Bengkel Grafik Hero Belajar Kuasai Photoshop

Hujung bulan ni InsyaAllah aku akan join satu kelas belajar grafik Photoshop iaitu “Bengkel Grafik Hero” anjuran World Designer. Nak tambah lagi ilmu Adobe Photoshop.

Walaupun aku dah tahu cara buat grafik design menggunakan Photoshop, tapi rasa macam belum cukup mahir dan belum cukup power lagi skill dan teknik yang aku ada.

Aku daftar untuk join Bengkel Grafik Hero ni sebab dahagakan ilmu reka bentuk grafik yang lebih power lagi. Aku memang minat buat grafik design dan minat semua benda yang berkaitan dengan grafik.

Kerja sekarang pun dalam bidang rekabentuk grafik.

Bengkel Grafik Hero 2014 anjuran World Designer

Dah lama aku tengok hasil-hasil kerja design oleh team World Designer ni dan aku rasa kagum dengan hasil kerja diorang. Memang smart giler lah!

Bengkel Grafik Hero tahun lepas aku tak sempat nak join. Nasib baik World Designer anjurkan bengkel lagi tahun ni.

Cepat-cepat aku daftar nak join kelas. Harap dapat menimba lebih banyak ilmu dan teknik dengan mereka yang pakar menghasilkan grafik design yang “EYE-Catching” menggunakan Adobe Photoshop.

Sambil-sambil tu aku nak asah skill dan belajar untuk hasilkan grafik design yang lebih terbaik dan lebih memukau.

Contoh design World Designer
Antara contoh design oleh team World Designer

Bengkel Grafik Hero

Bengkel Grafik Hero akan diadakan selama 2 hari dan dapat belajar dari tahap Beginner hingga ke tahap Advance. Antara yang akan diajar ialah tools penting dalam Photoshop, teknik pemilihan warna, teknik susun imej, hasilkan kesan khas dalam grafik design, pemilihan jenis font, cara pantas hasilkan design yang terbaik, yang ‘convert‘, dan macam-macam lagi.

Pelaburan untuk ilmu tak pernah merugikan. Setinggi mana pun bayaran yang perlu dikeluarkan untuk menuntut ilmu, sebenarnya tinggi lagi nilai pulangan yang akan kita terima kelak. Jangan berkira sangat untuk menuntut ilmu.

Semoga pelaburan demi memantapkan ilmu untuk menguasai Adobe Photoshop ni dapat beri banyak manfaat dan akan bantu aku dalam setiap urusan selepas ni atau di masa-masa akan datang. InsyaAllah…

UPDATE: Bengkel Grafik Hero yang seterusnya akan diadakan pada bulan Januari 2015. Siapa tak sempat join bengkel kali ni bolehlah join bengkel yang akan datang.

48 Comments

  1. wow mcm menarik je bengkel grafik ni. Dulu masa belajar mmg amik graphic design tp keje xde related pun sbnrnya. Mmg teringin sgt nk belajar photoshop nk asah skill ms study dulu. Seronok tgk design yg power ni. Skrang pun bt design yg simple2 je klu ade yg request la.

  2. Saya salah seorang peminat grafik, insyaallah kalau ada masa nanti akan join aktiviti-aktiviti pembelajaran macam ni..

    • Kalau minat buat grafik boleh join kelas ni. Diorang akan ajar dari tahap beginner sampai advance. Ada yang tak pernah guna Photoshop pun dah boleh buat design smart..

  3. Bagus kalau dapat belajar Photoshop lebih tinggi lagi. Saya setakat nak buat tulisan cantik tu bolehlah, tapi kau design yg power spt di atas memang tsk reti .

    • InsyaAllah.. Harap-harap macam tu lah. Memang tujuan utama utk tambah skill buat grafik design. Sebab tu nak join kelas ni.

    • Peluang memang susah nak dapat. Tapi bila dah ada kena rebut peluang tu cepat-cepat. Sesetengah peluang dia datang sekali je. Rugi kalau tak ambil peluang yang ada.

  4. grafik design ni aku kena tinggalkan pelan pelan..ehee..cuma nak lebih kepada fotografi je skang..tak larat nak mengadap karenah customer.:D

    • Pelaburan ilmu memang menguntungkan. Itu pun kalau kita amalkan lepas belajar. InsyaAllah returnnya akan berbaloi baloi..

  5. Best la bro.hehe. nanti aku nak baca pasal artikal ni lagi. hehe. suka design2 dari mereka ni.hehe

    • Aku pun suka tengok design2 diorang. Nampak je diorang buat kelas terus register. Harap2 lepas ni dapat hasilkan design yang cantik2 macam diorang buat..

Leave a Reply to AnarmCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *