Movie After Earth Cerita Bapa dan Anak

Hari Ahad lepas aku dan isteri tercinta luangkan sedikit masa bersama tengok movie After Earth lakonan aktor kegemaran aku – Will Smith. Dalam After Earth ni Will Smith berlakon dengan anak dia, Jaden Smith.

Kitorang layan di GSC Mid Valley guna tiket Gold Class. First time kitorang layan movie kat hall Gold Class. Best giler seat dia siap ada selimut. Baru tak rasa sejuk sangat masa layan movie.

anarm gsc gold class

1 Tiket Gold Class berharga RM60. Patut la best je layan movie kat Gold Class. Sepadan dengan harga dia. Nasib baik dapat ticket voucher, kalau nak beli guna duit sendiri memang TAK la. Sayang duit. Heheh..

Review Movie After Earth

Movie After Earth mengisahkan tentang Bumi mengalami bencana alam yang menyebabkan penduduk bumi terpaksa keluar dari bumi. Diorang jumpa satu planet baru yang sesuai untuk didiami dipanggil Nova Prime.

Kitai Raige (Jaden Smith) berusaha untuk menjadi seorang Ranger (tentera). Result setiap ujian dia semua bagus tapi permohonan dia untuk jadi seorang Ranger ditolak kerana sikap dia yang suka bertindak melulu. Ayah dia, General Cypher Raige (Will Smith) rasa frust giler dengan dia.

after earth faia cypher

Faia (Sophie Okonedo), iaitu mak Kitai memujuk suaminya General Cypher untuk bawa Kitai bersama-sama dalam misi terakhir Cypher sebelum bersara. Tapi berlaku ribut asteroid dalam misi tersebut menyebabkan kapal angkasa diorang terpaksa mendarat di bumi. Bumi waktu tu merupakan planet yang tak dibenarkan sesiapa pun mendarat atas sebab keselamatan.

after earth kitai cypher

cypher kitai breath after earth

Kapal angkasa diorang terhempas semasa nak mendarat di bumi. Semua dalam kapal angkasa tu mati kecuali Kitai dan ayahnya, General Cypher. Tapi kaki Cypher patah. Alat untuk minta bantuan pun rosak. Harapan untuk diorang hidup adalah alat minta bantuan yang ada di ekor kapal angkasa, tapi ekor kapal dah terputus dan jatuh sejauh 100KM dari tempat diorang.

after earth cypher kitai

after earth tail crash

Oleh sebab Cypher tak dapat jalan kerana kaki dia patah, Kitai terpaksa keluar seorang diri mencari ekor kapal angkasa untuk dapatkan alat minta bantuan. Dalam misi untuk dapatkan alat tu, Cypher membantu Kitai dengan memberi arahan menggunakan alat komunikasi dan memantau pergerakan Kitai.

after earth kitai walk

kitai after earth

Dalam misi mendapatkan alat minta bantuan tu, Kitai lalui banyak perkara bahaya sehingga menyebabkan alat komunikasi dia rosak dan tak dapat berhubung dengan Cypher.

Cuaca di bumi juga berubah menjadi terlampau sejuk pada satu-satu masa dan Kitai terpaksa berlari ke kawasan yang bersuhu panas sikit. Tanpa alat untuk berhubung dengan bapanya, Kitai terpaksa bertindak sendiri dalam misi antara hidup dan mati.

after earth kitai tail volcano

Kalau nak tahu jalan cerita After Earth korang kena la tengok sendiri atau download. Bagi aku cerita After Earth ni best jugak la. Tapi bagi korang tak tahu la korang rasa best ke tak. Ada orang cakap banyak perkara merepek dalam movie ni. Dah nama pun “MOVIE”. Sains fiksyen pulak tu. Nak real punya ko tengok la cerita melayu. Keh3..

Cuma dalam movie After Earth ni dia lebih ketengahkan watak lakonan Jaden Smith. Will Smith banyak duduk rilek je dalam kapal angkasa.

Dalam After Earth juga ada seekor makhluk dipanggil “Ursa”. Makhluk yang ganas dan hodoh giler tu menyerang manusia yang ada rasa takut. Macam mana agaknya nak buang rasa takut dalam diri kita bila berdepan dengan makhluk tu, atau dalam apa jua situasi?

“Fear is not real. It is a product of thoughts you create. Do not misunderstand me. Danger is very real. But Fear is a choice.” – Cypher Raige (Will Smith)

Bintang: 3/5

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

23 Comments

  1. Hehe..selesanya..dalam pawagam ke tu anarm?siap ada selimut lagi tuh..hehe
    Entri terbaru di blog Hafizul : Jeng Kreng Wase LeningMy Profile

  2. kawan saya ckap citer nie tak berapa best…..ye ker,,,? saya tak tengok lagi….
    Entri terbaru di blog sukma : Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.My Profile

  3. banyak movie aku dah miss..ahh..sabtu ni pulun habis2an
    Entri terbaru di blog hafizrahim : Setahun Bersama DataKLMy Profile

  4. Teringin gak layan GOLD CLASS.. tapi kena pilih movie yang action packed or romantic comedy baru best
    Entri terbaru di blog hazman aka species1980 : HAZMAN vs FOOD – Mcdonalds Spicy Chicken McWrapMy Profile

  5. gold class tue.. :biggrin:
    waaaa.. nak g tgk lah mcm nih…
    Entri terbaru di blog fyna : Berniaga Di Bulan RamadhanMy Profile

  6. film ini sering di pormosikan di tv2 Indonesia, nampaknya bagus ya tuk di tonton kalau dah direkomendasikan oleh anda juga ni. Insya Allah saya akan nonton juga After Earth ini
    nice info
    Entri terbaru di blog Rina : How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

  7. kakiblog says:

    fuh…bayaran RM60 untuk wayang memang sasaran golongan elit..
    Entri terbaru di blog kakiblog : Mendapat Trafik Secara Plug In Facebook Dalam Blog WordPressMy Profile

  8. tgk trailer mcm best juga
    ada kesempatan boleh tgk nanti :)
    Entri terbaru di blog Sop : Karnival Usahawan Industri Asas Tani Bumiputera Pulau Pinang 2013My Profile

  9. macam best je ni, tunggu kat TV je nnti, x sempat nak g panggung :)
    Entri terbaru di blog auc : Rahsia Kebaikan Seks untuk Suami yang Isteri Perlu TahuMy Profile

  10. wahhhh layanzzz vvip time nampakkkkk hehe
    Entri terbaru di blog sweetkurma : abang jamil, pening?My Profile

  11. Kerusi empuk memang boleh lena tidur.
    Entri terbaru di blog akubiomed : Dapat tiket percuma Grand Finals Malaysian Invasion Mixed Martial ArtsMy Profile

  12. huhu..aku kena tengok gak cerita nih..tak sabar tunggu hujung minggu ni..
    Entri terbaru di blog titan : Jobdirumah Payment – Kali ke 36My Profile

  13. amboi gold class memang best lah boleh tertidur kot pernah cuba sekali dulu hahah memang puas, pasal cerita ni overall best lah 7/10 aku kasi hehehhe
    Entri terbaru di blog jal : Promosi Minyak Wangi Asli Dari MesirMy Profile

  14. macam seronok jer tengok movie kat panggung kan, nikmatilah saat berdua ni sepuas-puasnya sebelum ada “orang ketiga” yang tidak membenarkan aktiviti tengok wayang begini..hehe

    aku kena sabar tunggu versi muat turun nampaknya..hehe
    Entri terbaru di blog ejam : Terlelap Sambil Tengok Garfield.My Profile