AES Detector – Aplikasi Android Kesan Kamera AES

AES Camera

Terbaca entri di blog Kak Jie tentang satu aplikasi Android iaitu AES Detector. Menarik! AES Detector ni merupakan aplikasi mudah alih (smartphone) untuk mengesan Kamera AES yang baru dikuatkuasakan di Malaysia. Sistem automatik dari aplikasi ni akan mengeluarkan bunyi amaran untuk mengingatkan kita bila terdapat sebarang Kamera AES dalam lingkungan 1,000 meter dari kedudukan kita berada. Pastikan pembesar suara telefon bimbit dihidupkan untuk mendengar bunyi amaran.

Aplikasi AES Detector ini hanya boleh digunakan dalam MALAYSIA sahaja.

Berdasarkan data yang diterbitkan di Portal JPJ, terdapat 831 lokasi akan disasarkan untuk melaksanakan Kamera AES. Sila rujuk Portal JPJ untuk maklumat lanjut lokasi pemasangan kamera AES.

Cara Guna Aplikasi AES Detector

Phone perlu ada aplikasi Adobe AIR untuk membolehkan AES Detector ni dijalankan. Kalau phone korang belum ada Adobe AIR lagi, install dulu. Search kat Google Play. Lepas dah ada Adobe Air baru AES Detector boleh dijalankan. Bila korang klik aplikasi AES Detector yang dah dipasang dalam phone, korang akan nampak paparan berikut:

Antaramuka aplikasi AES Detector

Antaramuka paparan aplikasi AES Detector

AES Detector tak memerlukan talian internet. Cuma perlu aktifkan fungsi GPS pada phone. Bila sedang memandu dan tiba-tiba kita berada dalam lingkungan 1,000 meter dengan Kamera AES, aplikasi AES Detector akan mengeluarkan bunyi amaran. So, perlahankan lah kenderaan anda untuk mengelakkan disaman.

Aplikasi AES Detector boleh dipasang melalui Google Play (Install AES Detector) atau boleh scan QR Code di bawah ni. AES Detector dibangunkan oleh Kevin Chua.

Install AES Detector

Ada sape-sape dah cuba aplikasi AES Detector ni? Aku baru install AES Detector dalam phone. Petang nanti lepas habis kerja nak pergi test kat Putrajaya.

Credit gambar: MotorTrader

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

30 Comments

  1. emm macam2 teknologi sekaranmg ini…hehe..lepas ni makin laku la gadjet mcm tu android tu..hehe
    Jom baca entri terbaru di blog hafizul – Selamat Hari Raya AidiladhaMy Profile

  2. Rsnya ok, tp xdo bunyi signal yg sy Nye, just timbUi Kat x interface shj…… good knobs Kevin Chua

  3. Aku pun kena sambar android jugak ,btw terima kasih untuk info aplikasi berguna ni
    Jom baca entri terbaru di blog wazy – E Book Mas Kahwin Yang HilangMy Profile

  4. nak kena sambar hp android juga ler nampaknya, hp cokia ni pun dah mula meragam skit2, kira ada alasan kukuh ler kan utk tukar hp iaitu nk pakai apps AES detector ni…padahal…haha

    *memang smart gak avatar komen bulat.
    Jom baca entri terbaru di blog ejam – Atok Othman Pun Ada Netbook 1Malaysia.My Profile

  5. kartikel.com says:

    menarik app ni, haritu 500m sekarang dah tukar 1km baru berbunyi
    Jom baca entri terbaru di blog kartikel.com – Cara Deactivate Facebook Orang Yang Dah MatiMy Profile

  6. Setiap kali saya guna GPS memang akan ada bunyi alarm Speed trap.. Tapi kadang tu disebabkan nak cepat sampai ke destinasi, bawa lajulah juga..

    Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..
    Jom baca entri terbaru di blog Anuar – Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..My Profile

  7. ada pro n kons apps ni

    kons–> orang tak takut nak pecut ;)
    Jom baca entri terbaru di blog cikgu naman – Macam Mana Rasanya Menjaga 30 Blog?My Profile

  8. mmg bijak sapa yg reka apps ni.. :)
    Jom baca entri terbaru di blog Jebeng Otai™ – Siapa samseng sebenarnya?My Profile

  9. dah install..mmg berkesan..!!tapi alarm dia slow sangat..dah set volume besar dah

  10. tu dia..semua keluar dah aplikasinya..

  11. oh baru tau pasal apps nih…nak install la pasnih…thx kongsi bro…:)

  12. Lebih baik ubah cara pemanduan. Kalau sudah berbunyi sempat ker lagi untuk perlahankan kenderaan.
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Zulfahmi Khairuddin raih no 2 perlumbaan Moto3My Profile

  13. wah kena download ni
    utk peringatan senang sikit nak speed :)
    Jom baca entri terbaru di blog auc dot com – Samsung dan Google Hasilkan Samsung Chromebook Untuk Saingi MacBook AirMy Profile

  14. Menarik aplikasi ni. Tapi kalau sudah menggunakannya dan tetap disaman, disarankan ubah cara pemanduan!
    Jom baca entri terbaru di blog anif – Alhamdulillah Saya Sudah Selamat Kembali Ke Tanah Air!My Profile

  15. faizfakhirin says:

Trackbacks

  1. 10 Blogger Terbaik Malaysia says:

    [...] Blog yang ini juga dalam radar 3 blog pilihan terbaik saya. Banyak tutorial yang memberi manfaat dan terberkesanan yang amat mendalam. Cara penyampaian sesuatu tutorial amat terperinci sebagai contoh entri AES aplikasi Android ini. [...]

  2. 3 Blog Pilihan Terbaik says:

    [...] yang amat mendalam. Cara penyampaian sesuatu tutorial amat terperinci sebagai contoh entri AES aplikasi Android ini. Saya suka saya [...]