Seminar Buat Duit dengan Blog

Aku Cinta Masalah

4

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 17 July 2012 { 4 komen }

   

aku cinta masalah Aku Cinta Masalah

Aku Cinta Masalah.. Cuba kita berfikir sejenak dan tanya soalan ini pada diri kita. Kenapa kita dilahirkan di bumi ini? Kenapa ada yang hidup bahagia sedangkan ramai yang kecundang dalam kehidupan mereka? Apakah sebenarnya rahsia mereka?

Manusia diberikan akal dan fikirkan untuk kita berfikir dan mencari jawapan kepada setiap persoalan yang terlintas di hati kita. Segala rahsianya terletak pada keupayaan “Persepsi Minda”. Persepsi Minda merupakan suatu hala tuju dalam meniti kehidupan di mana jika persepsi minda ini sentiasa positif, maka positiflah hala tuju kehidupan kita. Namun, jika ia sentiasa berada dalam keadaan negatif, maka negatiflah jadinya.

Hidup ini hanya sekali. Oleh itu, hargailah kehidupan ini sementara kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara di bumi ini. Jadikanlah setiap langkah dalam kehidupan kita sebagai langkah perjalanan menuju syurga Allah S.W.T. Semuanya bergantung pada pilihan dan kehendak kita. Oleh itu, pandulah ia dengan bijak.

* * * * * * * * *

Ayat di atas tadi merupakan petikan dari buku “Aku Cinta Masalah” yang aku beli tengahari tadi. Harga buku RM12 je beli dengan orang buat direct selling yang selalu datang menjual time aku dan kawan-kawan sepejabat tengah lunch makan nasik.

Aku jarang melayan orang yang buat direct selling sebab biasanya produk yang diorang jual tak berapa menarik. Dah sebulan lebih rasanya aku berdepan dengan direct seller yang jual buku je. Kalau setakat buku-buku macam tu bila-bila masa je aku boleh google baca kat internet. Bukan niat aku nak menghina buku. Buku tu bagus. Cuma tak berapa sesuai dengan aku. Buku-buku yang aku dapat sebelum ni pun banyak lagi yang aku tak sempat nak baca. Kalau baca ebook memang aku pulun baca sampai habis terus.

Tapi tadi boleh pulak terbeli buku “Aku Cinta Masalah” ni. Salah satu sebab aku terbeli buku ni kerana ianya buku MOTIVASI. Aku suka buku berunsurkan motivasi. Sebab yang lain pula buku ni nampak macam menarik dengan 99 mukasurat berwarna ditambah pula dengan grafiknya yang agak cantik dalam setiap mukasurat.

Entah bila agaknya baru boleh habiskan baca buku ni. Hermm…


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , ,

4 komen -- Aku Cinta Masalah

  1. Hafizul says:

    Kenapa ebook boleh baca habis tapi buku pyh nk baca..haha…apa isi buku tu?menarik tak?ada tips tak?haha
    Jom baca entri terbaru blog Hafizul.. Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok KecilMy Profile

    Reply

  2. eddie says:

    masalah ni ada dua..samada kita yang cari masalah atau masalah yang cari kita…walau apa-apa pun kita tetap kena hadapai dan atasi masalah tersebut…jangan sesekali kita lari dari masalah…sebab selepas kita lari…maslah lama mengejar kita…masalah baru sedang menanti kita…nanti kita tersepit diantara maslah yang bertimbun2 :biggrin:

    Reply

  3. galut says:

    Manusia tdk dpt lari dari masalah,so pandai-pandailah mengatasinya,kalu dpt baca buku”Aku Cinta Masalah” ni mgkin senang sikit kita slesaikan masalah…ade dlm ebuku ke ni bro…?
    Jom baca entri terbaru blog galut.. Rahsia Buat BunMy Profile

    Reply

  4. Jebeng Otai™ says:

    ada org benci masalah..mungkin kene lihat dri perspektif positif pula.. :)
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Wordless Wednesday : Kesilapan Muslim Dalam Bulan RamadhanMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 54.234.42.16

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv