Entri ni telah dibaca sebanyak 77 kali

Promosi istimewa web hosting Denaihati Network - Serverfreak

Rasanya ini satu berita baik buat semua blogger tak kira blogger baru atau blogger lama. Bagi yang masih mencari atau tercari-cari web hosting terbaik dengan servis yang mantap bolehlah dapatkan promosi web hosting Denaihati Network – Serverfreak. Dengan hanya RM80 setahun korang akan dapat pakej web hosting yang sangat sangat sesuai untuk blogging :

  • 2GB ruang storan untuk simpan fail-fail web atau blog
  • 10GB bandwidth setiap bulan
  • 1 DOMAIN PERCUMA – .com/.net/.biz/.org/.us/.info
  • 99.95% uptime dan 24/7 support disediakan

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 112 kali

Happy Birthday to me Sweet 27

Hari ni genap umur aku 27 tahun. Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih beri peluang untuk aku hidup di dunia ni. Terima kasih banyak kepada mak abah yang dah melahirkan, menjaga dan mendidik aku sejak dari kecil sampai besar. Segala jasa dan penat lelah mak abah aku menjaga aku selama ni tak mungkin dapat aku balas. Cuma aku berharap diberi peluang dalam hidup ni untuk jalankan segala tanggungjawab aku sebagai seorang anak dengan sebaik mungkin dan juga dapat tunaikan segala tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah.

Dalam usia 27 tahun ni sikit masa lagi aku akan melangkah ke alam perkahwinan pulak. Macam tak percaya je. Hehe.. Dengan melangkah setapak lagi dalam proses kehidupan di dunia ni diharap Allah kurniakan aku kekuatan dan cekalkan semangat aku untuk hadapi semua cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 115 kali

Permohonan Untuk Berkahwin dan Ujian HIV

Minggu lepas aku bercuti seminggu niat nak balik kampung di Perak nak setelkan urusan permohonan untuk berkahwin. Tapi disebabkan abang ipar eksiden, mak abah aku pun sekarang ada dekat-dekat sini je, tak jadi la balik kampung. Aku nak balik kampung sebab ada orang cakap permohonan untuk berkahwin ni perlu dibuat ikut alamat dalam IC atau kad pengenalan. Kalau IC alamat Perak, kena buat di Perak. Kalau IC alamat Kelantan, kena buat di Kelantan. Kalau IC alamat Johor, Kedah, Melaka, Pahang, kena ikut negeri masing-masing.

Untuk dapatkan kepastian aku pergi tanya orang Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat di Kajang. Nasib baik orang pejabat agama tu cakap boleh je buat kat sini. Ujian HIV pula boleh buat di mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Rasa lega sikit. Kalau tak silap aku time hadir kursus kahwin dulu memang ada diterangkan prosedur macam mana nak mohon kebenaran untuk berkahwin. Tapi masa kursus kahwin tu aku macam tak ambil kisah sangat sebab time tu tak terfikir langsung nak kahwin bila. Aku nak dapatkan sijil kursus kahwin tu je. Hehe.. Tau-tau dah bertunang. Lepas tu tak sangka pula tahun 2012 ni akan berlangsung majlis. Rasa berdebar-debar sangat.

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 92 kali

Filem The Avengers

Aku baru je pergi tengok filem The Avengers bersama cik tunang hari tu. Sebelum pergi GSC Alamanda, aku check seat yang masih available guna GSC Mobile App (Android). Nasib baik ada banyak lagi seat kosong. Terus ‘book’ tiket pukul 9 malam. Best giler cerita dia. Walaupun dah dapat agak jalan cerita dia lepas ni jadi apa, lepas tu jadi apa sebab dah familiar sangat tapi tetap rasa best. Scarlett Johansson seksi. Hehe..

Dalam banyak-banyak superhero yang digabungkan dalam filem The Avengers ni aku suka Hulk a.k.a. Bruce Banner yang dilakonkan oleh Mark Ruffalo sebab watak dia kelakar dan juga cool bagi aku. Tony Stark pula asyik permainkan dia nak bagi dia marah supaya dia bertukar jadi Hulk. Tunang aku cakap dia menyampah betul tengok perangai Tony Stark. Haha..

Baca seterusnya »

Entri ni telah dibaca sebanyak 120 kali

Abang Ipar Kemalangan Teruk

Lebih kurang seminggu yang lalu aku dikejutkan dengan berita abang ipar aku kemalangan teruk. Abang ipar aku kemalangan dalam perjalanan nak ke tempat kerja. Motor dia berlanggar dengan van. Berdasarkan cerita yang aku dengar, kemalangan tu membabitkan kes langgar lari. Kesian juga aku tengok kakak aku (isteri abang ipar) yang masih dalam pantang baru lepas lahirkan baby comel, tiba-tiba terima berita mengejutkan macam tu. Mak, abah dan abang aku pun terus datang sini dari kampung.

Sekarang ni abang ipar aku dirawat di PPUM. Masa aku pergi melawat hari tu, abang ipar aku macam tak berapa sedar lagi. Baru bangun dari koma. Bila panggil nama, dia celik mata, lepas tu pejam balik. Bila tanya apa-apa soalan, dia akan angguk dan geleng kepala je. Tak boleh nak bercakap. Doktor cakap keadaan abang ipar aku macam tu sebab otak dia yang cedera. Dia baring pun tak bergerak langsung. Badan mesti lenguh-lenguh.

Baca seterusnya »

Tips Mudah Lulus Pinjaman