
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dalam entri yang lepas aku ada bercerita tentang percutian menarik di Cameron Highlands. Memang sangat best dan menarik sampai sekarang aku rasa nak pergi lagi ke Strawberry Park Resort di Cameron Highlands tu. Asyik terbayang keindahan panorama kat situ dan juga makanan-makanan sedap dan lazat yang disediakan. Tapi aku tak nak cerita tentang makanan sedap di Strawberry Park Resort sebab perut aku pun tengah kenyang lagi, takut muak pulak tengok gambar makanan.
Kali ni aku nak berkongsi pengalaman menarik dengan korang tentang aktiviti best yang aku dan beberapa orang rakan dari Team Denaihati buat semasa bercuti di Cameron Highlands. Terima kasih kepada Strawberry Park Resort dan uncle van persiaran kerana bawa kami jalan-jalan dan pusing-pusing sekitar Tanah Tinggi Cameron.
Strawberry Park Resort tempat penginapan bertaraf 4 bintang di Cameron Highlands. Layari laman web Strawberry Park Resort untuk maklumat lanjut.
Melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas
Sejak daripada kecik lagi sebenarnya aku teringin sangat pergi Cameron Highlands tengok ladang teh kat situ. Biasa tengok dalam TV je. Untunglah dapat join Team Denaihati pergi jalan-jalan di Cameron Highlands, akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki di Ladang Teh BOH. Pemandangan ladang teh seluas 8,000 ekar ni memang cantik!


Di Ladang Teh BOH atau BOH Tea Plantation ni korang perlu menaiki kenderaan ringan menyusuri jalannya yang kecil, sempit dan penuh dengan selekoh. Ada beberapa selekoh yang bahaya sikit sebab terlindung dengan bukit. Bila tiba di selekoh tu perlulah membunyikan hon lebih kurang sebanyak 2 kali sebagai isyarat supaya tak bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Kilang Memproses Teh (BOH Tea Plantation Centre)
Di kilang memproses teh BOH ni kita boleh tengok bagaimana mesin dan pekerja-pekerjanya memproses teh BOH yang kita selalu minum tu. Ada beberapa peringkat dan bahagian yang perlu dilakukan dalam memproses teh BOH ni sebelum boleh dibungkus dan dijual kepada orang ramai. Mesin yang digunakan pun nampak canggih. Masuk melawat kilang teh BOH ni adalah PERCUMA.



Tempat minum teh di BOH Tea Centre. Cantik kan pemandangan kat sini?
Lebah Raksasa di Honey Bee Farm, Cameron Highlands

Haa.. Kan aku dah cakap ada lebah raksasa di Honey Bee Farm ni. Besar kan? Hehe.. Honey Bee Farm ni merupakan tempat ternakan lebah. Masa kami datang situ lebah-lebah semua tak banyak yang keluar. Tidur dalam kotak tu kot. Di Honey Bee Farm juga terdapat kedai yang menjual produk-produk madu lebah asli. Ada banyak produk-produk berasaskan madu lebah dijual di sini. Boleh pilih dan beli produk mana yang berkenan. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai dan juga kad kredit.

Jaws tengah bayar gula-gula madu lebah yang dibeli
Butterfly Garden di Cameron Highlands
Lepas dah pergi tengok lebah di Honey Bee Farm, kami dibawa pula ke Butterfly Garden atau Taman Rama-Rama. Aku suka rama-rama! Nak masuk dalam tengok rama-rama dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Strawberry Sedap di Raju’s Hill Strawberry Farm
Sedapnya buah strawberry di Raju’s Hill Strawberry Farm. Pada mulanya kami nak beli bawa balik ke bilik di Strawberry Park Resort sebelum bawa pulang ke Bangi. Tapi atas saranan Raju sendiri, kami beli pada keesokan harinya sebelum balik ke Bangi supaya buah strawberry tu fresh lagi bila sampai Bangi.

Bunga ros cantik di Rose Centre, Cameron Highlands
Rose centre ni dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Cantik-cantik bunga ros kat Rose Centre ni. Tak percaya cuba tengok reaksi ‘orang’ dalam gambar kat bawah ni. “Cantiknye!”

