Beli Simkad Altel

Baru saja order nombor Altel untuk dicuba. Dapat juga beli simkad Altel setelah 3-4 hari mencari orang yang jual melalui internet. Senang sikit beli secara online dah tak perlu keluar cari kedai yang ada jual simkad Altel.

Ramai cakap susah nak cari kedai yang jual simkad Altel ni. Nasib baik ada pilihan untuk beli online.

Simkad ALTEL

Pengenalan Simkad Altel

Mungkin ada yang tak tahu atau tak pernah dengar lagi tentang Altel.

Altel merupakan penyedia rangkaian telekomunikasi terbaharu di Malaysia dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary (milik Syed Mokhtar Al-Bukhary).

Aku rasa nak try Altel ni lepas dengar banyak testimoni bagus-bagus daripada mereka yang dah guna Altel. Katanya tempat yang biasa takde line atau line tak berapa kuat, bila guna Altel terus OK. Internet pun laju.

Itu yang buat rasa nak try jugak. Terus aku beli 4 nombor Altel untuk aku, isteri aku, kakak aku dan abang ipar aku.

Pelan Prabayar Altel

Pek Permulaan Altel hanya bernilai RM7 didatangkan bersama kredit bernilai RM5 dan sah untuk 30 hari.

Top-up boleh didapati di kedai-kedai Tesco dan Giant, di semua pam minyak utama seluruh Malaysia, dan juga secara talian melalui RHB dan CIMB Clicks.

Kadar panggilan tempatan, SMS / MMS dan internet Altel

Pelan Internet Mudah Alih Altel

Pelan internet ni sebenarnya yang penting tak kira guna mana-mana telco sekalipun. Internet untuk berhubung guna Whatsapp, Facebook, dan lain-lain. Call pun boleh dapat free je bila ada internet.

Susah jugak hidup tanpa internet zaman sekarang ni.

Kadar internet mudah alih Altel

Aku beli simkad Altel secara online dari Altel Authorised Dealer. Sekarang tengah tunggu simkad tu dipos ke alamat aku.

Nombor Altel aku beli 011 3234 XXXX. Nak ‘cuba try test‘ dulu. Kalau OK, aku ingat nombor lama aku nak tukarkan ke line Altel, atau mungkin jugak terus guna nombor Altel yang baru beli ni.

Nombor dia pun macam cantik je. Isteri tolong pilihkan.

Maklumat lanjut tentang Altel boleh baca di laman web www.altel.my.

Info tentang Pelan prabayar Altel, pelan internet Altel, cara semak baki, tutorial tambah nilai, extend tempoh aktif kredit dan lain-lain semua ada dalam tu.


Update : Nombor Altel aku ni dah bertukar telco. Sekarang guna telco ONEXOX.
Baca : 8 sebab kenapa perlu bertukar ke Prepaid ONEXOX.

49 Comments

  1. Bagaimana cara nak dapatkan simcard altel …minta tolong kpd kwn2 yg dah ada tu…..

  2. saya pun mencari simkad altel..area puncak alam ni ada jual topup tapi simkad tiada..terima kasih..mencari alternatif untuk celcom bb yang semakin mahal ni

  3. Assalam anarn..sy tumpang promote ya..tq sesiapa yg nk dpt kn simkad altel bole watapps sy 019-2926288..sy dealer altel kawasan danau kota..bminat nk jd dealer altel pun amat d alu2 kan..byk benefit sbgai dealer..
    Sekian terima kasih

  4. Yes!!!!Dah beli..tapi dia pegi post ke pahang. Kena blk kampung dulu baru boleh guna..kuikuikui..

  5. saya suka pasca bayar dan dengar cerita altel akan keluarkan pasca bayar pula.kita sapot muslim.banyak keluarkan zakat Tan Sri Syed Bukhary nih..:-)

  6. saya pun sedang cari plan internet yang sesuai dengan rumah. Tm memang mengecewakan. guna yes, tak larat la plak sebab cepat habis kouta

  7. Syarikat masih baru, dan masih ada peluang dan ruang untuk berkembang. Kita beri sokongan supaya ada saingan sihat dalam syarikat telekomunikasi di Malaysia.
    Saya belum guna Altel lagi :)

    • Mungkin sebab syarikat baru yang buat line dia bagus.. Tak ramai lagi orang guna.. Kalau dah ramai nanti mungkin akan ada problem macam telco2 lain.. Bagi sokongan jelah.. Harap2 boleh kekal lama dan dapat bersaing dengan syarikat2 telco yang lain tu..

  8. memang ada juga keinginan nak try Altel ni tapi dok tengok plan internet dia tak berapa nak berkenan sikit. Sekarang pakan Umobile (bukan terbaik) RM128.00 untuk 20 Gb. 20Gb tu kadang tak cukup untuk sebulan bagi pengguna tegar macam saya. Telco lain tidak akan dapat 20Gb dengan harga itu. Altel pun kalau RM144 baru dapat 6 Gb. Tu yang saya masih tak nak tukar lagi ke telco lain sebab quota bulanan yang diberikan. Cuma masalah Umobile ni test coverage sepanjang PLUS banyak kawasan tidak ada liputan.

    • Yup.. Tak dinafikan Umobile memang murah.. Pernah jugak nak tukar ke Umobile tapi kat kampung line Umobile langsung takde, apatah lagi line internet dia..

      Nak try Altel ni pun sebab dengar kawan2 cakap bila guna Altel tempat yang biasanya takde line pun boleh jadi ada line.. Tak faham jugak macam mana boleh jadi camtu.. Mungkin itu kelebihan Altel kot..

      Saya dah guna sendiri nanti akan tulis entri kongsi pengalaman guna Altel pulak.. Harap2 tak mengecewakan..

    • Silakan.. Silakan.. Aku pun nak try dulu.. Kalau OK, nak pindah terus nombor lama ke Altel.. Sayang jugak nak buang nombor lama.. Baik kekalkan je.. Cuma pindah telco..

  9. aku rasa dari segi bagus ni maybe sebab dia baru kot. Pengguna masih lagi kecil berbanding provider yang lain. Tapi aku pun tengah cari altel. so boleh la gune tmpt ko beli ni..nak buat nombor bisnes sbb tgk internet plan dia macam murah dari provider lain. maxis 1G RM48. Yg ni dah dapat 2G. Boleh slot masuk 1 lg sim dalam phone aku ni..hehehehe.

    • Baca kat Utusan katanya Altel ada kelebihan sikit berbanding telco lain.. Altel dapat slot sebanyak 40 MHz.. telco2 lain cuma dapat 20 MHz je.. walaupun aku tak tahu MHz tu natang apa.. Haha.. Papehal try dulu la kan baru tahu camne..

      • menurut kata member aku..itu kalau hset support LTE..
        kalau hset x support so same je sebenarnya..
        kita rasa laju sebab laluan dia x heavy lagi..
        then dia pun guna laluan celcom..
        so if celcom down..dia pun sama jugak down..
        tp apa2 pun aku pun nak beli altel..
        support company orang kite..
        biar sampai dia ada coverage dia sendiri..

        • Yeahh.. Support sampai dapat bersaing hebat dengan company2 telco yang lain.. Kalau nak lagi laju nampaknya kena beli hset mahal lah yang support LTE..

  10. Aku dpt 2 simpack percuma. Beli phone lenovo tokeh tu bg je. Dia kata org taknak Altel. Aku ambik je la

  11. Alhamdulillah.. Kita sokong syarikat islam yang berdayu maju.

    Lagipun ramai yang puasa hati dengan kualiti servisnya kan. Altel memang best

  12. saya pun dah ada 1 no altel ni, memang tidak dinafikan speed internet di kawasan yang sebelum ini teruk bertukar menjadi pantas dengan altel.
    dah beberapa kenalan diperkenalkan dengan altel ini pun setuju dengan kelajuan internet yang mereka dapat, sangat puashati.

    • Wahh.. Best ni.. Apa2 hal nak try test sendiri dulu.. Kalau ok, rasanya bleh tutup akaun postpaid dan guna prepaid Altel je.. Guna postpaid (Celcom) sekarang ni pun line tak berapa best..

Leave a Reply to Tudung Labuh OnlineCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *