5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

5 blog paling kerap lawat pada tahun 2011

Artikel ini merupakan projek yang dikendalikan oleh Encik Denaihati, pemilik blog Denaihati.com. Seperti yang korang sedia maklum, Denaihati sering adakan blog contest dan bermacam-macam lagi projek lain yang dikatakan dapat membantu sesama blogger yang turut serta menyertainya. Projek “5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011” ini merupakan projek terbaru daripada beliau. Sesiapa yang rasa nak sertai projek Network Blogger ni bolehlah terbitkan entri blog dengan senarai blog-blog yang kerap dilawati pada 2011.

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti “Bantu Blogger jadi No 1”  – Denaihati.com

 
Sebagai usaha memberi sokongan ke atas projek Denaihati.com, aku rasa macam nak senaraikan semua blog yang kerap aku lawat sepanjang tahun 2011. Tapi syarat yang ditetapkan oleh Denaihati hanya 5 blog paling kerap dilawati 2011. 5 pon 5 lah. Senarai 5 blog yang bertuah adalah seperti berikut:

  1. Amanz.my

  2. blog amanz.my

    Blog Amanz.my ni merupakan blog yang penuh dengan info-info tentang teknologi-teknologi semasa. Sesuai dengan tagline yang digunakan – “Informasi Komputer dan Teknologi Semasa“. Pemilik blog Amanz.my yang agak geek ini juga mempunyai beberapa rangkaian blog lain yang dibangunkan dengan niche yang tersendiri seperti LinuxMalaya, Berry.my dan Gajet.net.

  3. Zulseffort.com

  4. tips twitter dan buat duit twitter

    Zulseffort.com, sebuah blog yang banyak bercerita tentang tips-tips Twitter, bagaimana nak buat duit dengan Twitter, dan macam-macam lagi maklumat tentang Twitter. Aku dah pun berjumpa dengan pemiliknya. Dari apa yang dikongsikan oleh beliau di blognya dan juga secara bersemuka, Twitter memang sesuatu yang sangat menarik.

  5. Melayubuntu.blogspot.com

  6. sistem operasi percuma ubuntu untuk malaysia

    Artikel-artikel Melayubuntu banyak berkisar tentang ilmu sistem operasi Ubuntu. Ubuntu merupakan sistem operasi Linux dengan fungsi yang sama seperti Windows dan Mac. Apa yang membezakannya dengan sistem-sistem operasi yang lain adalah ianya PERCUMA. Tidak seperti Windows dan Mac yang perlu bayar dulu sebelum guna (Ori).

  7. HilangPunca.com

  8. pipiyapong hilang punca

    Blog Hilang Punca kepunyaan ‘Pipiyapong’ ni adalah salah satu blog paling merepek yang aku pernah lawat. Apa yang membuatkan ianya best ialah sebab cara penyampaian dan penulisan dia yang memang sempoi habis. First time aku baca entri kat blog ni terus menyebabkan aku tergelak besar sampai tergeliat usus perut. Bukan calang-calang orang boleh buat macam gitu.

  9. Ini Belog Saya

  10. ini belog hanis zalikha

    Semua mesti dah tau belog ni belog sape kan? Tak salah kan laki baca blog perempuan? Hehe.. Blog Hanis Zalikha ni aku suka baca dan suka tengok gambar-gambar dia dengan gambar makanan macam-macam. Meleleh air liur tengok makanan sedap-sedap.

 
Orait. Itu sahaja 5 blog yang kerap aku lawat sepanjang tahun 2011 ni. Syarat lain untuk projek 5 blog kerap lawat pada 2011 adalah perlu menjemput 10 rakan blogger yang lain untuk turut sama memeriahkan acara ni. Oleh itu, 10 blogger yang aku nak sangat-sangat diorang join acara ni adalah:

1.    Nurr Style 6.    Syahid.biz
2.    Aku Tak Femes 7.    Ahmard Chuyrys
3.    Lolo’s Kotoba 8.    Suraya Sagi
4.    Army4War 9.    Judinbo
5.    Bistari Corner 10.  Cik Yash Sempoi
Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


55 Comments

  1. salam, selepas kita buat entry ni nak submit apa apa tak kat mereka??

  2. cayalah,Anarm dah siap entri ni,wajib beri sokongan sekali ni :cheerful:
    Jom baca entri terbaru di blog wazy – Manusia Bertanya,Al-Quran Menjawab….My Profile

  3. sempena esok hari terakhir 2012, KKO akan join segmen ni…
    Jom baca entri terbaru di blog kedaikasperskyonline – MOVIE DOWNLOAD : OMBAK RINDU (2011) DVDRip RMVBMy Profile

  4. hmmmm blog th3b0r3dsha masih jauh ketinggalan? huhu
    Jom baca entri terbaru di blog ASYA – NAPBAS namamu teratas …My Profile

  5. Ummi Hanie says:

    oh..paham sudah … time kasih … :happy:

    insyaallah nak join + wat entry dlm amsa terdekat :wink:
    Jom baca entri terbaru di blog Ummi Hanie – Bantu penuhi impian teman …My Profile

  6. Assalam…saya baru first time lawat sini rasanya…:)

    saya datang dari denai.com….:)

    untuk selalu datang sini kiter muatkan dalam bloglist kiter…

    Sekian Terima kasih….ehhe
    Jom baca entri terbaru di blog linda a.k.a ibusumaiyah – Baru jerr Rembat Kain Pasang : BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARUMy Profile

  7. hebat lah,,,nak join gak blog gua tak der pun

  8. hebat lah,,,nak join gak

  9. singgah melawat…

  10. menarik!

  11. Memang terbaik la blog tu. saya da lawat semuanya. dan ni akan menjadi blog yang wajib dilawat
    Jom baca entri terbaru di blog beaty – Gambar – Rozita Che Wan sebagai Duta Safi Rania GoldMy Profile

  12. Tak pernah masuk kat blog hilangpunca jer lagi walau dah banyak kali baca pasal dorang ni kat blog lain.
    Jom baca entri terbaru di blog Sabahan Bloggers Club – 5 Blog paling kerap dilawati 2011My Profile

  13. Pejuang kesenian extreme says:

    Bro anarm pon dah wat entri ni…
    Um,bagi masa,tengah curi masa nak menulis ni…hehe
    Jom baca entri terbaru di blog Pejuang kesenian extreme – Laman Web This Is My Story Sangat Gempak!My Profile

  14. Singgah buat pertama kalinya…. macam dunia baru rasanya….. sumer kat atas jarang didengari… Selamat berkenalan… :biggrin:
    Jom baca entri terbaru di blog Pembawa Wacana – Sekolah Dulu Sekolah SekarangMy Profile

  15. samanosuke_04 says:

    waaa.. cam best jer kontest nie, kalo tak menang pun janji bleh banyak networking. senang trafik masuk.. hohohoh
    Jom baca entri terbaru di blog samanosuke_04 – 3 Jenis Pelajar Medic Kat Moscow Nie…My Profile

  16. waaaa..aku pun tsenarai ek anarm..thanks a lot..budi mu akan ku balas..
    Jom baca entri terbaru di blog bistari – Minta Pertolongan – Senarai laman web untuk pengiklananMy Profile

  17. amanz memang geek. zul pulak banyak ‘pecah lubang’ pasal twitter. malayubuntu perlu perbanyakkan tutor untuk pecahkan keBUNTUan mereka yang baru kenal distro LINUX terutama Ubuntu.

    hilang punca setelah miss contact dengan geng jurnal hehe. ini belog saya sangat menggiurkan!
    Jom baca entri terbaru di blog megat – Perniagaan kebab dan Joe Satriani!My Profile

  18. blog amanz.my memang best
    tak rugi kalau baca semua info dari situ :lol:
    Jom baca entri terbaru di blog wazy – Casing KomputerMy Profile

  19. Oh nmpknye skali lg blog akuu x tersenarai..huhu :cwy:

  20. suka stalk inibelogsaya rupanya :tongue:
    Jom baca entri terbaru di blog aizuddin – Cek Pertama Dari Churp-ChurpMy Profile

  21. aku layan jugak amanz.my tu..
    Jom baca entri terbaru di blog Mus – 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

  22. haha, terbaik ah.
    auwww nak kena tukar header la lepas ni, letak muka lisa surihani, hanis pun kalah..ekeke
    Jom baca entri terbaru di blog syahrilhafiz – 5 blog paling kerap dilawati 2011My Profile

  23. hahaha… hilangpunca pon masuk jugak

    memang merepek habis!
    Jom baca entri terbaru di blog MuJE – 5 Blog Paling Kerap Dilawat 2011My Profile

  24. suffer8zine says:

    hilangpunca ni salah 1 blog owner sokernet kan

  25. Terima kasih bro. Ada blog rujukan Ubuntu seperti Melayubuntu boleh dijadikan rujukan kerana saya sudah pun pasang Ubuntu pada desktop
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Permainan kanak-kanak perlu ada logo MCMy Profile

    • @akubiomed, komuniti Ubuntu besar.. tutorial & rujukan senang je boleh jumpa kat google.. kalau ada apa2 masalah, aku biasa cari solution kat forum JomLinux dulu.. tak jumpa baru aku cari tempat lain..

      • @Anarm, Terima kasih. Ada juga saya mengunakan Google tapi kadang info tersebut sudah basi. Kalau sudah komunitu Ubuntu tempatan sudah bagus untuk buat rujukan

  26. kena join juga ni..
    ehheheee
    Jom baca entri terbaru di blog mie – Majlis Bertandang Ke Rumah Pengantin LelakiMy Profile

    • @mie, join.. jgn tak join.. senaraikan 5 blog je.. kalau dah tak tau sgt, petik je blog sape2 pon.. asalkan dapat update blog.. haha..

  27. Ooo yeah, aku pun suka INIBELOGSAYA. Memang melelehh.. :devil:
    Jom baca entri terbaru di blog Baloot – Melukis ‘Tattoo’ Pada Bahagian Muka Menggunakan Adobe PhotoshopMy Profile

  28. eh blog aku pun ada.. terima kasih , terima kasih..
    Jom baca entri terbaru di blog zuls – Twitter SEO – Blogger Jangan Pandang RendahMy Profile

  29. agak geek? haha. aku noob jer. wuuu~
    Jom baca entri terbaru di blog aman – BlackBerry Messenger Untuk iPhone Pada 26 AprilMy Profile

  30. Dauspozi says:

    Meleleh air liur tgk makanan ke atau tengok tuan makanan tu?… #kbai :tongue:
    Jom baca entri terbaru di blog Dauspozi – 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

Trackbacks

  1. [...] ruangan komen entri ini. Kepada yang kurang faham nak buat entri boleh contoh entri blog Anarm. (Jangan ambil peluang iklan blog sendiri yang lain kerana ini tidak akan membantu mencapai [...]

  2. [...] di ruangan komen entri ini. Kepada yang kurang faham nak buat entri boleh contohi entri blog Anarm.Aku sedang berusaha mencari hadiah terbaik untuk 5 blog paling kerap dilawati 2011 jadi lebih [...]

  3. [...] yang dikongsikan adalah berkenaan dengan pembangunan komputer tidak kira software ataupun hardware.Anarm.net – Paling saya gemari mengenai blog ini adalah hasil tema yang dibina oleh empunya blog. Selain [...]

  4. Blog paling kerap dilawati 2011 | Denaihati says:

    [...] Sembangkemass.blogspot.com, Darkbatman.com, Yanmieonline.com, Faizalfredley.com, My.mustaffa.org, Anarm.net, Broframestone.com, Gadishanim.blogspot.com, terima kasih di atas kerjasama untuk menjadikan projek [...]