malaysia, so apekejadahnya server di US?! Kan? Tapi aku pelik. Aku langgan hosting sekarang ni memang dari Malaysia, tapi kenapa server di US pulak? Hmm.. Masa beli hosting ni memang aku tak tau apa-apa tentang hosting berbayar. Silap aku sendiri kot.
Aku dah beberapa hari dan mungkin dah beberapa minggu dok survey, cari hosting baru yang sesuai. Bila aku tanya orang, macam-macam jenis hosting yang diorang kasi. Aku dah pening. Aku tak kisah harga hosting tu mahal sikit. Tapi jangan mahal sangat dah la. Aku bukan orang kaya. Setakat ni ada yang recommend aku host blog ni di DataKL, NetKL, Fivio, Sepakuhosting, banyak lagilah. Jenuh aku nak sebut semua. So, kat sini aku nak mintak la pandangan korang, tolong recommendkan kat aku hosting yang korang rasa terbaik. Aku malas dah nak pindah-pindah rumah lepas ni. Jasamu dikenang!
Anarm mula merangkak dari Blogspot dan kini dah pandai melompat menggunakan WordPress.org (self-hosted). Bangga jugak la walaupun time mula-mula tu tak tau apa-apa pon tentang hosting berbayar dan jugak WordPress. Hari-hari study, try and error kat hosting 000webhost.com dulu sebelum jahanamkan hosting yang aku beli. Haha.. Yang masih menggunakan Blogspot, bila lagi nak beralih ke WordPress? Berbaloi-baloi.. Tak reti? Aku boleh, takkan korang takleh kot..
Di samping nak berpindah hosting, aku jugak nak pindah rumah. Rumah sekarang ni boleh dikatakan ok la. Tapi yang membebankan aku dia punya bil eletrik dengan bil air, still lagi mengikut tarif office. Rumah aku sewa sekarang ni sebenarnya lot office. Sebab tu la bil dia ikut tarif office, cukup bulan memang banyak la kena bayar. Kalau ikut tarif rumah kediaman, bil dah tentu lebih murah. Bil air pulak dah tentu tak kena bayar sebab Selangor kan bagi air percuma untuk beberapa liter yang dah ditentukan. Aku guna air memang tak pernah lebih daripada limit tu. Elektrik pon sikit je guna memandangkan aku dok sorang je kat rumah ni.
Aku dah bagitau owner rumah mintak dia tukarkan tarif tu secepat mungkin, tapi dah lebih 6 bulan rasanya takde apa-apa tindakan yang dibuat. Terpaksa la aku cari rumah lain. Ni la perangai kaum Melayu! Tu je aku nak tekankan. Yang mana terasa, lantak korang la.. ![]()
Entri Lain Yang Menarik:
- Happy Birthday Sweet 27
- Permohonan Untuk Berkahwin dan Ujian HIV
- Filem The Avengers Best Giler
- Abang Ipar Kemalangan Teruk
- Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat......






















gua rekomen serverfreak.. diperakui oleh chokilala,khai,megat,knizam, dan kak jie.. hohohoho
.-= Post terbaru topo di blog beliau.. jom main teka gambar… =-.
[Reply]
topo reply:
August 20th, 2009 at 7:48 AM
@topo, hoho tapi kan… server gua bawah serverfreak tu pon kat US gak.. hohoho
tapi kalo customer baru cam chokilala dia bagi server kat selangor.. sekian terima kasih.. hohooh
.-= Post terbaru topo di blog beliau.. jom main teka gambar… =-.
[Reply]
Anarm reply:
August 20th, 2009 at 11:18 AM
@topo,
web-hosting.net.my dengan serverfreak.com tu hosting yg same ek? Serverfreak akan aku masukkan dlm list.. thanks
[Reply]
Nak cadang suruh beli hosting yg mana pun tak tau, sebab ada kelebihan dan kelemahan.
Jadi, aku cadangkan pilih syarikat yang dah lama menyediakan pakej webhost ni. Dan mempunyai kontek yg terperinci. Mudah untuk masa akan datang. Support yang bagus, cepat dan memahami kehendak pengguna.
Itu saja.. kalo ada apa2 tambahan, lepas ni tambah. ok.
.-= Post terbaru arynet di blog beliau.. Rukun Puasa =-.
[Reply]
Anarm reply:
August 20th, 2009 at 11:19 AM
@arynet,
orait.. terima kaseh.. pening kepala btol nk pilih hosting yg terbaik.. hmmm
[Reply]
ngee…

hehe..
mana ade berat org view blog dia..
ok je..laju je dia loading..
xtau nak suh dia guna hosting ape
org pun br lg dlm dunia ni
hehe..duk pun kat blogspot je
dh maju ckit nnt br nak lompat2..
.-= Post terbaru nzms_ein di blog beliau.. happy birthday =-.
[Reply]
Anarm reply:
August 20th, 2009 at 1:33 PM
@nzms_ein,
xpe2.. nanti dh pandai lompat bleh la ade hosting sendiri.
lepas dpt keje kot bleh beli hosting.. hmmmm
lalalala~
[Reply]
nzms_ein reply:
August 20th, 2009 at 1:35 PM
@Anarm,
hehehe..tau xpe
ni pun byk lg nak kena blaja
bila la nak keje ni..adeeii
.-= Post terbaru nzms_ein di blog beliau.. happy birthday =-.
[Reply]
kalau aku dok tempat ko pon…pening kepala..
.-= Post terbaru MyDailyBlog.Info di blog beliau.. Analisis dan Analisis ! =-.
[Reply]
Anarm reply:
August 21st, 2009 at 1:14 PM
@MyDailyBlog.Info,
tau xpe.. memang tgh pening kepala pn skang ni..
[Reply]
ko wat jer server @ hosting sendiri..wakakakka..entah la..
aku setakat ni msh berkeyakinan ngn sepaku..sbb die nye support customer best..aku YM x pon kol trs die watkan ape yg aku nak…dulu mase kene hack pun die tlg aku settlekan skang aku nak kosongkan blog aku pon just ckp YM trs die watkan…
Terpulang la kpd ko mmlh…
[Reply]
Anarm reply:
August 21st, 2009 at 1:17 PM
@shafie.biz,
buat server sendiri?
reti plak aku kn?
kang ade gak aku beli dedicated punye ni kang..
[Reply]
Aku rasa mcm kenal jer orang yg tlong check kt mana server blog ko ni..
.-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Phishing? Apa tu? =-.
Biasa la.. Rmai org nk cari hoster yg murah tp lupa nk tengok detail2 hoster tu.. Contoh mcm aku dah 3 kali tuka hoster.. Nsib baik Suhz recommend DataKL.. Sblum aku nk pindah ke DataKL aku anta byk support ticket tnya macam2.. Dari A smpai Z.. Dah puas ati aku pusing2 google plak tengok review site yg guna DataKL.. 2 ari aku pusing2 google smua review aku jumpa positif feedback..
Recommended = DataKL.. Support & Uptime = Excellent.. Datacenter = KL ker cyberjaya ntah..
Fivio baik ko reject siap2.. Ko tgok TBD baper kali down? Lahai.. Tembak jer Ficio tu ngan M-16..
NetKL aku x tau mcm mna.. Sepaku hosting mmg aku reject siap2.. Jgn tnya knapa..
[Reply]
Anarm reply:
August 21st, 2009 at 1:18 PM
@KertaZ,
aku pn ingt nk pkai DataKL..
member aku ramai yg rekemen DataKL..
tp yg paling murah pn dpt host 1 domain je kn?
aku nk bleh taruk 2 3 domain pn ok laa..
[Reply]
bil api n air utk selangor yg bawah rm20 takyah bayo.. dulu before ada stremayx mmg aku tak penah bayo lektik.. tapi lani ades, kene kaw2 nya.. haha.. air tetap free.. bestnya..
aku pon nak pindah host bulan mac ni..
.-= Post terbaru Kill-Vearn di blog beliau.. Ramadhan Kembali: Selamat Berpuasa =-.
[Reply]
Anarm reply:
August 21st, 2009 at 1:20 PM
@Kill-Vearn,
tu la pasal.. bwh pada 20 memang xyah bayor..
(RM20 ke 20m3 bro?)
skang smpai je bil.. RM36..
sampai bil lg.. RM36..
what the fuck!!
[Reply]
@Anarm, Pkai pakej dataone dpt host 6 domain.. baru Rm145.. Ok la 2.. Aku pun nnti nk upgrade.. Tgok ah klau ada rejeki.. Amin..
.-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Phishing? Apa tu? =-.
Aku recommend DataKL dengan ServerFreak.. Btw ko tengok pakej dua2 hoster ni.. Aku rasa DataKL lagi bgus.. Space ngan Bndwidth lagi byk dari serverfreak.. Feature lain sama jer..
One more thing.. Slalunya hoster yg bagi harga murah ni byk con’s dari pro’s..
[Reply]
Anarm reply:
August 21st, 2009 at 10:28 PM
@KertaZ,
tu laa.. aku ingt nk pkai DataKL..
pasal member aku ramai yg rekemen yg tu..
diorang ckp terbaik..
RM145 kira ok la tu.. lagipon bayar utk setahun..
takkan tu pn kemut.. kan? kan?
