Balik Kampung Cuti Tahun Baru Cina

Hari Cuti Balik Kampung

Cuti Tahun Baru Cina dah bermula. Bila dah cuti, balik kampung la kan jumpa mak abah. Member serumah aku semalam dah gerak balik Kelantan. Aku pulak balik kampung hari ni. Balik Teluk Intan. Bas pukul 3 petang. Kain baju belum sumbat masuk beg lagi ni. Malas betul rasanya nak buat kerja-kerja mengemas kain baju. Tapi kena buat jugak. Nanti takde baju pulak nak pakai kat kampung.

Aku ni jarang balik kampung. Mungkin sebab malas naik bas. Dulu pernah beberapa kali balik kampung naik motor. Sampai kebas punggung sebab lama sangat duduk atas motor. Sekarang motor kesayangan (beli cash guna duit hasil titik peluh) dah macam tak berapa sihat. Dah tak boleh bawa jalan jauh-jauh. Tambah pulak sikap aku yang malas nak jaga dia, bertambah tak sihat la jadinya. Maafkan aku, motor. Nanti ada duit lebih aku hantar kau masuk bengkel, bikin jadi macam motor baru keluar kilang ye. Lepas tu kita boleh balik kampung sama-sama lagi macam dulu.

Minggu depan aku akan ke Kelantan atas sedikit urusan. Dah lama tak jejakkan kaki kat Kelantan, tempat kelahiran aku. Masa tengah belajar di kolej dulu jarang balik Kelantan. Cuti semester je baru balik. Sampai la abah aku pencen kerja polis dan pulang ke kampung halaman di Teluk Intan. So, kampung aku dah bertukar ke Teluk Intan pulak. Tak sempat nak jumpa kawan-kawan sekolah di Kelantan.

Lepas habis belajar, terus keluar dari kampung datang bekerja di Kajang. Hampir 6 tahun kot aku merantau datang kerja kat tempat orang ni. Alhamdulillah, dah dapat kerja yang sesuai. Duit poket pon dah semakin kukuh dan stabil. Balik kampung ni boleh la belanja mak abah makan sedap-sedap. Takpon belikan barang dapur, lauk-pauk, sayur-sayur yang menyelerakan ke. Tapi.. Aku tak suka sayur!

Ehh.. Korang balik mana? Balik kampung tu hati-hati ye. Sebelum balik kampung, check dulu kenderaan tu pastikan betul-betul selamat. Naik motor jangan nak merempit sangat. Jangan cilok mencilok. Bawak kereta pandu elok-elok. Patuhi undang-undang jalan raya. Sambil memandu tu jangan ingat orang tersayang nanti korang mengelamun, terbayang pergi dating kat taman bunga, tengok wayang berdua-duaan, nanti tak pasal-pasal eksiden pulak. Hehe.. Semoga semuanya tiba di kampung halaman dengan selamat. InsyaAllah..

Oh ya.. Sebelum pulang ke kampung, pastikan juga rumah semua dah kunci. Pintu, tingkap, semua dah tutup rapat-rapat. Maklum sajalah, musim cuti macam ni pencuri ramai yang rajin buat OT. Kalau ada jiran-jiran yang tak balik kampung, mintak diorang tengok-tengokkan rumah. Nanti bagi angpau RM2,000 ke baru diorang rajin tolong tengokkan rumah tu.
 

PS: Laptop baru beli dah buat hal. Hampeh betul.


9 Comments