2012 Tahunku Yang Kacak

2012 Tahunku Yang Kacak

2012 Tahunku Yang Kacak. Kenapa? Sebab tahun 2012 ni banyak perkara yang ‘kacak’ berlaku dalam hidup aku. Antaranya adalah dalam tahun 2012 aku bertunang dengan awek aku. Lebih kurang 6 bulan kemudian aku dan dia berkahwin dan secara rasminya telah sah menjadi suami isteri. Rasa kacak bila ramai orang tengok aku dan isteri bersanding atas pelamin. Masih dalam mood pengantin baru lagi ni. Hehe.

Tahun 2012 ni juga aku tengok ramai rakan blogger dan rakan forum yang kacak-kacak dan cantik-cantik akan tamatkan zaman bujang mereka. Baguslah! Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat kepada korang semua.

Selain tu, sepanjang tahun 2012 ni aku juga berpeluang join banyak event blogger membuatkan aku rasa 2012 Tahunku Yang Kacak. Event yang aku pergi baru-baru ni, Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch, dapat jumpa beberapa rakan blogger yang sebelum ni hanya kenal dalam blog, Twitter dan Facebook je. Macam tu la setiap kali join event blogger, mesti akan jumpa rakan-rakan blogger yang lain.

Malaysia Social Media Week (MSMW 2013)

Satu lagi yang membuatkan 2012 tahunku yang kacak adalah sebab sekarang ni aku dan isteri dah berjaya miliki kereta sendiri. Senang sikit nak pergi mana-mana walaupun hari hujan. Kalau dulu masa bergerak ke sana ke mari menggunakan motor, bila hujan terpaksa berteduh dan kadang-kadang terpaksa basah kuyup meredah hujan. Motor pun asyik bermasalah je. Maklum sajalah motor lama. Kejap-kejap tayar pancit, kadang-kadang enjin tak boleh hidup. Macam-macam dugaan.

kereta perodua alza

Perodua Alza (Gambar diambil dari blog isteri aku)

Sejak dah berkereta ni, motor tersadai kat tempat ‘parking’. Bila tengok keadaan motor macam tu rasa sedih pun ada. Dah banyak jasa beliau kepada aku dan isteri sebelum ni. Tengoklah, ada duit lebih nanti aku hantar repair semua kerosakan yang ada kat motor kesayangan aku tu.

Dan.. Kenapa aku rasa 2012 Tahunku Yang Kacak? Kerana dapat belajar banyak perkara tentang ilmu sepanjang tahun 2012 ni. Dapat belajar ilmu blogging, ilmu agama, ilmu kerja, ilmu rumah tangga, ilmu kehidupan dan macam-macam lagi. Semua hasil dari perkongsian rakan-rakan blogger dan rakan-rakan yang berada dekat sekeliling aku, serta daripada pengalaman sendiri yang dilalui setiap hari.

Tak lama lagi 2012 Tahunku Yang Kacak akan berundur pergi meninggalkan kenangan dan sejarah dalam hidup ni. Oleh itu, kena hargai setiap detik yang masih berbaki.

Contest SEO Extravaganza anjuran blogger Syaifuddin Alias ini ditaja oleh Ciktom, mksyahir, FauziBlues, Eizil Network, Lepakk[dot]com, LadFeamir, My Arazzi, penmerah[dot]com, nurmisnan dan puanbee[dot]com.

p/s: Selamat tahun baru 1434H (yang kacak) diucapkan kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga Allah memberkati rezeki, usia, kesihatan dan hidup kita. Aminn…


51 Comments

  1. says

    selamat tahun abru 1434h..emm kesian memang kesian bila tgok keadaan mutor sepi tanpa diguna..ok jugak ideal tu..ada duit lebih, elok la di baiki…sy dah lama pakai kereta dan sekarang ni rasa selesa menaiki motor sahaja..dulu time tak ada kereta rasa nak kereta..bila da kereta rasa nak naik motor pulak..mcm2 hidup ni..
    Entri terbaru di blog Hafizul : Tempias Daripada Contest SEOMy Profile

  2. says

    Wah alza pepel yer..cantik.
    Banyak perkara kacak sepanjang 2012 kau..semoga 2013 kau akan bertambah kacak bila mendokong baby sendiri.
    Doa aku dan keluarga agar kau dan isteri dilimpahkan rahmat dan rezeki lebih lagi.
    Entri terbaru di blog ejam : Peneman Papa Di Mana Sahaja.My Profile

Trackbacks