[Reply]
Service mantap beb.. Blog aku ilang db aritu.. Anta support ticket kul 2~3 pagi.. Ada lagi staff DataKL yg idop.. X smpai 20min db dah restore.. Btw x silap aku diorang buat backup hari2.. So agak selamat la klau site ada error apa2 ker.. Kna hijack ker..
Bt PC sndiri jadi webserver mmg senang.. Tp klau x secure say babai la klau kena hijack.. Wataaaa..
.-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Ramadhan datang lagi.. =-.
Tp klau kudukut sangat buat PC sndiri jer jadi webserver.. On PC 24jam.. Tp klau stimix masuk air ko pun msti kuar asap pnya..
[Reply]
[Reply]
Anarm reply:
August 23rd, 2009 at 10:32 AM
@Luth Textile,
ko pindah rumah mane?
[Reply]
Luth Textile reply:
August 23rd, 2009 at 10:39 AM
@Anarm, pindah rumah WP la. lalala.. nantikan!
.-= Post terbaru Luth Textile di blog beliau.. 1 Ramadhan dan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir =-.
[Reply]
Anarm reply:
August 23rd, 2009 at 8:52 PM
@Luth Textile,
xkn pindah rumah blogspot ye tak? huhuu
[Reply]
ko dah pindah ke nam?
.-= Post terbaru dhiyafaris.com di blog beliau.. Lorem Ipsum =-.
aku pun rasa nak pindah laa..
sbb ada mslh dgn hosting skrg..
tp mcm mana nak pindah file kita ke server baru eh?
[Reply]
Anarm reply:
August 25th, 2009 at 3:35 AM
@dhiyafaris.com,
td aku ym dengan nikuve, die ckp keje2 transfer tu boleh bg pihak hosting uruskan.. kite just bg diorang access akaun kite, then semua diorang akan uruskan..
[Reply]
saya tgk sepaku hosting murah gile..
tapi best ke???server selalu down x???
.-= Post terbaru hassaidi di blog beliau.. 101 senarai DoFollow Blog =-.
[Reply]
hehe, aku sendiri pon da beralih ke WP.

aku suggest sepakuhosting
murah dan berbaloi.
.-= Post terbaru Ikhwan di blog beliau.. Percubaan pertama =-.
[Reply]
Salam ziarah & salam kenalan,
Tersinggah sini bile cari2 hosting provider. Tgh berkira2 nk pindah. Jemput datang ke blog ku yg tgh mati sbb tak pindah lagik.
[Reply]
salam ziarah..
masa nak cari hosting, tersinggah tempat ni.
aku sekarang guna sepaku, murah, diskspace dan bandwich besar.
tapi bebaru ni, server asik down ja.. FUKCC…….!!
lama ceta ni tak update, sesapa yang ada pengalaman tentang hosting murah, sila2 lah update blog ni ya.
aku pun rasa nak pindah rumah juga.
kind regard, me
[Reply]
Anarm reply:
May 31st, 2010 at 7:20 PM
@pain, hah.. tu dia.. sama la kita.. jadi mangsa server down.. huhu.. blog aku kt sepaku ade lagi yg blom pindah.. memang sakit hati asyik down je.. better cari hosting lain jela.. T___T
[Reply]
salam ,
aku dah sign up untuk laman web check uptime tu. aku nak tengok berapa lama pula sepaku down kali ni.
aku geram sesangat dengan hosting sepaku ni, tak tahu nak meluah di mana lagi ni.
sini aku nak share hosting percuma buat bloger kecil-kecilan. aku dah cuba semua hosting2 ni,.. dan yang bestnya.. service percuma ni lagi bagus dari services sepaku fukc.
1. http://malaysiahosting.co.cc <– aku ada aff dengan laman web ni. tak tahu berapa commesion dorang bagi pula.
ciri-ciri : ada cpanel, boleh guna domain sendiri, parked domain, addon domain. mysql services, php, dan ftp.
ps/ yang pasti laman ni percuma. sesapa nak belajar buat web sebelum berpindah kepada hosting berbayar, boleh lepak kat sini dulu.
2. http://byethost.com
ciri-ciri: sama ja dengan malaysiahosting tu.
3. http://www.pinghoster.com
ciri-ciri : unlimited, tapi kena tunggu owner dia approve permohonan korang dulu.
[Reply]
Anarm reply:
June 4th, 2010 at 11:53 AM
@pain, webhosting free aku penah pakai 000webhost dgn byethost je.. tu pon time mula2 nak belajar tentang hosting.. tp hosting berbayar lagi banyak function drpd free hosting.. cuma katakan tidak pada sepaku.. sepaku tak sah kalo tak down lebih daripada sejam.. huhuu..
[Reply]