Shopping di Kea Farm Market, Cameron Highlands
Market ni sama je macam market atau pasar yang biasa kita pergi. Cuma yang berbeza sebab banyak produk dan hasil tanaman yang hanya ada di Cameron Highlands. Kat sini first time aku makan strawberry celup coklat. Sedap!

Habis jalan-jalan di Cameron Highlands, kami pun balik ke Strawberry Park Resorts untuk berehat. Best juga pergi bercuti di Cameron Highlands. Bertambah best bila dapat menginap di Strawberry Park Resort yang bertaraf 4 bintang.
Di Strawberry Park Resort ni pun ada aktiviti boleh kita buat. Contohnya kalau badan rasa lenguh-lenguh boleh manjakan diri dengan aktiviti urut-urut badan di Mandrayu Spa, jakuzi, berenang dan berendam dalam swimming pool, dan macam-macam aktiviti lain lagi.

Like Facebook Page Strawberry Park Resort untuk dapatkan maklumat tentang Strawberry Park Resort dengan pantas dan berita-berita promosi yang terkini.
Rating: 5.0












Nanti nak ronda puas2 kat sini, almaklumlah dapat pakej 3H2M :D
Jom baca entri terbaru blog Myra Jay.. WW : Moncong Mulut
Reply
Anarm reply:
October 11th, 2012 at 9:08 PM
@Myra Jay, ok dah tu 3H2M.. banyak tempat best boleh ronda kat sana.. mesti rasa nak pergi lagi nanti..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Tempah Korban sempena Aidiladha dengan eQurban.com
Reply
wah best nye dpt jadi team DH..dpt gi cameron highland.
Reply
rasa mcm dh lama tak pergi sana…
Jom baca entri terbaru blog faizalPj.. RM25 Untuk Tarian Tiang
Reply
dah lama dah tak pergi jalan-jalan ni. kena cari port baik.
Jom baca entri terbaru blog Fazreen.. Laser Warzone IOI Mall Terbaik!
Reply
Anarm reply:
March 30th, 2012 at 7:16 PM
@Fazreen, port memang baik.. set timing je pastu terus pergi.. serius best!
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Blog Pindah Hosting Serverfreak
Reply
Terima kasih atas perkongsian. Mudahlah saya nak bawa keluarga bercuti nanti. Saya sudah pin gambar tuan untuk memudahkan saya rujuk semula lain kali.
Jom baca entri terbaru blog mykrk.. هيا بالعربية: Situasi ربـَّما Maybe, Perhaps, Hilang Beg Duit
Reply
Anarm reply:
March 30th, 2012 at 7:15 PM
@mykrk, sama-sama.. harap dapat berseronok bila bawa keluarga bercuti di sana nanti..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Blog Pindah Hosting Serverfreak
Reply
ingin pergi..tp kadar harga penginapan disana agak mahal juga ya..
Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Diet Yang Betul
Reply
Anarm reply:
March 30th, 2012 at 1:04 AM
@Jebeng Otai™, rasa macam agak mahal tapi berbaloi menginap kat situ.. hari tu ternampak kat facebook page dia ada buat promosi.. murah sikit..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Aktiviti Best Jelajah Cameron Highlands
Reply
wah bestnya
nanti cuti sekolah nak berlibur kat sini la pulak
Jom baca entri terbaru blog auc dot com.. Kelantan vs Felda United | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
Reply
Anarm reply:
March 30th, 2012 at 1:02 AM
@auc dot com, silakan.. memang best berlibur kat sana..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Aktiviti Best Jelajah Cameron Highlands
Reply
Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana ek.. :D
Jom baca entri terbaru blog anif.. Penyelesaian Masalah Bermula Dengan Memahami Masalah
Reply
Anarm reply:
March 30th, 2012 at 1:02 AM
@anif, ada banyak aktiviti boleh buat.. tu pon ada lagi sikit2 yang aku tak masukkan..
Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Aktiviti Best Jelajah Cameron Highlands
Reply
Bro Jaws beli madu untuk stok yer bro? :-)
Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjaya
Reply