Denaihati.com

Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja

Aku menang hadiah best

9

                     

Aku suka sangat hari ni.. Hehe.. Rasa bertuah betul aku tadi (semalam).. Keluar makan kat kedai mamak dengan member aku.. Layan lepak, pekena ais kosong segelas dengan nasi sepinggan.. Pastu aku naik ofis balik.. Bukak je pintu ofis, aku dengar bunyi lagu sumbang gile.. Time tu aku separa sedar sebab mengantok.. Ingat nak balik tido je..

Aku lepak dulu kejap sambil-sambil dengar lagu yang sumbang kat Rilek.net.. Web tu ada buat satu pertandingan “Teka Lagu Rosak” tadi.. Aku penah la join kejap sebelum ni, lepas tu jadi malas dah sebab lagu yang nak kena teka tu semua susah-susah.. Ada lagu yang dah jadi macam suara Chipmunks, macam suara katak.. Macam-macam lah.. Lebih kurang pukul 10 malam tadi (semalam), DJ Ell yang putarkan lagu-lagu kat radio Rilek FM.. Entah camane, time dia putarkan lagu yang dia rosakkan tu, aku rasa macam tau je lagu tu.. Macam penah dengar.. Aku pon selamba jela YM dia, bagitau jawapan teka lagu tu.. Takde rasa pape pon time tu.. Konfiden takde, yakin pon takde.. Saja ngada-ngada nak meneka..

Lepas tu aku terkejut la sebab DJ Ell bagitau aku dah jawab dengan betul.. Aku jadi blur kejap time tu.. Macam tak caye je jawapan aku betul.. DJ Ell bagitau, window YM aku dengan member aku, Bluefrog pop-up serentak.. Tapi jawapan aku lagi tepat sebab Bluefrog tersalah jawab nama artis.. Hahaha.. “Katak.. Ko nak tak hosting ni tak? Aku jual murah-murah je.. Harga member-membergelak perli

Ok.. Kat sini aku nak taruk lagu bertuah aku.. Lagu ni la yang aku dapat teka dengan betul tadi (semalam).. Hahaha.. Best giler menang hadiah.. Dah la hadiah tu benda yang aku nak sekarang ni.. Macam tau-tau je.. Hehe.. Jom layan.. Bunkface – Silly Lily

Download lagu ni kat SINI (.mp3)

Ayaakk.. Lupa lak nak bagitau korang pasal hadiah tu.. Aku dapat hadiah WEB HOSTING LINUX yang berharga RM150.. Hadiah ditaja oleh My E Tribes.. Best siot.. Memang dah lama aku kumpul duit nak beli hosting.. Rezeki aku lak tadi (sebenarnye semalam) dapat hosting dengan tak yah keluar duit 1 sen karat pun.. Errrmm… Tapi kena keluar duit gak sikit.. Nak kena beli domain.. Ada hosting tapi takde domain, takde makna jugak kan? Aku nak beli domain apa ek? .com? .com.my? .net? .my? Korang tau tak kat mana aku boleh beli domain? Nak domain yang harga dia agak murah sikit.. Aku nak .com..

Ok lah.. Nantikan kemunculan 1 lagi weblog aku yang bakal menggegarkan ruang legar internet dunia.. Hahahaha.. peace

Nota Kerongkong:
Member aku, Army4war terjerit-jerit (dia sendiri bagitau aku) lepas dengar DJ Ell umumkan aku menang hadiah hosting ni.. Dia menjadi saksi persaingan aku dengan Bluefrog.. Memang persaingan sengit la nak berebut hadiah ni.. Hahaha.. Sorry bro tak nak dengar

Rasa macam banyak ayat poyo lak entri aku yang ni


                 


Entri Lain Yang Menarik:


Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Google Keywords: , , , , , ,

 


Pengiklanan
Insentif Tunai DenaiHati.com Cetusan Suara ServerFreak Web Hosting world dream cars from various model

Tips Mudah Lulus Pinjaman

Dropbox

Tinggalkan komen anda

9 komen diterima bagi entri “Aku menang hadiah best”

Trackbacks & Pingbacks

  1. Tag itu satu penyeksaan | Khairul Anam : The Silent Blogger
  1. Silolo says:

    ahahahahha =)) mmg poyo gilerrr…

    [Reply]

  2. anarm™ says:

    hahaha.. tau xpe.. aku pemenang laa.. aku suka.. hehe

    [Reply]

  3. DJ Ell says:

    Tahniah… tahniah…. Ramai lagi yang bengang gile teke salah… aku rase xerox lagi bengang sebab dier jawap salah satu lagu rosak tuh typo error.. takde “D’” untuk D’cinnamons

    [Reply]

  4. anarm™ says:

    hahaha.. lagi bengang la kalo typo error.. mcm katak, die salah artis je.. hahaha

    [Reply]

  5. army4war says:

    tahniah tahniah.. hahaha… memang kelakar semalam.. jerit sensorang aku semalam dalam bilik.. hahaha…

    army4war’s last blog post..bosan vs suka suki

    [Reply]

  6. anarm™ says:

    tak sangka lak ko boleh jerit bile dengar aku menang ek.. mesti ko jeles, geram, bengang sgt² kat aku kan? kan? hahaha.. sape nak hosting linux? angkat tangan!!

    huh! rasa macam best je kalo aku buat competition komen paling best dalam blog aku ni.. hadiahnya, WEB HOSTING LINUX.. errr.. aku pikir dulu lah nak wat ke tak.. hahaha..

    [Reply]

  7. Tag itu satu penyeksaan | Khairul Anam : The Silent Blogger says:

    [...] dengar lagu yang membawa tuah kepada aku, SILLY LILY nyanyian [...]

  8. chokilala says:

    seronoknya dia. best betul dapat hadiah hebat. cuma teka lagu je ye? macam mana nak dengar radio ni?

    chokilala’s last blog post..Lipas pun ada rumah ke? Erk!

    [Reply]

  9. anarm says:

    hehe.. memang seronok sgt.. teka lagu kat http://www.rilek.net .. dgr lagu kt web tu.. takpon play radio tu kt dlm winamp or window media player.. script radio tu ade dlm web tersebut.. untuk keterangan lanjut bleh hubungi DJ Ell (DJ rilek.net yg mengendalikan pertandingan tersebut)..

    [Reply]

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. Anda dilarang sama sekali masukkan link/permalink di bahagian komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-delete serta merta.

IP anda telah direkodkan : 38.107.179.218