Astro Channel Percuma 15 hingga 17 September 2013

Malam tadi balik daripada makan Maggi Kari Ketam di Bucida Court aku terbaca status kat Facebook tentang Siaran Astro Percuma semua channel. Katanya sempena Hari Malaysia. Tak pasti. Malam tadi tak sempat nak tengok betul ke tidak. Tadi baru aku cuba memang percuma boleh tengok channel yang tiada dalam langganan.

astro full channel percuma

Aku cuba tengok kat Facebook Page Astro kot-kot ada dibuat pengumuman tentang Tarikh Siaran Percuma Astro ni, tapi takde. Bila aku godek-godek page tu dan terbaca status seorang bernama ‘Viknesh Vicky’ baru nampak reply daripada pihak Astro berkenaan siaran percuma ni.

astro facebook status full channel percuma

Hi Viknesh Vicky, Astro is providing all Astro customers complimentary access to all channels from 12 a.m. 15 Sept to 12 a.m. 17 Sept. Thank you for your continued support. ^sarah

Betullah Astro bagi semua channel percuma bermula dari 15 hingga 17 September 2013. Siapa yang tak tahu tentang hal ni mungkin terlepas peluang untuk berehat di hujung minggu sambil tengok channel-channel Astro yang diberi percuma.

Kenapa Astro tak umumkan tentang siaran channel percuma ni? Sepatutnya pihak Astro update la status di Facebook Page atau laman web mereka beritahu tarikh dan masa siaran percuma. Barulah semua pelanggan Astro tahu dan dapat lepak bersama keluarga tengok movie yang Astro tayangkan.

Kepada pelanggan Astro, selamat menonton siaran percuma dan Selamat Hari Malaysia.


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

20 Comments