Aiskrim Milo Buatan Sendiri

aiskrim buatan sendiri

Lepak kat kedai sambil minum milo ais tadi buat aku teringat layan minum air milo masa dok kat rumah. Kat rumah, minum air milo mesti tak pernah habis sebab nak proses air milo tu jadi aiskrim milo buatan sendiri. Korang mesti pernah buat jugak kan? Air milo letak dalam peti ais, kat tempat sejuk beku tu. Kalau letak pagi, tengahari atau petang air milo tu dah jadi aiskrim. Hehe..

Masa dok kat kampung, aku biasa minum air milo panas sebelum tidur. Kadang-kadang makan dengan biskut kering yang ada gula tu. Jenama apa aku tak ingat. Sebelum masuk tidur, air milo yang minum tak habis aku letak la dalam peti ais. Bangun tengahari pagi esok dah ada aiskrim milo dalam peti. Hahaha.. Best giler bangun tidur terus makan aiskrim. Kalau nak dibandingkan dengan aiskrim Nestle Drumstick yang jual kat kedai-kedai tu, aku rasa aiskrim milo buatan sendiri ni lagi sedap.

Dalam family aku, bukan aku sorang je yang suka buat aiskrim sendiri. Abang aku, adik aku, abah aku pon pernah buat jugak. Kadang-kadang ada adik-beradik lain termakan aiskrim yang aku buat. Lepas tu bergaduh bertekak la. Sampai macam tu sekali. Hahaha..

Sejak hidup kat rumah bujang ni, dah lama takde peti ais. So, tak boleh la nak merasa aiskrim milo buatan sendiri. Kalau dah mengidam sangat nak makan aiskrim, pergi jugak la beli kat kedai. Aiskrim yang dalam bekas besar tu je biasa aku beli. Aiskrim yang batang-batang, Drumstick apa jenis semua tu aku tak suka sangat. Dah beli aiskrim dalam bekas tu, nak taknak kena makan sampai habis walaupun perut dah muak tak boleh nak telan sebab peti ais takde, tak boleh nak simpan. Simpan kat luar macam tu je nanti cair pulak.

Ni tengah mengidam nak makan aiskrim milo pulak dah. Melayang la duit kejap lagi ni buat beli aiskrim. Ishh…

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


26 Comments

  1. selalu kalau buat air milo lebih. aku letak dalam peti sejuk. kol 12 tengah malam..ok..mari melantakk.. :devil:

  2. reezluv says:

    aiskrim asamboi paling sedap dulu masa aku kecik… :heart: :heart: :biggrin:

  3. afzal laidin says:

    selalu buat macam ni masa kecik-kecik dulu. :D
    Jom baca entri terbaru di blog afzal laidin – Cara Fikir dan Sikap Strategis Individu CemerlangMy Profile

  4. Selalu beli aiskrim conetto jer makan tepi pantai ,fuhh layan
    Jom baca entri terbaru di blog Andy – Four Thing To Remember When Making Simple ResumeMy Profile

  5. dulu2 rajin gak buat.. kena tunggu sehari kot baru dpt mkn.. :cwy:

  6. Aiskrim milo memang sedap
    nak buat jugak la nanti
    heheeh :biggrin:
    Jom baca entri terbaru di blog wazy – Pesan Roh Kepada ManusiaMy Profile

  7. ahmad kamil says:

    Besttt….. :biggrin:
    Jom baca entri terbaru di blog ahmad kamil – The Muhammed’s Great GunMy Profile

  8. kekadang je makan ais krim.
    takut demam pula.

  9. aiskrim malaysia ada asam tu lagi best dari drumstick..hehe
    Jom baca entri terbaru di blog TheSharkox – TheSharkoxs Wordless Wednesday 3My Profile

  10. beli laa satu peti ais rumah baru nanti..
    haha.. :lol:

  11. safwan seth says:

    dulu mak aku jual aiskrim malaysia,,,paling special aiskrim durian belanda,,siap ade isi durian belanda lagi. :heart:

  12. Musim panas bagus juga ambil benda sejut tetapi tidak boleh selalu nanti sakit tekak dan batuk

  13. teringat zaman budak2 dulu :)
    Jom baca entri terbaru di blog Amirez – 7 Sebab Jambu Layak Jadi Juara Maharaja LawakMy Profile

  14. akuorgkmpng says:

    dlu kt kg duk buat bisnes ais..
    ais milo, ais asam, ais bandung, ais jagung.. mcm2 lgi la..
    tapi bisnes hancur, adik2 aku yg duk tibai.. x balik modal.. haha

    skrg ni, umah sewa x dak peti ais.. huhu
    Jom baca entri terbaru di blog akuorgkmpng – Wordless Wednesday 1My Profile

  15. Sabahan Bloggers Club says:

    Aha…. Dah lama tak makan aiskrim buat sendiri. Tapi sekarang ni dah kurangkan minuman berais. Tak boleh amalkan selalu. Baik minum teh o kurang manis bro. :)
    Jom baca entri terbaru di blog Sabahan Bloggers Club – Idea for 1MalaysiaMy Profile

  16. Aiskrim potong paling sedap..
    Jom baca entri terbaru di blog Fazreen – Creative Calendar DesignsMy Profile