1 Tahun Anarm.Net Bersama Serverfreak dan Namecheap

Bulan Mac 2013 ni blog Anarm.Net cukup tempoh 1 tahun bersama Serverfreak. Aku berpindah blog ke hosting Serverfreak pada tahun lepas sebab ada masalah dengan web hosting lama yang pernah berkhidmat selama 3 tahun tapi akhirnya memberi masalah kepada aku. Serverfreak jugak terbaik. Alhamdulillah sepanjang menggunakan hosting Serverfreak tak pernah lagi timbul apa-apa masalah pada blog aku ni.

Serverfreak dah hantar email kat aku hujung bulan lepas beritahu invoice dah dikeluarkan dan aku kena buat bayaran untuk renew pakej hosting yang aku langgan sebelum tarikh tamat tempoh. Kalau tak bayar nanti blog ni tak boleh buka pulak.

renew web hosting serverfreak

Pakej Web Hosting Serverfreak yang aku langgan adalah pakej Elite dengan bayaran RM300 setahun (percuma 1 domain). Kalau langgan 2 tahun dapat jimat RM100. Korang rasa mahal atau murah? Bagi aku harga tu dah kira murah sebab duit earning daripada blog pun dalam tempoh setahun boleh dapat lebih dari RM300. Mesti cukup untuk bayar hosting. Kadang-kadang aku lepas bayar duit hosting ada lagi baki duit boleh guna untuk online shopping, belanja member makan cendol dan untuk keperluan-keperluan lain. Memang berbaloi labur RM300 melanggan web hosting untuk hostkan blog yang boleh memberi pulangan.

Domain Blog di Namecheap.com

Selain renew web hosting, bulan Mac 2013 ni juga aku kena renew beberapa domain name. Untuk domain aku pilih perkhidmatan dari luar negara iaitu Namecheap.com sebagai tempat untuk aku beli domain dan menguruskan semua domain yang aku ada. Semua domain aku letak dalam 1 akaun senang sikit aku nak uruskan domain, setting domain, transfer domain, jual beli domain dan sebagainya. Selain Namecheap aku ada juga beli domain dengan GoDaddy.

renew domain namecheap

Aku start guna servis daripada Namecheap.com sejak web hosting lama mengalami masalah. Dah fed up nak berurusan dengan pihak hosting lama, aku pun transfer domain ke Namecheap sebab ada promosi transfer domain USD $1 time tu. Lebih kurang RM3 je dan bayar guna PayPal. Web hosting pulak sebelum pindah blog ke hosting Serverfreak aku pernah cuba guna web hosting luar negara. Harga lebih murah daripada harga pasaran web hosting di Malaysia. Tapi aku guna 1-2 bulan je sebab…….

Entah macam mana aku boleh tergoda dengan promo dari rakan-rakan blogger yang guna hosting Serverfreak, aku pun beli hosting dan pindahkan lagi sekali data blog ke Serverfreak. Domain pula aku masih kekalkan di Namecheap.com.

Alhamdulillah sekarang ni dengan menggunakan servis dari Serverfreak dan Namecheap blog Anarm.Net masih boleh ‘bernyawa’ sehingga kini tanpa sebarang masalah.

p/s: Kalau buat giveaway sempena ulangtahun ok jugak ni, kan?

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

37 Comments

  1. Okey juga ka namecheap tu? Kalau renewnya setiap tahun berapa ya?Sekarang ni aku guna godaddy,namesilo, dan beberapa domain registrar yang lain.Ada free domain privacy aatau kena beli asing yang namecheap tu.
    Jom baca entri terbaru di blog Arieon – Semakan Keputusan SPM 2013My Profile

  2. Hannani Husna says:

    Salam , saya baru hendak membina web (personal) dan ini adalah untuk pertama kalinya . Kalau boleh , saya ingin memohon jasa baik tuan untuk memberikan panduan kepada saya . Saya telah register domain name di Serverfreak . Tetapi saya masih keliru dengan web hosting . Selepas register domain , adakah saya perlu melanggan untuk web hosting pula ?

    • Waalaikumussalam.. Domain name tu cuma URL atau alamat laman web.. Web hosting pulak fungsinya untuk simpanan fail, teks, gambar dan segala kandungan / content untuk laman web supaya boleh dilawati oleh orang ramai..

      Untuk bina laman web, biasanya memang perlukan web hosting dan juga domain.. Web hosting kena langgan berasingan dgn domain name.. Bila dah ada web hosting baru boleh bina laman web dan laman web tu boleh diakses melalui domain name (URL)..

      Kalau laman web yg dimaksudkan tu lebih kepada BLOG, ada 2 pilihan.. Sama ada nak guna web hosting berbayar (guna WordPress), atau guna servis percuma Blogspot.com..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Lawak Ke Der 3 Dibawakan oleh ESCAPEMy Profile

  3. Saya beli hosting diluar dan hasilnya kurang begitu puas sebab server sering kali down, mungkin banyak yang memakainya sebab saya pakai share hosting
    Insya Allah kedepannya kalau mau beli hosting bisa pakai serverfreak ni
    Nice info :)
    Jom baca entri terbaru di blog Rina – Create Responsive Horizontal Dropdown Navigation Menu with HTML & CSSMy Profile

    • Kebanyakan blog2 biasanya juga menggunakan shared hosting sebab harganya murah. Kalau guna hosting yang servernya hanya kita saja gunakannya, harganya agak mahal. Tapi kalau shared hosting sering kali down, maknanya hosting tersebut kurang bagus. Memang patut berpindah ke shared hosting yang lebih baik dan kurang server down..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Zakat Fitrah Satu KewajipanMy Profile

  4. emmm tak susah ke domain kat tempat lain, hosting kat tempat lain?hehe
    Jom baca entri terbaru di blog Hafizul – Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  5. DT pun menggunakan serverfreak. memang terbaik. mungkin sebab dibandingkan dengan jomhosting.. murah tapi service, mengecewakan…
    saya guna serverfreak yang menggunakan promosi dari denaihati tu.. setiap tahun bayar RM80. free domain.. mungkin untuk permulaan. nanti blog dah dapat banyak award (perasaannnn) , bole la tukar plan..
    Jom baca entri terbaru di blog Datin Tyka – Moden VS TradisionalMy Profile

    • Pakej RM80 promosi dari Denaihati tu memang berbaloi harga dia dengan specs hosting yg kita dapat.. Nanti bila blog dah banyak trafik masuk, bila hosting dah tak mampu nak tampung trafik yg banyak masuk tu, time tu la kena upgrade amik plan yg lebih besar..

      Buat masa sekarang ni kalau hosting masih cukup untuk tampung trafik yg masuk hari2, tak perlu upgrade lagi.. guna dulu yg tu.. Boleh jimat duit sikit.. :happy:
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Tonton Lawak Ke Der 2 di PawagamMy Profile

  6. Jadi ingin mempunyai domain serta hosting sendiri pula.
    Jom baca entri terbaru di blog Blog Keperawatan – Formasi Untuk CPNS 2013My Profile

    • Jika kurang pandai untuk guna hosting, boleh dapatkan Domain dulu untuk blog blogspot.. Harga domain masih murah dan lebih bagus bila blog menggunakan domain .com, .net, atau sebagainya.. Nampak lebih profesional..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Tonton Lawak Ke Der 2 di PawagamMy Profile

  7. munir ardi says:

    murah sangat hebat ya mungkin aku akan beralih juga kalau begini
    Jom baca entri terbaru di blog munir ardi – Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1My Profile

  8. tak berani and tak pandai aku nak berpindah randah ni. munkin akan tiba masa nanti. takut gak… :dizzy:
    Jom baca entri terbaru di blog wandisini – Boleh Kamu Baca Tulisan Jawi?My Profile

  9. aku plak kalau hosting luar..hostgator. gabung dengan godaddy. so far, memang tak mengecewakan la. haha..
    Jom baca entri terbaru di blog titan – Komisen ke 6 dari Panduanbajukurung.comMy Profile

  10. bru je blaja psl web hosting..
    wat mse ni gne klserver je dlu..
    hihi
    Jom baca entri terbaru di blog Katak Comel – GAMBAR WAN SHARMILA TANPA SOLEKANMy Profile

  11. haaaaa. serverfreak terbaik!! boleh laaa bro bayarkan untuk hosting aku lak.. hehehee
    Jom baca entri terbaru di blog KiD – Gajet BloggerMy Profile

  12. NameCheap memang antara domain registrar yang terbaik. Proses belian mudah, support tip top dan selalu ada kupon diskaun. :D
    Jom baca entri terbaru di blog Zulhilmi Zainudin – Infografik: Trend Online Shopping Rakyat MalaysiaMy Profile

  13. owh
    teman pun baru tukar domain jer baru
    hehehe
    Jom baca entri terbaru di blog Hans – Hans Comix : (Life of Pi) Sebiji PisangMy Profile

  14. Kalau silap pilih hosting boleh sawan. Setakat ni dengar dari blogger ramai, SF antara yg terbaik. Saya pun rasanya akan berpindah ke situ juga. Nengok la nanti.

    Silalah buat giveaway… :w00t:
    Jom baca entri terbaru di blog Cikgu Hairul – Sesak, Jem, Jauh Tak Menghalang Kami Bersantai Di Cameron HighlandsMy Profile

  15. lain orang lain selera dia kan. kalau dia rasa yang tu terbaik, ok la tu. dulu pernah gak pakai SF. ok gak ah service dia.
    Jom baca entri terbaru di blog Azman Ishak – Perlu menetas sebelum boleh bertelur, Perlu jadi murid sebelum boleh menjadi guruMy Profile

  16. Kestabilan dimahukan. Paling tidak perkhidmatan selepas jualan adalah penting.
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Majlis Akad Nikah adik iparMy Profile

  17. acu baru 1 bulan dengan serverfreak ni, ok setakat ni tiada sebarang masalah x macm server lama, hari2 bermasalah yg sama…

    ok sgt tu kalau buat giveaway utk meraikannya :)
    Jom baca entri terbaru di blog auc – Apa Ada dengan 24 Jam di InternetMy Profile

  18. Tak pernah cuba lagi serverfreak..setakat ni hanya datakl je untuk domain n hosting..kalau bro nk buat giveaway cantik gak tu..elok2 nak create blog baru ni..hehe
    Jom baca entri terbaru di blog hafizrahim – Aku Bukan ArtisMy Profile

  19. Bang Iwan says:

    Saya juga rencana kalau habis waktunya rencana pindah hosting Bro..
    Jom baca entri terbaru di blog Bang Iwan – ASUS Padfone Infinity : Transformasi Konsep Phablet dari AsusMy Profile

  20. Aiman Aziz says:

    Belanja Aiman hosting buley? :pinch: :pinch:
    Jom baca entri terbaru di blog Aiman Aziz – Jiwaku minat meroyanMy Profile