Dah Pandai Beli Tiket Wayang Online

GSC Selfprint Ticket Wayang

Masa cuti tahun baru 2013 beberapa hari lepas pagi-pagi lagi isteri dah kejutkan aku bangun tidur ajak keluar jalan-jalan. Dia boring asyik terperap kat rumah je. Oleh sebab tak tau nak bawa isteri tercinta jalan-jalan kat mana, aku pun bawa dia pergi tengok wayang cerita “The Hobbit – An Unexpected Journey” di GSC Alamanda Putrajaya. Dah lama jugak kitorang tak tengok wayang sama-sama sejak dah berkahwin ni.

First time aku beli tiket wayang guna sistem beli tiket online Golden Screen Cinemas (GSC). Dah pandai dah. Hehe. Aku ni bukan jenis suka sangat tengok wayang. So, benda-benda macam ni aku slow sikit. Lagipun kadang-kadang je pergi dating tengok wayang. Biasanya aku lebih suka download je movie yang nak tengok lepas tu layan kat TV sambil baring-baring kat rumah.

Beli Tiket Wayang GSC Online Cerita The Hobbit

Sebelum ni memang tak reti nak beli tiket wayang secara online. Bila dah try dan dah reti beli secara online, rasa senang giler rupanya. Tak payah beratur panjang-panjang dah kat GSC semata-mata nak beli tiket wayang sekeping dua. Seat nak duduk pun boleh pilih sendiri tak payah berebut-rebut dengan orang lain. Dapat tempah awal pilih seat bahagian belakang, sedap sikit nak layan movie. Kadang-kadang beratur beli tiket asyik dapat seat depan skrin je. Duduk betul-betul depan skrin kate ko. Giler! Seat sedap dah dapat kat orang lain dulu. Sampai lenguh tengkuk lah nak mengadap skrin besar depan mata sampai habis movie.

Tempah tiket wayang GSC online cerita The Hobbit

Lepas dah bayar tiket wayang guna Maybank2U, terus pergi kat kaunter reservation GSC untuk ambil tiket. Biasanya yang beratur kat kaunter ambil tiket ni tak seramai macam yang beratur baru nak beli tiket. Ok sikit la. Dah sampai depan kaunter bagitau je ‘Confirmation ID‘ pada staf GSC yang bertugas lepas tu dia akan bagi tiket yang kita dah bayar online. Confirmation ID tu akan dapat semasa beli tiket wayang secara online melalui laman web GSC. Kalau terlupa nombor ID tu nasib laa..

Rasa macam jakun je sebab baru pandai beli tiket wayang secara online. Kahkahkah. Cerita The Hobbit yang tengok hari tu boleh dikatakan best juga. Siapa follow cerita “Lord of The Ring” dulu memang senang je nak faham jalan cerita “The Hobbit – An Unexpected Journey” ni.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

38 Comments

  1. salam bro…
    Akhirnya sampai jua blog bro ni…maaf bro lambat saya tibe..almaklumlah berukband di tengah bulan yang lembab,,,,,
    Wah bro ada kemajuan….saya pun tak pandai lagi order inline….
    Entri terbaru di blog TiranaAduka : ANTOPMy Profile

  2. senang dan jimat masa ye beli online… nak trylah nanti ;)

    kami ni pun baru nak mesra2 dgn panggung sikit2… hik2… tp mmg puas tgk kat panggung ni kan

    kami tak pandai download movies

  3. oergi kalau ade cerita kung fu je hehehe

  4. Dah lama tak ke panggung wayang sejak anak kecil ni.
    Entri terbaru di blog daddydee : Review Movie : Upside DownMy Profile

  5. sharafie says:

    assalamualaikum..untung ko da reti nk beli online..aku ni belum berani nk beli online..kekadang kne kutuk je dgn kawan²..sabo jela..
    Entri terbaru di blog sharafie : Tujuan Aku Membina Blog Sharafie[dot]netMy Profile

  6. anak saya lepas layan cerita ini. balik rumah terus layan ketiga2 Episod LOTR.

    kalau smartphone android,sudah ada aplikasi GSC movie ni. tp saya blm pernah try
    Entri terbaru di blog Ladfe Amir : Giveaway Contest Pengajaran Di Sebalik Kisah Lagi RM20 SahajaMy Profile

  7. Bro sejak kahwin hanya layan DVD je.

    Masih tak sempat nak layan movie sama-sama.
    Entri terbaru di blog Bro Framestone : Siapakah Juara Anugerah Juara Lagu 27My Profile

  8. Kan indah kalau teknologi sedia ada digunakan dengan betul. btw, saya juga merupakan salah seorang penggemar kepada penggunaan bank dalam talian yang telah banyak memudahkan kehidupan seharian. =)

  9. tak tengok lagi cerita hobbit nih..
    Entri terbaru di blog ohcikgu : Rezeki contest awal tahun 2013My Profile

  10. Memang ok online.. senang + tidak beratur panjang..
    tapi sejak guna citybank, lagi senang + dapat harga
    tiket sekeping 10 hinggit jer..
    Entri terbaru di blog nurmisnan : IPHONE 5 GADGET IMPIANMy Profile

  11. sekarang ni zaman teknologi jd banyak benda yang boleh buat online.senang dan jimat masa.
    Entri terbaru di blog qadar : Finance guide basicsMy Profile

  12. Baru nak tgk minggu depan,saya mmg selalu beli online,senang tak yah nak rebut2 beratur.

  13. Pati seronka dpt cuba beli tiket secara online dan dpt tengok wayang gambar. Kalau di Kota Bharu dah tidak ada panggung wayang. Rasanyalah dah 10 tahun tak tengok wayang gambar.
    Sesekali nak juga menontonnya. .
    Entri terbaru di blog sensasi2020 : Pertama Kali Buat TutorialMy Profile

  14. dah pandainya nih, selalu lah tengok wayang ya…. bertuah isteri…hiks
    Entri terbaru di blog sweetkurma : memilih orang gaji sebagai isteriMy Profile

  15. percaya ke tak percaya, aku tak berapa suka tengok movie dekat wayang. maybe environment yg gelap buat aku tak suka n pernah ternampak aksi2 merepek couple2 yg agak kurang adab…hahahaha.

    hobbit? aku tunggu adik aku donlod -..-
    Entri terbaru di blog Lizz : Bencikan Warga Indonesia, Tapi Majoriti Bangunan di Malaysia Mereka Yang BinaMy Profile

    • @Lizz, couple2 takleh nak cakap apa dah.. memang situ port feveret diorang.. orang lain tengok wayang, dia ‘buat wayang’.. aku pun dah banyak kali ternampak..

      ko kan budak baik.. mesti la tak suka duduk tempat2 macam tu.. donlod tengok kat rumah best jugak.. aku pun tengah cari2 link donlod nak tengok sekali lagi kat rumah..
      Entri terbaru di blog Anarm : Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

  16. haha..terbaik..tapi the hobbit tak best bro..bosan
    Entri terbaru di blog syaifuddin alias : Keputusan Penuh Contest SEO ExtravaganzaMy Profile

  17. Rasanya dah tepat setahun koz x jejak kaki ke panggung wayang…hik5..

  18. Tahun lepas ada beli online untuk menonton filem The Avengers 3D bersama anak-anak. Memang mudah.

  19. gua kena tepuk tangan ke ni wehh??
    Entri terbaru di blog titan : Cinta Perpustakaan yang mengecewakan..My Profile

  20. Aku selalu beli online..amik port baek punye..belakang skali tengah..clear tengok kiri kanan..hehe
    Entri terbaru di blog hafizrahim : Wordless Wednesday : Private NetworkMy Profile

  21. tak pernah jugak beli online ni, biasa member yang beli sebab ada maybank2u..
    Entri terbaru di blog zhazmi : EnSurvey : 1 Peluang Jana Online IncomeMy Profile

  22. Belum punya pengalaman membeli tiket secara online.
    Masih suka yang manual. Perlu pula suatu saat mencoba hal yang baru lewat online pula
    Entri terbaru di blog Blog Keperawatan : Rumah Yang IslamiMy Profile

  23. bila dah pandai tu..selalulah tengok wayang sebab tak perlu beratur dan boleh uruskan masa dengan baik. Kalau dah ada tiket, kita pergi dgn bajet masa yang cukup.. kita dah tau movie apa nak tengok.

    kalau dah pergi, tiket habis ..kan rasa rugi.

    kak jie mmg beli tiket online…
    Entri terbaru di blog Kujie : Bantuan Persekolahan RM 100 Akan Dibayar Pada 15/1/2013My Profile

    • @Kujie, betul tu.. boleh uruskan masa dengan lebih baik sebab tiket dah beli.. dah tak perlu risau tiket habis.. takde dah terkejar-kejar campur penat nak kena beratur beli tiket tapi last2 tiket habis.. dah banyak kali dah kena macam tu.. bila sampai turn saya nak beli tiket movie yang nak tengok tiba-tiba tiket sold out.. sakit hati je beratur tunggu lama2..

      lain kali boleh beli online lagi bila ada cerita best yg boleh tengok.. tapi takleh kerap sangat tengok wayang.. nanti boring plak orang rumah kejap kejap tengok wayang, kejap kejap tengok wayang.. hehe..
      Entri terbaru di blog Anarm : Dah Pandai Beli Tiket Wayang OnlineMy Profile

    • @Kujie, AEON Rawang ada panggung wayang lagi dekat hendak turun.

  24. tahniah…

    sy lg x pandai nak beli online ni..hehe

    The Hobbit mmg best..
    Entri terbaru di blog Ibu Mifzal Arsyad : Hari Pertama Di TadikaMy Profile

  25. tahniah dah pandai beli tiket wayang online.. semoga bahagia hingga akhir hayat..
    Entri terbaru di blog Jaws : Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile