Batal Solat Salah Baca Al-Fatihah

Batal Solat Salah Bacaan Al-Fatihah

Menusuk jiwa setiap kata-kata Ustaz Don dalam khutbah Jumaat siang tadi di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Ustaz Don menceritakan bagaimana Al-Quran dapat mengubah hati seseorang. Contoh yang diberi dalam khutbah Jumaat tu Ustaz Don ceritakan bagaimana Saidina Umar yang terkenal dan digeruni dengan sifatnya yang bengis, tegas dan garang telah masuk Islam kerana bacaan Al-Quran (surah Taha).

Orang zaman sekarang ni pulak malas baca al-Quran. Ramai yang dah jauh dari al-Quran. Ada yang hanya baca al-Quran seminggu sekali, ada yang baca al-Quran sebulan sekali, dan ada juga yang baca al-Quran setahun sekali. Malah ada yang langsung tak tahu membaca al-Quran!

Membaca al-Quran bukan sekadar baca je tapi kena baca dengan kaedah dan bacaan yang betul. Contoh, salah bacaan al-Fatihah dalam solat seperti yang diberitahu Ustaz Don. Mungkin masih ada yang tak tahu bacaan al-Fatihah yang salah boleh membatalkan solat. Membaca al-Fatihah kan satu rukun dalam solat. Bila salah kaedah bacaannya, maka rosaklah solat. Semua kerana kejahilan kita dan sebab malas belajar kaedah membaca al-Quran dengan betul.

Baca Al-Fatihah secara Wakaf

Kaedah membaca al-Fatihah dalam solat yang ditekankan dalam khutbah Jumaat oleh Ustaz Don siang tadi adalah bacaan secara ‘wakaf’. Apabila kita hendak membaca, kita ambil nafas dan kita terus membacanya. Setiap bacaan ayat dalam surah al-Fatihah apabila wakaf (berhenti), ayat seterusnya kena sambung dengan nafas yang baru.

Mengikut sunnah Rasulullah SAW, ketika membaca al-Fatihah dalam solat kalau kena wakafkan bacaan, kena wakafkan. Setiap kali nak masuk ayat baru, tarik nafas. Maksudnya, ayat surah al-Fatihah baca satu per satu. Pastikan sebutan betul, makhraj huruf betul dan mematuhi setiap hukum tajwid termasuk panjang pendek bacaan. Jika hukum-hukum ini tidak dipatuhi, solat boleh menjadi tidak sah.

Bila kita baca ayat surah al-Fatihah dan berhenti dihujung ayat, dan disambung ayat seterusnya dengan nafas yang sama, ianya adalah satu kesalahan dalam membaca Al-Quran. Oleh sebab itulah solat yang dikerjakan menjadi tidak sah.

Cara Baca Surah Al-Fatihah

  1. (Ambil nafas) dan baca “Bismillaahirrahmaanirrahiiiiiimm“, kemudian wakaf/berhenti. (baki nafas dibuang)
     
  2. (Ambil nafas baru) dan baca “Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiiiiiin“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
     
  3. (Ambil nafas baru) dan baca “Arrahmaanirrahiiiiiimm“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
     
  4. (Ambil nafas baru) dan baca “Maalikiyau middhiiiiiinn“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
     
  5. (Ambil nafas baru) dan baca “Iyyaakana’budu wa iyyaakanasta’iiiiiinn“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
     
  6. (Ambil nafas baru) dan baca “Ihdinaosirataol mustaqiiiiiimm“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
     
  7. (Ambil nafas baru) dan baca “Siratoallazi na an’amta’alaihim ghoiril maghduu bi’alaihim walaodhoaaaaalliiiiiinn“, kemudian wakaf. (baki nafas dibuang)
     

Kalau kita rasa solat yang kita kerjakan sebelum ni ada kesalahan pada bacaan al-Fatihah, maka solat tu adalah tidak sah. Oleh itu kena qada balik semua solat tu. Kalau rasa terlampau banyak nak qada, tadahkan tangan berdoa dan mohon keampunan dengan Allah SWT atas kejahilan diri kita dan minta ibadah solat yang dikerjakan diterima oleh-Nya.

p/s: Janganlah tinggalkan al-Quran, dan amalkanlah membaca al-Quran. Penting untuk umat akhir zaman seperti kita sekarang ni.

* * * * * * * * *

8 Disember 2012 (Sabtu), pukul 8:30 pagi, bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi ada Kuliah Dhuha “Fahami ISLAM Ikut Gaya Nabi Muhammad SAW” bersama Ustaz Don Daniyal. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


15 Comments

  1. Adam Al-Faqir PTNI says

    Dari mana dapat sumber syarat wakaf, bila nk sambung ayat yg seterusnya seperti dalam fatihah,mesti dgn nafas yg baru.
    Setahu kami itu hanya atas jalan yg utama sahaja. Tidak menjadi syarat sah batal.

  2. imart bangi says

    Salam sahabat hebat.
    memang benar . alangkah indah dan baiknya kalau setaip kali Imam membacakan khutbah atau setiap Solat 5 waktu,Imam dapat mengingatkan semua jemaah.sepert:
    1. keadaan fizikal tubuh,menghadap kiblat dari muka hingga ke kaki.
    2. pakaian. terutama cara memakai Tshirt atau baju singkat.
    3. cara ruku’ dan sujud yang betul
    4. para Imam yang menguatkan suara bila membaca doa.
    5. dan banyak lagi.

  3. says

    memang pembacaan fatihah ini perlu pembacaan yang benar apalagi dalam sholat yang merupakan kewajiban bagi setiap muslim.

    Anak putri saya yang baru berumur 4 tahun pula sudah mulai sedikit-sedikit hapal akan bacaannya, hanya saja karena masih kecil masih celat (cedal) bahasa Indonesianya..tetapi menghafal sedikit-sedikit dan tertarik akan Al-Qur’an saja telah membuat hati seorang ayah merasa senang.
    Entri terbaru di blog Blog Keperawatan : Memberi Nama Baik Untuk AnakMy Profile