2 Akaun WhatsApp dalam 1 Phone (Android)

2 akaun WhatsApp dalam 1 phone. Macam mana nak buat? Benda ni dah lama aku fikir sejak guna smartphone Lenovo S930.

Phone Lenovo S930 aku ni jenis dual sim. Boleh masuk 2 simkad dalam 1 phone. Tapi hanya satu nombor je yang boleh guna untuk WhatsApp.

Nombor satu lagi walaupun dah ada akaun WhatsApp tapi tak boleh guna serentak.

Nasib baik ada OGWhatsApp, aplikasi smartphone yang telah diubahsuai daripada aplikasi WhatsApp for Android yang original.

OGWhatsApp membolehkan kita untuk guna 2 nombor WhatsApp dalam satu peranti tanpa perlu “Root” dan ianya mampu berfungsi serentak dalam satu masa yang sama.

OGWhatsApp 2 nombor WhatsApp dalam 1 phone

Senang sikit ada OGWhatsApp ni. Dua-dua nombor boleh guna untuk ‘wasap’ dengan kawan-kawan. Nak ‘wasap’ dengan nombor sendiri pun boleh jugak. Haha.

Ciri-Ciri OGWhatsApp

  • Boleh guna 2 nombor dalam satu peranti
  • Boleh backup dan restore data
  • Boleh pilih icon app
  • Sokongan sistem ART runtime (diuji pada Android 4.4.2)
  • dan banyak lagi…

OGWhatsApp - 2 WhatsApp dalam 1 phone Android

OGWhatsApp restore data Android

Cara Install OGWhatsApp

1) Nombor Lama di OGWhatsApp, Nombor Baru di WhatsApp

  • Buat backup dalam WhatsApp jika nak simpan mesej-mesej yang sedia ada (Setting > Chat Setting > Backup conversations)
  • Clear data aplikasi WhatsApp (System Settings > Apps > WhatsApp > Clear Data), atau boleh juga reinstall semula.
  • Buka File Manager dan rename folder “WhatsApp” kepada “OGWhatsApp”
  • Download OGWhatsApp kemudian install dalam phone.
  • Verify nombor baru menggunakan aplikasi WhatsApp original.
  • Verify nombor lama menggunakan aplikasi OGWhatsApp (boleh restore data yang dah backup tadi, kalau nak)
Nombor lama di OGWhatsApp dan nombor baru di WhatsApp original
Nombor lama di OGWhatsApp dan nombor baru di WhatsApp original

2) Nombor Lama di WhatsApp, Nombor Baru di OGWhatsApp

  • Buat backup dalam WhatsApp jika nak simpan mesej-mesej yang sedia ada (Setting > Chat Setting > Backup conversations)
  • Clear data aplikasi WhatsApp (System Settings > Apps > WhatsApp > Clear Data)
  • Buka File Manager dan rename folder “WhatsApp” kepada “OldWhatsApp”
  • Verify nombor baru menggunakan aplikasi WhatsApp original.
  • Clear data aplikasi WhatsApp (System Settings > Apps > WhatsApp > Clear Data)
  • Buka File Manager dan rename folder “WhatsApp” kepada “OGWhatsApp”
  • Rename folder “OldWhatsApp” kepada “WhatsApp”
  • Download OGWhatsApp kemudian install dalam phone.
  • Verify nombor lama menggunakan aplikasi WhatsApp original.
  • Verify nombor baru menggunakan aplikasi OGWhatsApp.
Nombor lama di WhatsApp original dan nombor baru di OGWhatsApp
Nombor lama di WhatsApp original dan nombor baru di OGWhatsApp

Bila dah berjaya buat semua langkah tu, lepas ni dah boleh ber’wasap’, berbalas-balas mesej dengan kawan-kawan menggunakan 2 nombor. Siapa pakai smartphone yang dual sim bolehlah cuba.


Update (09/06/2016):
Aplikasi OGWhatsApp telah dihentikan. Anda boleh gunakan aplikasi GBWhatsApp dengan fungsi yang sama.

Atau nak lebih selamat guna versi WhatsApp rasmi bersama WhatsApp Business untuk 2 akaun WhatsApp dalam 1 phone.

67 Comments


  1. this is really nice I love WhatsApp GB so much. I don’t think I can switch back to the normal WhatsApp anymore. I have downloaded this new version thanks for sharing.

  2. sy dh ada dua2 whatsaap dlm 1 hp tp bkn 2 sim. smlm sy dh download gbwhatsaap n whatsaap messenger. sy hnya ada 1 sim. xbley ke klu guna sim yg sama..

    • Kenapa nak guna 1 sim untuk 2 Whatsapp dalam phone yang sama?? 1 aplikasi Whatsapp cuma boleh guna untuk 1 nombor (1 sim).

      • Whatsapp Official — 1 nombor
      • GBWhatsapp — Nombor kedua (jika ada)

      Untuk guna GBWhatsapp (nombor kedua), simkad tak semestinya ada dalam phone yang sama. Simkad dok dalam phone lain pun boleh.

  3. Salam. Saya nak tanya. Sy dah tekan download OGwhatsapp yg telah disediakan dalam entri ni dan lepastu dia suruh install Mega Apps. Betul ke caranya tu? Tukar nama whatsapp semua dah okey cuma tang nak download OGwhatssap tu tersanglut pula.

    • Waalaikumussalam.. Sori..
      OGWhatsApp dah tak boleh guna..
      Outdated..

      Boleh search “GBWhatsApp” kat Google..
      Fungsi sama.. Cara install pun sama..

    • Nak tahu orang lain wasap dengan sape?
      Maksudnya.. contoh, kawan kita wasap dengan orang lain,
      dan kita tahu dia wasap dengan sape.. macam tu ke?

      Tak boleh..

  4. salam 1Malaysia

    OG WhatsApp sama dengan WhatsApp Plus tak? sebelum nie sesiapa yang pasang WhatsApp Plus kena block dengan WhatsApp. risau juga nak pasang OG WhatsApp, takut kena block. masih OK lagi OG WhatsApp?

    tQ

    • WhatsApp Plus tak pernah guna langsung.. Jadi, tak tau dia sama atau tak dengan OGWhatsApp ni..

      Setakat ni guna OGWhatsApp ok jer.. Cuma hari tu dah kena block.. Tapi dah keluar versi yang dah update dan boleh pakai macam biasa..

      • so, maksudnya WhatsApp pernah diblock sebab ada pasang OG WhatsApp la kan? serupa kes macam WhatsApp Plus gak. cuma kalau dah boleh pakai lepas update WhatsApp, kira OK la. kalau terus block, tu yang bikin naya aje. dua2 terus tak leh pakai. btw, tQ

        • Apps OGWhatsApp je kena block.. Account tak kena block..

          Kalau pakai WhatsApp Plus tu rasanya ada user yang dah kena block account, kan? Langsung tak boleh guna WhatsApp dah..

  5. Kalau on data pada sim 1..sim 2 pun boleh dpt line utk berwhatsapp ke? Line internet link ea?..

  6. Sy dah pakai OGWhatsapp awl bln mac hari tu.sblm ni x de masalah.if kena update sy buat balik cara lama. Tp skrg OGWhatsapp sy dh obsolute..amik yg latest version pun x dpt. pening mcm mana nk buat ni?ada cara lain x?tq

  7. Wah agak bagus ni. Boleh cuba nanti. Tapi saya betul-betul nak rekemen telegram lah. Boleh tahan juga aplikasi ini.

    *Maaf ye Tuan Anarm. Pop up ads di setiap post ni agak menganggu lah. Kalau pop up ni kat laman depan sekali saya rasa ok kot.

    • Hari tu dah try Telegram. Boleh tahan jugak. Siap ada aplikasi untuk desktop lagi. Terbaik! Tapi kawan2 ramai guna WhatsApp. Nanti nak kena kenalkan diorang dengan Telegram.

      *Popup tu saje2 try. Memang rasa mengganggu jugak. Hehe. Semalam tak sempat nak buang. Thanks sebab beritahu..

    • Tak kisah mana2 model phone semua boleh guna apps OGWhatsApp. Tapi phone tu kena Android lah. Aku takde phone Lenovo A880. Boleh cuba install ikut step yang ditulis dalam entri ni.

        • Sangkut macam mana tu? Tak jumpa folder? Biasanya buka File Manager / File Browser dah boleh nampak folder “WhatsApp”..

          Bila nak rename folder pastikan huruf besar dan huruf kecik tu sama macam yang ditulis dalam entri.

          *File manager aku guna “ES File Explorer” (free)..

            • Terpulang.. Kalau nak guna OGWhatsApp untuk nombor lama, buat cara no.1.. Kalau nak guna OGWhatsApp untuk nombor baru, buat cara no.2..

              Paling senang cara no.1.. Cara no.2 tu ada tambahan step.. Takut pening je..

            • So kalau pakai dua sim tu.
              data internet dia ambil dari salah satu atau dua2.
              cth maxis on data internet so internet untuk no lagi satu boleh pakai ke ?

              • Phone dual sim ni data intenet cuma boleh ON untuk 1 sim.. Dia akan guna data yang kita aktifkan je, takkan guna dua2.. Cth maxis dah on data, sim satu lagi pun boleh pakai sebab dah ada internet connection kat phone..

    • Tak boleh? Sepatutnya ok je kalau ikut step yang betul.. Terutama sekali part yang rename folder tu, kena rename dengan ejaan betul, huruf besar dan huruf kecik..

      Tak boleh tu ada keluar apa2 error ke?

  8. Menarik. saya pun dah lama nak buat.

    Lagi senang kalau whatsapp boleh masuk ikut pc macam sekarang. Senang dan laju nak menaip

    • WhatsApp dibuat untuk mobile phone.. Tapi kalau nak guna kat PC, boleh install software Bluestacks.. Guna Bluestacks tu untuk install WhatsApp dalam PC..

  9. waaahhhh…. sangat menarik nih. rasa macam nak tukar ke smartphone SAMSUNG yang ada dual sim.. :)

        • ogwhatsapp tak boleh guna lagi. kata version ogwhatsapp became obsolete.macam mana boleh guna balik?

          • Setakat ni takde apa2 masalah guna OGWhatsApp.. Ok je, masih boleh hantar message.. Cuma version OGWhatsApp dah takde update.. Developer dah stop update OGWhatsApp..

            • saya tak boleh guna langsung bro.kata ogwhatsapp is obsolute tak boleh guna lagi tak boleh buka langsung.

              • Pelik juga tu.. Saya guna ok je takde masalah.. Guna OGWhatsApp version 2.11.315 yang latest sebelum dia stop update.. Masih boleh buka dan boleh balas-balas mesej..

                • mukin awak boleh tolong bagi saya contact number awak saya whatsapp screen shot kepada kamu kenapa ogwhatsapp saya tak boleh guna.

                    • Sy dah guna OGWhatsapp dlm bulan mac baru ni..sblm ni kalau update x de masalah, kena buat balik utk update lastest version. Tp masalah OGwhatsapp yg latest version sah x blh pakai..obsolute…

Leave a Reply to faizulCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *