Dah Pandai Beli Tiket Wayang Online

Masa cuti tahun baru 2013 beberapa hari lepas pagi-pagi lagi isteri dah kejutkan aku bangun tidur ajak keluar jalan-jalan. Dia boring asyik terperap kat rumah je.

Oleh sebab tak tau nak bawa isteri tercinta jalan-jalan kat mana, aku pun bawa dia pergi tengok wayang cerita “The Hobbit – An Unexpected Journey” di GSC Alamanda Putrajaya. Dah lama jugak kitorang tak tengok wayang sama-sama sejak dah berkahwin ni.

GSC Selfprint Ticket Wayang

First time aku beli tiket wayang guna sistem beli tiket online Golden Screen Cinemas (GSC). Dah pandai dah. Hehe.

Aku ni bukan jenis suka sangat tengok wayang. So, benda-benda macam ni aku slow sikit. Lagipun kadang-kadang je pergi dating tengok wayang. Biasanya aku lebih suka download je movie yang nak tengok lepas tu layan kat TV sambil baring-baring kat rumah.

Beli Tiket Wayang GSC Online Cerita The Hobbit

Sebelum ni memang tak reti nak beli tiket wayang secara online. Bila dah try dan dah reti beli secara online, rasa senang giler rupanya. Tak payah beratur panjang-panjang dah kat GSC semata-mata nak beli tiket wayang sekeping dua. Seat nak duduk pun boleh pilih sendiri tak payah berebut-rebut dengan orang lain.

Dapat tempah awal pilih seat bahagian belakang, sedap sikit nak layan movie. Kadang-kadang beratur beli tiket asyik dapat seat depan skrin je. Duduk betul-betul depan skrin. Giler! Seat sedap dah dapat kat orang lain dulu. Sampai lenguh tengkuk lah nak mengadap skrin besar depan mata sampai habis movie.

Tempah tiket wayang GSC online cerita The Hobbit

Lepas dah bayar tiket wayang guna Maybank2U, terus pergi kat kaunter reservation GSC untuk ambil tiket. Biasanya yang beratur kat kaunter ambil tiket ni tak seramai macam yang beratur baru nak beli tiket. Ok sikit la.

Dah sampai depan kaunter bagitau je ‘Confirmation ID‘ pada staf GSC yang bertugas lepas tu dia akan bagi tiket yang kita dah bayar online. Confirmation ID tu akan dapat semasa beli tiket wayang secara online melalui laman web GSC. Kalau terlupa nombor ID tu nasib laa..

Rasa macam jakun je sebab baru pandai beli tiket wayang secara online. Kahkahkah. Cerita The Hobbit yang tengok hari tu boleh dikatakan best juga.

Siapa follow cerita “Lord of The Ring” dulu memang senang je nak faham jalan cerita “The Hobbit – An Unexpected Journey” ni.

38 Comments

  1. salam bro…
    Akhirnya sampai jua blog bro ni…maaf bro lambat saya tibe..almaklumlah berukband di tengah bulan yang lembab,,,,,
    Wah bro ada kemajuan….saya pun tak pandai lagi order inline….

  2. senang dan jimat masa ye beli online… nak trylah nanti ;)

    kami ni pun baru nak mesra2 dgn panggung sikit2… hik2… tp mmg puas tgk kat panggung ni kan

    kami tak pandai download movies

  3. assalamualaikum..untung ko da reti nk beli online..aku ni belum berani nk beli online..kekadang kne kutuk je dgn kawan²..sabo jela..

  4. anak saya lepas layan cerita ini. balik rumah terus layan ketiga2 Episod LOTR.

    kalau smartphone android,sudah ada aplikasi GSC movie ni. tp saya blm pernah try

  5. Kan indah kalau teknologi sedia ada digunakan dengan betul. btw, saya juga merupakan salah seorang penggemar kepada penggunaan bank dalam talian yang telah banyak memudahkan kehidupan seharian. =)

  6. Memang ok online.. senang + tidak beratur panjang..
    tapi sejak guna citybank, lagi senang + dapat harga
    tiket sekeping 10 hinggit jer..

  7. Pati seronka dpt cuba beli tiket secara online dan dpt tengok wayang gambar. Kalau di Kota Bharu dah tidak ada panggung wayang. Rasanyalah dah 10 tahun tak tengok wayang gambar.
    Sesekali nak juga menontonnya. .

  8. percaya ke tak percaya, aku tak berapa suka tengok movie dekat wayang. maybe environment yg gelap buat aku tak suka n pernah ternampak aksi2 merepek couple2 yg agak kurang adab…hahahaha.

    hobbit? aku tunggu adik aku donlod -..-

    • @Lizz, couple2 takleh nak cakap apa dah.. memang situ port feveret diorang.. orang lain tengok wayang, dia ‘buat wayang’.. aku pun dah banyak kali ternampak..

      ko kan budak baik.. mesti la tak suka duduk tempat2 macam tu.. donlod tengok kat rumah best jugak.. aku pun tengah cari2 link donlod nak tengok sekali lagi kat rumah..

  9. bila dah pandai tu..selalulah tengok wayang sebab tak perlu beratur dan boleh uruskan masa dengan baik. Kalau dah ada tiket, kita pergi dgn bajet masa yang cukup.. kita dah tau movie apa nak tengok.

    kalau dah pergi, tiket habis ..kan rasa rugi.

    kak jie mmg beli tiket online…

    • @Kujie, betul tu.. boleh uruskan masa dengan lebih baik sebab tiket dah beli.. dah tak perlu risau tiket habis.. takde dah terkejar-kejar campur penat nak kena beratur beli tiket tapi last2 tiket habis.. dah banyak kali dah kena macam tu.. bila sampai turn saya nak beli tiket movie yang nak tengok tiba-tiba tiket sold out.. sakit hati je beratur tunggu lama2..

      lain kali boleh beli online lagi bila ada cerita best yg boleh tengok.. tapi takleh kerap sangat tengok wayang.. nanti boring plak orang rumah kejap kejap tengok wayang, kejap kejap tengok wayang.. hehe..

Leave a Reply to titanCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *