
Aku rasa paparan Google Images yang baru ni macam menyusahkan je. Lembab nak mampus tunggu loading! Bagi korang yang ada internet berkelajuan tinggi mungkin tak rasa sangat kot. Aku menjalani hidup seorang blogger yang hanya pakai Maxis Broadband yang kadang-kadang slow, kadang-kadang lembab, kadang-kadang laju, kadang-kadang super laju. Kalau time super laju tu memang selamba la aku habiskan bandwidth dalam 1 hari dengan download movie je.
Google Images ni tiru konsep yang digunakan oleh Bing. Apa yang best sangat dengan konsep tu aku pon tak tau. Yang aku tau, aku tak suka dengan fungsi baru Google Images tu dan aku bengang sebab loading gambar lambat melampau-lampau!
Baca seterusnya »
Tarikh: 31.08.10 Kategori: Internet, tutorial Penulis: Anarm

Rata-rata pengguna internet yang wujud pada hari ini mempunyai blog sendiri. Betul tak? Masing-masing menceritakan tentang pelbagai topik dan isu di blog mereka. Dari isu-isu semasa, isu-isu politik, info tentang artis terkenal, info bisnes MLM, hinggalah ke kisah-kisah personal yang menarik tentang Hidup Seorang Blogger. Tak kurang juga ada yang bermurah hati berkongsi tips, skill, rahsia dan selok-belok dalam dunia internet pada hari ini.
Semua orang boleh menggelar diri mereka ‘Blogger’. Dengan mempunyai sebuah blog (atau lebih), seseorang itu dah boleh dikategorikan sebagai seorang blogger. Tetapi, untuk menjadi seorang blogger yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mengimpikan kehidupan seorang blogger yang berjaya melalui blog, banyak duit, mempunyai blog bertrafik tinggi dan sebagainya. Namun, semuanya hanya sekadar mimpi jika kita tidak kreatif untuk mengolah setiap sudut pandangan dalam hidup seorang blogger dengan menggunakan kebijaksanaan yang kita miliki.
Blogger yang hebat adalah seorang blogger yang mampu mencipta sesuatu yang berbeza dalam dunia blogging, mampu membuahkan pemikiran yang kreatif dari penulisannya, dan bijak mengatur hidupnya sebagai seorang blogger.
Baca seterusnya »
Tarikh: 29.08.10 Kategori: Blogger, Contest Penulis: Anarm

Parkour.. Aku suka bende nih. Korang tau tak ape die ‘Parkour’ tu? Kat bawah ni penjelasan tentang Parkour yang aku copy paste sikit daripada Wikipedia..
Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l’art du déplacement (seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari point A ke point B dengan secepat dan sepantas mungkin, menggunakan kebolehan badan manusia.
Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, di mana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran – dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar.
Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.
Sejarah dan Asal Usul Parkour
Parkour diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang dikenali dengan nama David Belle. Dialah yang telah memperkenalkan sukan extreme dan lasak ini ke seluruh dunia yang pada awalnya hanya berkembang di Perancis.
Baca seterusnya »
Tarikh: 27.08.10 Kategori: Info, Motivasi, Santai Penulis: Anarm

Beberapa hari lagi negara kita Malaysia akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ni (2010) ialah “1Malaysia Menjana Transformasi“. Hari kemerdekaan kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Diharap semangat merdeka dalam diri kita semua tak luntur disebabkan lapar berpuasa.
Seperti biasa, setiap kali sambutan hari kemerdekaan Malaysia, terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dibuat untuk meraikan hari yang penuh gemilang ni. Pembukaan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 ini ialah pada 1 Ogos 2010 yang lalu di mana telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Stadium Utama, Kangar, Perlis.
Baca seterusnya »
Tarikh: 27.08.10 Kategori: Isu Semasa, Santai Penulis: Anarm